Powered by Blogger.

Thursday, February 20, 2014

Gear Auto April Ini..






Ternampak kat wall Oh! Media tadi.. katenye mulai april 2014 ni nak buat test JPJ pakai kereta gear auto je.. kalau macam ni tak de la terjadi kes kereta mengundur time naik bukit nanti.. hahahha.. dan makin ramai la yang mudah dapat lesen kereta.. 


Berita penuh:
Selepas tertangguh hampir tiga tahun yang lalu, semalam Harian Metro melaporkan bahawa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah mengumumkan ujian memandu kereta automatik dijangka bakal diimplementasikan bermula April ini. Ia selaras dengan pelaksanaan pengenalan silibus baharu memandu yang turut akan dilaksanakan dalam tempoh yang sama.

Menurut Ketua Pengarah JPJ, Datuk Seri Ismail Ahmad berkata, pelaksanaan ini sudah tertangguh sejak setahun yang lalu disebabkan masalah MySikap.

Melalui pengenalan ujian memandu dengan kereta automatik ini membolehkan orang ramai membuat pilihan, selain daripada transmisi manual. Ia juga sebagai langkah memudahkan lebih ramai rakyat negara memiliki lesen memandu terutama golongan yang telah berumur dan wanita.

Ia turut memberikan penekanan kepada usaha melahirkan pemandu yang berhemah dan berdisiplin berbanding kurikulum sebelum ini yang lebih kepada kemahiran dan pengetahuan tentang undang-undang di jalan raya.

Walau bagaimanapun, mereka yang lulus ujian menggunakan kenderaan gear automatik akan mendapat lesen yang mengandungi catatan khas sebagai lesen kenderaan automatik dan hanya dibenarkan memandu kenderaan jenis itu saja, manakala yang memilih ujian manual boleh memandu kedua-dua jenis kenderaan.

Sepatutnya ujian memandu menggunakan kereta automatik ini dilaksanakan pada Mei 2012 yang lalu. Namun pada awal Jun tahun yang sama, ia terpaksa ditangguhkan. Menurut Kementerian Pengangkutan (ketika mengumumkan penangguhan tersebut), ia disebabkan kementerian masih menunggu kelulusan peruntukan untuk mencetak buku dan peralatan bagi institut memandu selaras dengan pengenalan kurikulum baru pendidikan pemandu.

Via infokereta.com



Hahahha.. untuk yang amek lesen pakai auto tak boleh la bawak kete menual.. kalau sesak2 nak pimjam kereta kawan yang manual baik rentikan.. kalau road block kene tahan sape susah.. 

Kalau ingat balik mase amek lesen dulu punye la cuak.. mase mule2 dok dalam kete boleh pulak la nak masok gear 1 tapi tak masok.. so kete tak jalan.. try lagi semula baru masok gear.. hahahah.. seb baik abang JPJ dok sebelah tu tak cakap ape.. dah akhirnya lulus.. alhamdulillahh.. itu cite 13 tahun lepas.. hahaha.. dah tua dah..



3 juta comments on "Gear Auto April Ini.."

D_08 on February 20, 2014 11:04 AM said...

chaiiitttt...... ramai le senang lulus nanti ni... tak aci betoi.. awok dulu bawak memule exam JPJ..... sikit punye berdebo ke.. takut tka lepas bukit.... takut parking langgo tiang....... untong le bebudak sekaghang ni...

Mama ArinArishArdini on February 21, 2014 8:38 AM said...

nnti ada 2 jenis lesen
yg manual lesen leh bw manual n auto
yg auto hnya leh bw auto je
kira ok jugaklah kan

LYAfrina on February 21, 2014 11:36 AM said...

hihi..mudahla nak ambik lesen..tp..klo emergency ke apa.. susah jugak ni kalo duk auto jeee

 

Once Upon A Time Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez