Powered by Blogger.

Thursday, August 30, 2018

Handbrake..

0 juta comments

Pernah tak korang rasa dah tepu atau dah tak larat nak lalui benda yang orang dok kate 'push your limits'..

Dari dulu (tak de la dulu sangat, cuma beberapa tahun saja) kita dok push2 tapi tang tu juga.. korang pernah rasa tak? Rasa penat, letih dan lelah kan..

Memang rasa nak tarik handbrake sekejap dan masuk parking.. bukan sebab tak nak teruskan perjalanan, cuma nak berhenti sekejap dan nak fokus kepada perkara lain saja.. bukan apa, tangan ni cuma ada dua.. tak mampu nak buat semua yg dah plan secara serentak..  takut nanti kalau teruskan juga mungkin fizikal dan mental semakin koyak dan rabak..

Dan mungkin juga sekarang anak dah tiga dan umur pon masuk lingkungan 30 sen macam tak cukup tangan nak buat itu dan ini.. umur dan macam ni kalau sehari tak cukup tidur pon dah boleh buat darah naik tau..

Sekian..

Nota kaki~ gambar di atas adalah gambar tengahari tadi selepas hantar kakak hasnaa pergi sekolah.. kereta ada anak kecik memang bersepah..


 

Once Upon A Time Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez