Powered by Blogger.

Monday, May 11, 2015

Amalan Ibubapa Ketika Anak Periksa..



gambar ehsan pokcik google..

Skarang musim exam kan.. exam pertengahan tahun untuk tahun 2015 ni..

sebagai mak yang anak nak periksa, hati mak ni rase lebih cuak dari anak yang nak exam.. pas tu bile buat ulangkaji pon macam makpak yang nak amek pekse.. hehehehhe.. biase la kan.. kite sayangkan anak.. makpak mane tak nak tengok anaknya berjaya.. 

Tercari2 kat google tentang amalan yang ibubapa boleh buat semasa anak exam.. sebab time anak exam die dah kene buat periksa.. kite sebagai ibubapa ni ape yang boleh kite buat.. dan terjumpa la amalan yang agak mudah dibuat dan agak simple.. sesuai sangat la untuk masa ni..


Baca:

1. Al­Fatihah 7 kali 
2. Selawat 7 kali 
3. Subhanallah 44 kali
4. Alhamdulillah 44 kali
5. Allahhu Akbar 44 kali 
6. Ya Hayyu Ya Qayyum 21 kali
7. Teruskan dengan bacaan doa berikut: 


” Ya Allah Ya Hayyu Ya Qayyum, Ya Rahman, Ya Rahim, Ya Latif, Ya Jabbar, Ya Khaliq, Ya Allah permudahkanlah anak­anak kami di dalam urusan mereka dalam menimba ilmu di atas seruan dan perintah­Mu. Tenangkanlah hati mereka untuk menerima ilmu­Mu,lapangkanlah jiwa mereka untuk mengharungi ujian­Mu dan berkatilah mereka dengan rahmat­Mu.Amin Ya Rabbalalamin..” 


Semoga dengan doa kita sebagai ibu bapa ni dapatlah sedikit sebanyak membantu anak kita dalam menjawab peperiksaan.. ulangkaji dah buat, jadi berdoa dan bertawakal lah agar semua dipermudakan olehNya.. aminnn.. sumber dari sini.





Tapi ade lagi satu amalan ibubapa ketika anak periksa yang boleh juge kite buat.. tapi yang ni panjang skit la.. mungkin utk ibubapa yang punya masa luang yang banyak boleh buat.. sumber dari sini


1. Ambil Wudhuk.
2. Sambil menghadap Kiblat, baca Kalimah Syadah (3x)
kalimah syahadah
3. Baca Surah Al-Fatihah (10x)
surah Al-Fatihah
4. Baca Surah 3 Qul (1x)
surah 3 Qul
5. Baca Surah Insyirah (1x)
surah insyirah
6. Baca Selawat (10x)
selawat nabi
7. Baca Surah Yassin (1x)
8. Baca Surah Insyirah (100x)
surah insyirah
9. Niat didalam hati agar Allah SWT memudahkan anak-anak menjawab soalan peperiksaan dengan tenang, betul, tepat dan sempurna.
Selain itu, boleh amalkan juga dengan Berpuasa Sunat dihari anak sedang mengambil peperiksaan.
……………….
Sekiranya waktu itu Si Ibu datang Haid, boleh amalkan amalan ini pula…
1. Beristigfar seberapa banyak yang boleh.
2. Banyakkan Zikir Kepada Allah SWT.
3. Baca Al-Mathurat.
4. Berselawat keatas Nabi. – Selawat Taisir, Faith dan Nariyah.
5. Berdoa apa saja untuk Si Anak. Cth; Doa anak mudah mengingat pelajaran.
doa-hafal-pelajaran
Sekian, saja perkongsian kali ini… Semoga bermanfaat…




2 juta comments on "Amalan Ibubapa Ketika Anak Periksa.."

Shima Shafii on May 11, 2015 2:33 PM said...

gud info ibu eda...hihi

Hida Kadiso on May 12, 2015 8:08 AM said...

tq mama shima.. risau anak nak pekse ni..

 

Once Upon A Time Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez