Powered by Blogger.

Monday, February 24, 2014

Parent Sharing..

2 juta comments
Pasal pretty and handsome semalam.. ni sambungan die..

Gerak dari rumah dalam pukul 9.30pg.. sebab kat msg book kate start kol 9.40pg.. ikot jalan biase.. ikot jalan dalam batu 9 tu sebab nak elak tol.. tetibe jalan nak ke sekolah ade kren nal mengundur.. dah tak boleh lalu.. kene u turn balik pusing dan kene lalu tol juge.. aduuss.. makin lambat la sampai sekolah..

Harith pepagi dah abah die hantar.. memang tak bagi tau die pon nak pegi sekolah pagi tadi.. 

Sampai sekolah dah pukul 11pg.. ingatkan dah lambat sangat.. rupenye ade lagi parent yang lebih lambat..

Alhamdulillah dapat la belajar serba sikit tentang how to be pretty and handsome walaupun untuk anak2, tapi sebagai ibubapa kene amek tau juge..

Dapat belajar doa pakai baju, buka baju, doa mengadap cermin.. kalau tak ingat doa tu semua boleh bace bismillah pon dah memadai..




How To Be Pretty And Handsome..

2 juta comments

Esok ade parent sharing pasal "How To Be Pretty And Handsome" kat sekolah..

Dah dipersiapkan segala kelengkapan yang diperlukan mengikut dalam msg book..



Ni la antara barang yang perlu dibawa.. tuala, berus gigi, ubat gigi, bedak ngan sikat.. 

Dah siap bagi tau harith tadi yang ibu dah letak barang2 die dalam beg.. dah tunjuk semua mane ibu letak, tinggal amek je esok.. harap die paham.. sebab mase ibu bagi tau tadi die cakap iye.. iye.. iye.. iye.. je.. paham la tu kot..

Ok.. dah siap semua.. dah masok dalam beg.. tak mo jadi macam minggu lepas.. lupe sampai rase nak marah pada diri sendiri..hahaha... 

K la.. nak tido dah.. salamm.. ♥♥♥



Thursday, February 20, 2014

Gear Auto April Ini..

3 juta comments




Ternampak kat wall Oh! Media tadi.. katenye mulai april 2014 ni nak buat test JPJ pakai kereta gear auto je.. kalau macam ni tak de la terjadi kes kereta mengundur time naik bukit nanti.. hahahha.. dan makin ramai la yang mudah dapat lesen kereta.. 


Berita penuh:
Selepas tertangguh hampir tiga tahun yang lalu, semalam Harian Metro melaporkan bahawa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah mengumumkan ujian memandu kereta automatik dijangka bakal diimplementasikan bermula April ini. Ia selaras dengan pelaksanaan pengenalan silibus baharu memandu yang turut akan dilaksanakan dalam tempoh yang sama.

Menurut Ketua Pengarah JPJ, Datuk Seri Ismail Ahmad berkata, pelaksanaan ini sudah tertangguh sejak setahun yang lalu disebabkan masalah MySikap.

Melalui pengenalan ujian memandu dengan kereta automatik ini membolehkan orang ramai membuat pilihan, selain daripada transmisi manual. Ia juga sebagai langkah memudahkan lebih ramai rakyat negara memiliki lesen memandu terutama golongan yang telah berumur dan wanita.

Ia turut memberikan penekanan kepada usaha melahirkan pemandu yang berhemah dan berdisiplin berbanding kurikulum sebelum ini yang lebih kepada kemahiran dan pengetahuan tentang undang-undang di jalan raya.

Walau bagaimanapun, mereka yang lulus ujian menggunakan kenderaan gear automatik akan mendapat lesen yang mengandungi catatan khas sebagai lesen kenderaan automatik dan hanya dibenarkan memandu kenderaan jenis itu saja, manakala yang memilih ujian manual boleh memandu kedua-dua jenis kenderaan.

Sepatutnya ujian memandu menggunakan kereta automatik ini dilaksanakan pada Mei 2012 yang lalu. Namun pada awal Jun tahun yang sama, ia terpaksa ditangguhkan. Menurut Kementerian Pengangkutan (ketika mengumumkan penangguhan tersebut), ia disebabkan kementerian masih menunggu kelulusan peruntukan untuk mencetak buku dan peralatan bagi institut memandu selaras dengan pengenalan kurikulum baru pendidikan pemandu.

Via infokereta.com



Hahahha.. untuk yang amek lesen pakai auto tak boleh la bawak kete menual.. kalau sesak2 nak pimjam kereta kawan yang manual baik rentikan.. kalau road block kene tahan sape susah.. 

Kalau ingat balik mase amek lesen dulu punye la cuak.. mase mule2 dok dalam kete boleh pulak la nak masok gear 1 tapi tak masok.. so kete tak jalan.. try lagi semula baru masok gear.. hahahah.. seb baik abang JPJ dok sebelah tu tak cakap ape.. dah akhirnya lulus.. alhamdulillahh.. itu cite 13 tahun lepas.. hahaha.. dah tua dah..



Wednesday, February 19, 2014

WordLESS Wednesday 19-2-2014

2 juta comments

Semalamm..

Mase nak amek abam harith kat skolah, hasnaa letak banana ni kat situ..

Kesian die tesepit..

Sekian WW hari ini..

Monday, February 17, 2014

Doktor Gigi Datang Sekolah..

6 juta comments

Hari ni dokto gigi datang sekolah.. Turun je dari sekolah tadi Harith dah cakap "Gosok gigi denga Colgate".. semangat la bdak ni lepas belajar gosok gigi.. siap tunjuk dapat tag "Brush Those Teeth" lagi.. semua budak dapat..

Tapi ibu lupe nak bekalkan berus ngan ubat gigi untuk harith.. padahal teacher dah tarok kat msg book die.. ibu ingat esok.. rupenya hari ni.. frust betol.. kecewa dengan diri sendiri.. bende kecik pon boleh cuai.. sian harith kat skolah mesti dok menangot je tengok orang lain gosok gigi.. lagi sedih kalau la die gosok gigi dengan jari sebab dulu mase sekolah kalau lupe bawak berus gigi dokto gigi soh gosok pakai jari.. huhuhu..

Minggu depan 24hb hari isnin ade lagi.. tapi bukan dokto gigi yang datang.. mungkin belajar cara nak uruskan diri sendiri kot.. kene juge bawak berus dan ubat gigi, sikat, tuala dan bedak.. nak siapkan awal2.. harap tak cuai macam hari ni.. 






Saturday, February 15, 2014

Terjumpa Gambar..

0 juta comments

Hasnaa ternampak gamba baby kat dalam hp nokia ibu..


Tibe2 hasnaa cakap "hey ibu, bangun la".. die ingat ibu die kot yang tido dalam gamba tu.. padahal itu die mase dalam pantang balik dari hospital telok intan kene duduk bawah lampu biru..

Hai la anak.. sekarang hasnaa dah boleh buat sembang.. kalau dalam kereta nak amek harith skolah ade je die membebel.. alhamdulillahhh...






Nota kaki~~eh hempon nokia tu masih dipakai tau.. buat alarm bangun tido.. sangat berkesan sebab button volume untuk bagi perlahan dah rosak.. kompom bangun punye.. selagi tak bangun 5 minit sekali die bunyik.. heheheh..




Thursday, February 13, 2014

4 Bintang..

0 juta comments

Tadi lepas balik skolah cheak buku2 harith.. setiap hari kene cheak sebab kadang tu kalau ade homework pon die akan cakap tak de homework.. so kene la cheak satu2..


Tetibe mase check buku al badar nampak ade 4 bintang ni.. sebelum ni paling kuat pon nampak 2 bintang je.. sampai 4 bintang ni bace buku macam keretapi ke hape ntah.. 


Ini la ayat yang dibace sampai dapat 4 bintang.. teruje mak.. alhamdulillahh.. semoge hati anak ibu terang seterang2nya.. dipermudahkan untuk belajar dan diberikan kelancaran lidah dalam mengaji... aminnn..





Nota kaki~~pasal buku al badar. buku al badar tu cam buku iqra.. tapi sekolah harith pkai buku al badar untuk ajar mengaji.. alhamdulillah boleh die belajar.. tapi mak bapak kene same2 ajar juge.. kalau nak harapkan sekolah bape jam sangat die kat sekolah kan..

Monday, February 10, 2014

2nd Class

4 juta comments

Hari sabtu lepas ade parent sharing day.. skali ngan klas taekwondo harith.. dan minggu ni abah die ade skali.. boleh la tengok cam ne anak bujang die blaja taekwondo..



Dan hari tu juge abah die yang pakaikan baju dan pakaikan tali pinggang harith.. klas yang 1st ari tu ibu main blasah je ikat tali pinggang.. sebab ibu tak penah pakai tali pinggang.. hehee..

Pastinya abah harith merindui saat2 beliau join taekwondo sewaktu di zaman persekolahannya.. semoga harith dapat lawan dapatkan lebih tinggi rank tali pinggang daripada abah.. hahhaa... pas tu jangan ajak abah gado plah.. durhaka nanti.. hehehhe...





Friday, February 7, 2014

Ngompol..

4 juta comments

Pagi tadi.. kejut harith bangun nak gi skolah cam biase.. pelik skit sebab biase die liat nak bangun.. tapi pagi ni senang je.. kejut je trus bangun nak gi bilik air.. bile bukak baju ngan seluar baru prasan seluar die pkai basah.. sah bdak ni kencin malam..

Dah lame pon die tak kencin malam.. mimpi ape agaknye.. slalu tu kalau nak kencin mesti die kejut abah or ibu ajak pegi toilet.. tapi malam tadi dah tebabas plak..

Tambah lagi keje nak jemor tilam.. cuci cadar ngan sarong bantal pelok yang panjang tu sebab nampak cam dah tekene skit..

Tak pe la harith.. ibu maapkan.. len kali jangan buat lagi ye.. hari2 nak jemor tilam pon belom tentu kering..

 

Once Upon A Time Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez