Powered by Blogger.

Thursday, November 24, 2011

Mi Darah Punca Mandul..


Semalam aku terjumpa paper Metro 18 Januari 2008.. tesenyum aku sorang2..

Photobucket

KUALA LUMPUR: Perang terhadap produk mi dan kuetiau menggunakan logo halal palsu Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mendedahkan isu lebih menakutkan apabila jenama mi terkenal dikesan mengandungi bahan kimia asid borik.


Apabila ujian dilakukan terhadap mi terbabit, warna kuningnya bertukar menjadi merah hingga boleh digelar 'mi darah'.


Dua jenama mi terkenal yang diambil dari dua kilang berasingan di Kampung Baru Sungai Buluh dekat sini semalam, didapati mengandungi asid borik apabila warna mi terbabit bertukar manjadi merah pekat selepas dicampur air kunyit.


Ini menunjukkan pengilang mi dan kuetiau terbabit masih berdegil menggunakan asid borik dan benzoik walaupon mereka pernah diberi amaran berulang kali oleh Kementerian Kesihatan.


Difahamkan asid borik dan asid benzoik yang digunakan sebagai pengawet dinggap berbahaya kerana boleh menyebabkan kancer dan menjadi antara punca lelaki mandul.


Asid borik bahan digunakan unuk kawalan serangga dan pengawet kayu dalam industri perabot, kaca dan bidang perubatan serta dilarang mengikut Akta Makanan 1983 dan Peraturan-peraturan Makanan 1985.


Kebayakan usahawan mi, kuetiau, mi wantan dan laksa gemar menggunakan kimia berbahaya itu kerana ia mampu membunuh bakteria, meningkatkan tekstur dan mengekalkan kesegaran makanan untuk tempoh masa lama.


Berdasarkan maklumat Kementerian Kesihatan, asid borik boleh menyebabkan loya, muntah, cirit-birit, kegagalan buah pinggang, kegagalan sistem peredaran darah seterusnya membawa maut.


Wartawan Harian Metro melakukan ujian terhadap dua jenama mi itu yang diambil dari kilang dua kilang terbabit yang diserbu pegawai Jabatan Kesihatan Selangor, Jakim dan Kementerian Perdagangan Dala NEgeri dan Hal-Ehwal Pengguna (KPDNHEP)Selangor, semalam.


Ia mendapati kedua-dua mi terbabit bertukar warna kepada merah pekat selepas dituang dengan air kunyit.


Pertukaran warna merah mendadak dalam tempoh 10 saat itu mebuktikan mi terbabit mengandungi asid borik yang digunakan unutk tujuan pengawetan.


Jika mi terbabit tidak mengandungi asid borik atau benzoik, warna kuning mi itu akan kekal tanpa perubahan warna ketara.


Sementara itu, ketika serbuan dilakukan, pihak Jakim menarik semula pemberian sijil halal kedua-dua kilang makanan terbabit selepas ujian makmal membuktikan pengusahanya menggunakan asid berbahaya itu.


"Jakim menitikberatkan keselamatan pengguna dan tidak sesekali berkompromi dengan pengusaha makanan yang sewenang-wenang menggunakan bahan berbahaya, apatah lagi daripada sumber diharamkan agama," katanya.


Satu daripada kilang mi yang menggunakan asid borik dan benzoik itu pernah ditarik semula pemberian sijil halal jakim pada Ogos 2006.


Pengusaha kilang terbabit kemudian cuba memohon semula sijil halal jakim pada Julai tahun lalu, namun ditolak kerana tidak mematuhi syarat ditetapkan.


Malah, dalam pemeriksaan mengejut semalam, pihak berkuasa sekali lagi menemui beberapa kotak berisi serbuk putih asid benzoik yang disembunyikan di kilang terbabit, sekali gus membuktikan penggunaan bahan kimia itu.


Disebabkan tajuk depan paper ni la ade orang kate mr ejai mandul.. walaupon sebenarnye mase ni aku dah pon pregnantkan harith 2 bulan dan baru 5 bulan kawen.. malas nak heboh2 sebab orang kate kalo heboh awal kang takot baby tak lekat..


Nak tau sebab ape? sebab mr ejai suke makan mee.. memang gile mee.. aku tak minat sangat.. tapi kalau itu je yang ade aku bedal juge..


Terbukti sudah bile 2 orang anak mr ejai telah selamat aku beranakkan.. alhamdulillah.. huhuhu..






Nota kaki~pada sesiape yang baru kawen 2-3 taun tapi maseh belom dapat anak tu besabo je la.. munkin belom rezeki lagi.. ade orang dah kawen 15 taun baru dikurniakan zuriat.. rezeki masing2..







4 juta comments on "Mi Darah Punca Mandul.."

Nini D.. on November 25, 2011 9:32 AM said...

mandul atau tak..tu kuasa DIA :)

eda_ej on November 25, 2011 10:07 AM said...

saye stuju yang arif!!! hehehe...

cik linda on November 25, 2011 3:50 PM said...

ape la dok sebuk pasal umahtangga org..org yg berckp 2 sempurna ker??ingtkn zaman skang dh x de org dok sebok pasal umahtangga org...ghupenye ade lagi..ishhh2..x baik tau...hehhee...hope aku pon dpt bersabar utk dpt cahaye mate...insyaallah..amin..

eda_ej on November 25, 2011 4:01 PM said...

huhuhu.. mase tu menyirap beb.. tp still tak mo bg tau.. dah 4 bulan baru heboh.. amek ko.. hehhehe...

 

Once Upon A Time Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez