Powered by Blogger.

Friday, August 17, 2012

Tak De Mood..

3 juta comments

Tak de mood nak raye..

Memang tak rasa macam nak raya..

Baju pon blom packing..

Dan status kini sedang tehengeh2 menjait lengan dan bawah baju raya..

Memang betol2 tak de rase nih..

Published with Blogger-droid v2.0.6

Thursday, August 16, 2012

Perak Raya Sehari Awal..

1 juta comments




Satu ketika dahulu sewaktu Perak dibawah pemerintahan Almarhum Sultan Idris Shah, Perak telah mendahuli negeri-negeri lain kerana menyambut 1 Syawal sehari lebih awal daripada negeri-negeri lain. Ia berlaku pada tahun 1983.


Kisahnya bermula apabila nelayan yang balik dari laut telah melihat anak bulan dan berita tersebut diakui sah oleh pihak marin yang bertugas dilaut ketika itu.


Cerita seterusnya ialah maklumat tersebut disalurkan kepada mufti ketika itu, kata mufti pula ia perlu dimaklumkan terus kepada Tuanku kerana baginda mempunyai kuasa penuh dalam mengistyharkan hari raya.


Bila berita tersebut dipanjangkan kepada Almarhum Tuanku, baginda mengarahkan semua jentera kerajaan negeri memaklumkan kepada semua rakyat jelata melalui institusi kerajaan negeri dan esoknya Perak sahaja telah menyambut 1 Syawal awal sehari dari negeri -negeri lain dan sama dengan negara lain seperti Singapore, Indonesia dan Brunei. Jabatan Penerangan dan polis telah menggunakan loud speaker mengumumkan hari raya keseluruh bandar dan kampung.


Baginda berbuat demikian kerana yakin anak bulan yang dilihat oleh nelayan dan marin itu betul. Biasanya apabila hari raya pertama kita akan melihat anak bulan sudah besar di ufuk barat dan tak perlu menggunakan teropong.


Di Malaysia setiap awal Ramadan dan awal Syawal terpaksa ditentukan melalui hisab dan rukyah tetapi tidak pada bulan-bulan lain.


Kini setelah beberapa tahun penentuan awal puasa dan raya sudah tidak menjadi perkara pokok lagi kerana sudah banyak tahun ia selari dengan catatan pada kalender. Tidak lewat dan tidak awal. Tidak lagi berlonggok depan televisyen data radio untuk mendengar pengumuman oleh Penyimpan Mohor


Ini kerana Malaysia menggunakan kaedah Imkanur-rukyah, ia hasil persidangan di Labuan oleh Jawatankuasa Penyelarasan Rukyah dan Takwim Islam ke 3 pada 1 Jun 1992.


Kini, bulan Hijrah ditetapkan berdasarkan peredaran bulan mengelilingi bumi yang mengambil masa 29 hari 12 jam 44 minit dan 2.9 saat untuk melengkapkan pusingan.


Tahniah, sistem penentuan takwim di Malaysia telah dikemaskini, cuma bagaimana dengan peringkat antarabangsa?


Saya pernah menulis hal ini tahun lalu dan mencadangkan supaya takwim Hijrah di standardise satu dunia, dengan itu 1 Muharam 1 Ramadhan 1 Syawal dan 10 Zulhijah tidak berbeza-beza. Ini perlu dibincangkan dalam perhimpunan negara-negara Islam sedunia dalam OIC.







sumber Mengkeme ANAK ANAK Perak



Thursday, August 9, 2012

Mael Lambung Vs Mata Lalat..

4 juta comments



Sepetang mengadap Mael Lambung.. 

Sesambil tu tangan tak diam menyiapkan mata lalat di heler baju raya..

Huhuhu.. baru siap baju hasnaa.. baju ibu die belom lagi.. 

Patot la orang hantar baju nak mintak jait karipap ataupon mata lalat tu mahal..

Boleh sakit pinggang dan tengkok.. silap haribulan jari pon boleh tercucuk jarum..

Pada yang teringin nak buat mata lalat tapi tak reti macam den ni, boleh la klik ke blog Mazris Batrisya.. ade tutorial yang mudah untuk difahami..

Huhhh.. anak2 pon dah bangun tidur.. kene la sambung buat mata lalat lain kali pulak..








Monday, August 6, 2012

Mata Lalat..

10 juta comments



Status kini sedang belajar manjahit mata lalat di leher baju raya.. 


Sedang meneliti satu persatu langkah menjahit mata lalat..


Belum mula jahit lagi.. masih sedang memerhati..


Hehehhe.. Jangan terpedaya dengan gambar di atas.. itu hasil jahitan ibu mertua..


Minggu lepas balik kampung ibu mertua tak sempat nak siapkan.. jadi menantu kesayangannya ini haruslah membawa balik jahit sendiri.. (sebab ibu mertua pon banyak tempahan yang nak harus disiapkan)


Ingatkan kene jahit bawah baju & lengan je.. rupenye dengan mata lalat skali.. 


Part mata lalat ni memang tak pernah belajar.. so skang ni nak tak nak kene belajar juge la.. 


Tengok saje la hasilnya nanti.. 









Friday, August 3, 2012

Kerjasama..

8 juta comments


Tak kisah la.. asal korang tak nangis.. 


Main same2 okeh..


Masak bubur ke hape la budak2 nih..






Thursday, August 2, 2012

Kolaj Dengan Harith..

10 juta comments
Entry2 sebelom ni asek cite pasal hasnaa je kan.. sian harith macam terabai.. sebenarnye bukan terabai tapi harith dah pandai jage diri.. hasnaa belom.. 

Disebabkan tahun depan dah nak masok skolah kene la belajar sikit2.. 

Dapat ngadap 30 minit pon dah kire bagus..

Smalam mencuri masa sewaktu hasnaa tido.. aktiviti buat kolaj pokok.. 

Ni 1st time buat kolaj.. harith cam geli2 skit bile tangan kene gam.. hadoii.. anak jantan tak bley geli2 kene gam okeh.. sebelom ni asek dok tulis2 huruf je, bosan la kot.. 




Gamba pokok tu carik je kat google n print.. sebab alkisahnye ibu die tak pandai lukis.. ibu die dulu lebih rela amak lukisan kejuruteraan daripada seni lukis.. tangan keras.. kalau lukisan kejuruteraan semua lukis pakai pembaris..


Memang sangat menguji kesabaran.. kene muke manis... rajin senyum n kene rajin bagi semangat.. walo comot atau pon salah letak tetap juge kene cakap "wahh.. bagusss.." "canteknyeeee" "clever la harith nihh.." "good boyy".. dan macam2 la kene sebut nak bagi die rajin dan bersemangat..




Ntah ape2 yang die ngomel..





Ok la nih.. kertas warna hijau tu dah lame beli.. ade dekat 2 minggu kot.. yang coklat tu pakai kertas minyak je.. lebihan kertas minyak belajar jahit baju kurung dulu.. 


Harapannya cuma satu, kalau la harith berkesempatan bace blog ni nanti ingat la yang harith pernah buat kolaj ni dengan ibu ye..















Demi Hasnaa..

12 juta comments
Aku memang tak de buat ape2 persiapan untuk bf hasnaa sebelum bulan puasa ni..

Aku rase dengan makan sahur dan minom air banyak sampai kembung di malam hari dapat memberi kesan pengeluaran susu yang same macam bulan tak puasa..

Nampaknye kira2 aku salah.. rasa macam sejarah lalu berulang.. masa harith dulu cam ni la.. bulan puasa harith dok sedut2 tak keluar susu dan die mengamok.. aku yang baru jadi ibu 2 bulan lebih mase tu sangat panik.. nak buka puasa rasa sayang.. so teruskan saja puasa..bila pikir balik rase macam kejamnya aku dulu.. pentingkan diri sendiri.. Sekarang aku dalam misi menebus kesilapan lalu..

Eh sebenarnye entry ni nak cite pasal menyusu di bulan puasa tahun ni.. 

Hari pertama puasa.. aku masih gagah.. susu keluar macam biase.. aku bajet boleh kot sampai hujung puasa aku menyusukan hasnaa nih..

Hari kedua.. pagi ok.. sampai tengahari aku dah rase sesuatu.. tapi puasa mesti diteruskan..

Hari ketiga dan keempat.. walaupon bersahor makan nasik dan minom air sampai kembung tapi susu tetap menurun.. paling sedih bila tiap kali lepas menyusu hasnaa dok carik botol air kosong abang harith.. pas tu die isap banyak2 sampai puas.. 

Dan malam tu buat power pumping.. kene buat tengah malam sebab kadar pengeluaran susu tengah banyak mase tu.. tapi bila dah sejam ngepam hasilnya cuma 1oz saje.. makin sedih.. 

Hari kelima sempat sahor minom air je sebab lambat bangun.. tak sempat jamah pape.. bila dah siang memang rase susu tak de.. cakap kat asben nak buke.. bukan sebab lapar, pening atau pon perot sakit.. tapi sebab kesian kat hasnaa susu tak de.. dan tengahari tu bertamankan harith makan nasik same2.. huhuhuh.. pas tu minom air banyak dengan harapan susu akan keluar banyak.. alhamdulillah.. ada la susu keluar lebih banyak dari semalam.. petang tu plak topup lagi dengan stok EBM.. sedih tengok hasnaa tegok laju2 macam orang kebulur..

Hari ke enam.. sambung puasa macam biase.. sahur makan nasik.. dan pada hari ke enam ni aku rase macam kene juga carik ape2 makanan tambahan yang bolehkan susu keluar macam biasa..

sebelom ni dah try buat lobak putih masak rebus.. dah tak jalan
minom air longan pon dah tak mau..
minom horlicks boleh la skit2 cuma aku tak minat minom horlicks.. rase cam kembang tekak..
teringin juga nak buat 1gelas besar susu segar + 1 biji kurma + 21 biji kismis + 7 biji badam = blend sampai berbuih dan minom tapi aku takot belom sempat masok mulut tekak dah kembang dulu.. nak habiskan 1 gelas besar susu segar pada aku susah.. 

Dan hari ke enam ni aku carik supplement.. mule2 carik kat fb.. aku tanya itu dan ini.. tapi die bagi harga RM400++.. huishh.. terus cancel.. so bile jumpe yang trial pack shaklee tu aku rembat terus.. tanye sikit2 je.. janji dapat lepas bulan puasa ni pon dah kire bagus..(kalau bagus mau juge aku sambung makan supplement shaklee ni.. hehhehe..) pagi tu bank in duit n suruh orang tu poskan hari tu juge.. harap esok sampai..

Hari ketujuh..




Hasna berjaya menelan vitagen dengan jayanye.. sebelom ni kalau die minom mesti akan luah balik.. 


Dan hari ni juge trial pack shaklee yang aku order sampai.. tak sabar nak cuba.. =D






Hari ke lapan..





Cuba makan trial set untuk ibu menyusu ni.. terdiri dari Vita-Lea (Multivitamin), B Complex, Vita C dan Alfalfa.. 

Ini pendapat aku saje.. pada aku lagi senang makan supplement dalam bentuk macam ni.. telan saje.. setiap orang berbeza.. mungkin anda2 diluar sana tak suka.. itu hak anda..

Alhamdulillah buat masa ni supplement tu rasi dengan aku.. banyak la juga susu yang keluar kalau nak dibandingkan dengan hari2 sebelumnya.. aku cuma berusaha dan bertawakal.. selebihnye Allah yang mengizinkan.. syukurr nikmat tuhan..

Kemarin hari isnin aku memang tak sempat langsung nak sahur.. tapi susu tetap ada.. murah rezeki hasnaa.. harap berpanjangan la sampai ke hujung ramadhan..







 

Once Upon A Time Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez