Powered by Blogger.

Tuesday, May 26, 2015

Tali Pinggang Hijau..

2 juta comments

Rentetan dari test taekwondo beberapa minggu lepas.. inilah hasilnya..

Abam harith dah dapat tali pinggang hijau.. alhamdulillahh.. lulus juga..

Skarang dalam proses belajar taekguek 3.. ade macam bunga silat pon ade skit..

Gamba ni kalau tak memang tak de.. tapi yaya yang beria nak soh amek gamba.. sebab tu baju dah tak pkai.. dah siap2 nak balik.. macam die plak yg naik tali pinggang.. soh masok taekwondo tak nak..

Tuesday, May 19, 2015

7 Zikir Pembuka Pintu Rezeki..

0 juta comments

Terjumpe kat wall tadi.. bende baik.. elok la share kat sini.. nanti bebele boleh bace dah rujuk balik.. kalau diamalkan pon lagi baik kan..


Salam saudara dan saudari,
1.Memperbanyak Membaca – La hawla Wala Quwwata Illa billah – Barangsiapa yang lambat datang Rezekinya hendaklah banyak mengucapkan – La hawla Wala Quwwata Illa billah (HR. At- Tabrani)
2. Membaca – La Ilaha Illallahul Malikul Haqqul Mubin -
Barangsiapa setiap hari membaca La ilaha illallahul malikul haqqul mubin maka bacaan itu akan menjadi Keamanan dari Kefakiran dan menjadi Penenteram dari rasa Takut dalam Kubur (HR. Abu Nu’aim dan Ad Dailami).
3. Membaca – Subhanallah wabihamdihi Subhanallahil adziim. Dari setiap Kalimat itu seorang MALAIKAT yang BERTASBIH kepada ALLAH Ta’ala sampai hari Kiamat yang Pahala Tasbihnya itu diberikan Untukmu.
(HR. Al-Mustagfiri dalam Ad-Da’awat)
4. Membaca Surat Al-IKHLAS:
Barangsiapa membaca Surat AlIkhlas ketika masuk rumah maka berkah bacaan Menghilangkan Kefakiran dari penghuni rumah dan tetangganya (HR. AtTabrani)
5. Membaca Surat Al-WAQIA’AH:
Barangsiapa membaca surat Al-Waqiaah setiap malam…maka TIDAK akan diTimpa Kesempitan Hidup” (HR. Al-Baihaqi dalam Syu’ab Al-Iman)
6. Memperbanyak SELAWAT KEATAS NABI:
Dari Umar bin Khaththab dari Nabi Shallallahu’alaihi wa sallam bersabda bersabda: Barangsiapa Berselawat kepadaku satu kali Selawat maka ALLAH akan membalas sepuluh kali Selawat dan Mengangkatnya Sepuluh DARJAT.
(Dikeluarkan Imam Bukhari dalam Adabul Mufrad, Ibnu Abu Syaibah…al-Bazzar….Ibnu Syahiin dan al-Ismaili dengan sanad ma’lul)
7. Melazimkan BERISTIGHAFAR:
Barangsiapa melazimkan Beristighfar nescaya ALLAH akan Mengeluarkan dia dari segala Kesusahan dan Memberikan Rezki dari arah yang tidak diDuga-Duga” (HR. Ahmad, Abu Dawud dan Ibnu Majjah)
Ya ALLAH berikanlah kami Rezki yang Luas…yang Halal lagi Baik tanpa Memberatkan kami….Jika Rezki kami ada diLangit maka Turunkanlah. Jika ada diBumi maka Keluarkanlah. Jika jauh maka Dekatkanlah. Jika Dekat maka Mudahkan lah.
Jika sedikit maka Banyakanlah. Jika banyak maka BERKATI LAH agar kami dapat menolong ANAK-ANAK YATIM – FAKIR MISKIN – MEREKA YANG DALAM KESUSAHAN & KEDHAIFAN.
YA ALLAH……Kabulkanlah doa kami…Aamiiin YA ALLAH Ya Robbal ‘Alamin.
Semoga ALLAH Mengabulkan Do’a kita.

selain dr amalan ini, SEDEKAH adalah satu punca terbukanya pintu rezeki. InsyaAllah , Allah akan memberi kita rezeki yg lebih jika kita tergolong dlm golongan hambanya yg suka bersedekah.




Wednesday, May 13, 2015

WordLESS Wednesday 13-5-2015

0 juta comments


Anak yang periksa mak yang panik.. oh peperiksaannnnn... 




Monday, May 11, 2015

Amalan Ibubapa Ketika Anak Periksa..

2 juta comments

gambar ehsan pokcik google..

Skarang musim exam kan.. exam pertengahan tahun untuk tahun 2015 ni..

sebagai mak yang anak nak periksa, hati mak ni rase lebih cuak dari anak yang nak exam.. pas tu bile buat ulangkaji pon macam makpak yang nak amek pekse.. hehehehhe.. biase la kan.. kite sayangkan anak.. makpak mane tak nak tengok anaknya berjaya.. 

Tercari2 kat google tentang amalan yang ibubapa boleh buat semasa anak exam.. sebab time anak exam die dah kene buat periksa.. kite sebagai ibubapa ni ape yang boleh kite buat.. dan terjumpa la amalan yang agak mudah dibuat dan agak simple.. sesuai sangat la untuk masa ni..


Baca:

1. Al­Fatihah 7 kali 
2. Selawat 7 kali 
3. Subhanallah 44 kali
4. Alhamdulillah 44 kali
5. Allahhu Akbar 44 kali 
6. Ya Hayyu Ya Qayyum 21 kali
7. Teruskan dengan bacaan doa berikut: 


” Ya Allah Ya Hayyu Ya Qayyum, Ya Rahman, Ya Rahim, Ya Latif, Ya Jabbar, Ya Khaliq, Ya Allah permudahkanlah anak­anak kami di dalam urusan mereka dalam menimba ilmu di atas seruan dan perintah­Mu. Tenangkanlah hati mereka untuk menerima ilmu­Mu,lapangkanlah jiwa mereka untuk mengharungi ujian­Mu dan berkatilah mereka dengan rahmat­Mu.Amin Ya Rabbalalamin..” 


Semoga dengan doa kita sebagai ibu bapa ni dapatlah sedikit sebanyak membantu anak kita dalam menjawab peperiksaan.. ulangkaji dah buat, jadi berdoa dan bertawakal lah agar semua dipermudakan olehNya.. aminnn.. sumber dari sini.





Tapi ade lagi satu amalan ibubapa ketika anak periksa yang boleh juge kite buat.. tapi yang ni panjang skit la.. mungkin utk ibubapa yang punya masa luang yang banyak boleh buat.. sumber dari sini


1. Ambil Wudhuk.
2. Sambil menghadap Kiblat, baca Kalimah Syadah (3x)
kalimah syahadah
3. Baca Surah Al-Fatihah (10x)
surah Al-Fatihah
4. Baca Surah 3 Qul (1x)
surah 3 Qul
5. Baca Surah Insyirah (1x)
surah insyirah
6. Baca Selawat (10x)
selawat nabi
7. Baca Surah Yassin (1x)
8. Baca Surah Insyirah (100x)
surah insyirah
9. Niat didalam hati agar Allah SWT memudahkan anak-anak menjawab soalan peperiksaan dengan tenang, betul, tepat dan sempurna.
Selain itu, boleh amalkan juga dengan Berpuasa Sunat dihari anak sedang mengambil peperiksaan.
……………….
Sekiranya waktu itu Si Ibu datang Haid, boleh amalkan amalan ini pula…
1. Beristigfar seberapa banyak yang boleh.
2. Banyakkan Zikir Kepada Allah SWT.
3. Baca Al-Mathurat.
4. Berselawat keatas Nabi. – Selawat Taisir, Faith dan Nariyah.
5. Berdoa apa saja untuk Si Anak. Cth; Doa anak mudah mengingat pelajaran.
doa-hafal-pelajaran
Sekian, saja perkongsian kali ini… Semoga bermanfaat…




Sunday, May 3, 2015

Balik Kampung Dan Pertabalan Sultan Perak

0 juta comments
Hehehe.. skarang bersiaran dari kampung halamann... seronoknye dapat menghirup udara kat kampung.. lega skit.. dapat lari kejap dari kesibukan kota.. hahahha.. sebuk la sangatkan kat kota tu.. padahal dok umah je.. bkan kene kuar gi keje meredah jem..
Jumaat lepas elok je masok kawasan Perak dah nampak poster besar2 pasal Sultan Nazrin nak ditabal rabu nanti.. ni baru area Bagan Datoh je.. yang tuanku cume nak datang mencemar duli kat Beting Beras Basah.. kalau kat Kuala Kangsar mesti lebih meriah.. sebab pertabalan sultan buat kat istana Kuala Kangsar..
Gambar poster besar ni amek kat Selekoh.. dekat ngan pasar selekoh.. amek mase lepas balik dari pasar semalam..
Semoga Allah permudahkan urusan pertabalan tuanku nanti..
Yang bawah gamba poster tu gamba sup ayam kat pasar selekoh.. kalau tak pekene sup ayam (soto) kat selekoh time balik kampung rase cam tak sah plak balik kampung.. rase die sama dari zaman kanak2 dulu.. walaupun owner dah bertukar orang (sebab owner asal dah meninggal dan diambil alih oleh saudara mara) tapi rase die tetap sama..
Dan gamba last tu makan sup ngan ana punya beras lah.. fiza wife paan.. hehehe.. tak sempat nak senyum.. mr ejai amek gamba cepat sgt..  sebenarnye pegi pasar ngan mr ejai, harith ngan yaya.. tapi derang tak sempat nak amek gamba.. nak abeskan makan sup cepat2.. nak marathon ke pasar plak nak membeli barang2 yang mil pesan..
Kejap je dah nak balik ke cheras.. insyaAllah petang ni nak balik dah.. skarang dah ade kat umah mak.. petang smalam gerak dari umah mil.. atenye suami sebelah kampung aje.. ape de hal kan.. hehhehe... kejap lari sane kejap lari sini..
Ni pon tak tau la bile nak blk lg.. mungkin sebelom puasa atau pon pertengahan puasa atau balik time raya trus.. bergantung kepada  sekolah harith nanti..
Jumpa lagi kat next entry ye..
Nota kaki~ gamba kat bawah tak boleh nak edit sbb update pkai hp..

Saturday, May 2, 2015

Pekene Laksa..

0 juta comments

Pegi makan laksa tapi bawak balik sagon.. rindu zaman kanak-kanak.. 
 

Once Upon A Time Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez