Powered by Blogger.

Thursday, December 31, 2015

Sehelai Barut RM6 Sehingga 31 Dis 2015..

0 juta comments
(Ini stcky mode entry.. scroll ke bawah untuk entry baru..)




Ye harga barut dah nak naik start tahun 2016 ni.. maklum saje je banyak kos dah naik waima untuk barut je pon..

Naik seringgit je.. kalau korang ade nak beli or nak bg hadiah untuk saudara mara atau sahabat handai boleh la order sekarang sampai hari Khamis nanti (31 Dis 2015) 




Sesiapa yang berminat boleh terus tinjau2 page facebook.com/BarutByEdaEjai atau boleh terus whatsApp Eda ke 013-397 6474



berikut adalah contoh barut yang pelanggan saya dah pernah tempah.. bukan hanya ada barut tradisional yang warna putih tu saja.. macam2 ado.. hehehhe.. 


















ada yang berkenan?? jom whatsApp terus eda ya.. harga RM6 sehelai sampai 31 Dis 2015 ni je..











Tinggal Satu Yang Belum Selesai..

0 juta comments
Yeayyy.. Check list semalam dah dapat siapkan.. cume buat sampin abam harith je belum sebab tali tap ilang.. maklom je la pindah rumah kan.. ade la tu.. kalau dicari memang tak jumpe.. 

Pagi semalam punye cerita.. mujurlah elektrik tak de.. boleh la siapkan jait lencana sekolah abam harith.. hahahah.. kalau ade letrik omak ni dok ngadap pc je.. sebelum jahit lencana gi rendam baju2 baru dulu.. baju sekolah agama dengan baju sekolah hasnaa kasi cuci dulu..


Baju sekolah tahun lepas boleh pakai lagi.. tukar saje lencananya..


Tanggalkan nama ngan lencana.. name tu tak pe nanti boleh beli baru sebab nak masuk sekolah baru kan.. warna name tag pon mesti lain..


okeh.. siap satu baju.. ade lagi 2 helai nak kene buat.. fuhhhh.. tarik napas.. lepassss...


okeh.. nasib baik letrik ade balik time tgahari.. boleh print out name abam harith.. kulit buku tulis dengan kulit buku aktiviti jenis licin.. nak chop pon lambat nak kering (tak de pon chop name abam harith.. hehhehe) nak tulis pon tulisan ibu tak cantik.. jadi kite pakai main lekat2 je la.. kertas sticker pon memang ade kat rumah..




Sebelah petang.. baju yang dicuci dah kering.. terus jahit lencana kat baju sekolah agama.. ada tiga helai juga.. tahun lepas ada dua helai je.. agak kelam kabut juge.. tapi masih under control lagi.. 


Malam tadi.. potong2 sticker dan tampal kat buku tulis ngan buku aktiviti.. (suke buku skolaj baru ni sebab kulit buku die ade kale pink, kuning ngan biru) semangat pulak rasenya nak sekolah.. dah macam mak die pulak yang nak sekolah.. hehehhe..



Pagi tadi.. lepas abah harith pegi keje, mengerjakan pulak buku aktiviti.. membalut buku.. kalau tak balut alamat lunyai la buku2 ni nanti.. nampam tak kat bahagian kelas tak letak sticker lagi.. sebab abang harith memang belum tau lagi masuk kelas ape.. tunggu je la isnin nanti.. 



Hoyeyyy.. harapnye esok boleh la buat sampin abam harith.. kalau dah siap semua boleh la iron semua baju.. muahahhaha.. selamat kembali ke sekolah...






Wednesday, December 30, 2015

Promo Shaklee Tamat Hari Ini..

0 juta comments
Huhuhu.. sebenarnye baru perasan yang promo Shaklee tamat malam ni rupenye.. ingatkan esok.. tak pe la.. kalau ade sesape yang bekanan nak beli just roger2 kite ye.. Harga yang kat dalam poster tu harga dengan GST.. tapi kite tak jual pakai harga GST pon.. pakai harga retail biase.. GST kami tanggung.. dah macam ala2 iklan kedai DIY je.. hehehhe...



Ye bulan ni promosi Collagen Powder atau Lecithin beli 7 tapi bayar untuk 6 botol sahaja.. (same je macam kite beli 6 pree 1) gitu le kekdahnye. 

Untuk Collagen Powder beli 6 x RM315.88 = RM1895.28 (harga termasuk GST)

  Lecithin pula beli 6 x RM55.65 = RM333.90 (harga termasuk GST)

Tapi saya jual TIDAK termasuk GST, jadi untuk 6 kotak Collagen Powder ni anda cuma membayar:

6 botol x RM298 = RM1788.00 dan FREE lagi satu kotak Collagen Powder (Jimat RM107.28)

Dan sama juga dengan Lecithin.. untuk mendapatkan 7 botol Lecithin anda hanya perlu membayar

 6 botol x RM52.50 = RM315.00 dan FREE lagi satu botol (jimat RM18.90)

Banyak boleh jimat kan.. kalau nak lebih jimat boleh kongsi-kongsi beli dengan kawan-kawan seopis, adik, kakak, makcik dan sepupu sepapat.. 


Kalau tak suka nak beli banyak-banyak pon tak pe... Shaklee memang suka bagi promosi yang best..


Taraaaa.. caya tak? kalau nak beli 2kotal Collagen Powder atau Lecithin pon dapat diskaun LESS 5% tau.. 


Harga 2 kotak Collagen Powder yang masih ade GST pon RM631.76
kalau tak termsuk GST mesti lebih murah dan berbaloi-baloi kan.. dan kali ini setelah LESS 5% harganya hanya RM566.20 sahaja untuk 2 kotak Collagen Powder.. (harga tanpa GST)

Bagi Lecithin pula harga 2 botol Lecithin yang masih ada GST adalah RM111.30 dan setelah diskaun 5% dan saya hanya, menjual dengan harga tanpa GST iaitu RM99.75 sahaja untuk 2 botol Lecithin..

Nak tahu apa lagi promosi bulan Disember 2015 ni??


Pihak Shaklee sangatlah baik hati sebab promosi Vita Lea For Children ni disambung dari bulan lepas ke bulan ini.. 

Untuk ibubapa yang agak terlepas dengan promosi bulan lepas, boleh dapatkan Vita lea untuk kanak-kanak ni pada bulan ni dengan harga yang sama dengan bulan lepas.. 

Promosinya tetap sama iaitu RM352.98 TETAPI anda boleh dapat membeli hanya RM333 untuk 4 botol Vita Lea For Children.. (jangan risau GST kami bayar)


Mahu bantuan nutrisi yang sesuai?? Jangan segan silu untuk menghubungi saya dan saya juga boleh daftarkan anda untuk menjadi ahli Shaklee.. Jangan malu-malu ya.. 


YESSS.. Eda ada berita gembira buat semua rakan-rakan yang gemar membaca blog ni.. Berita yang Eda nak share dengan korang pasal YES Wellness Pack yang dah berakhir pada bulan Oktober 2015 yang lepas telah pon dilanjutkan sehingga ke bulan ini iaitu bulan Disember 2015.. Yeaayyyyy.. jadi sesiapa yang berminat dengan semua atau pon salah satu dari set yang ditawarkan, boleh la rebut perluang keamasan ini pada bulan ni.. bukan selalu dapat 

Ada yang dah lupa tentang YES Wellness Set?? Jom kita refresh balik..


Terdapat EMPAT set istimewa dalam YES Wellness Sets ini:

Healthy Prenatal : Untuk ibu mengandung/hamil
Terdiri daripada ESPVita LeaB ComplexOsteMatrixVita C Plus dan Omega Guard

Healthy Postnatal : Untuk ibu-ibu bersalin berpantang dan menyusukan anak
Terdiri daripada ESPVita LeaAlfalfa (S)OsteMatrix dan Vita C Plus.

Untunglah mak yong dan mak tang dapat beli set hamil dan berpantang dengan diskaun kan.. hehehe..

Healthy Young living : untuk memelihara kesihatan dan juga antipenuaan 
Terdiri daripada 2 botol Vivix


(Ada yang menarik untuk Healthy Fitness Set, anda bebas memilih mana-mana dua perisa Cinch Shake mix yang diminati iaitu perisa Coklat, Vanila mahupun Latte)

Melalui set promosi YES ini, banyak tawaran menarik terutamanya untuk anda yang berminat untuk terus menjadi ahli, apatah lagi yang memulakan bisnes Shaklee sendiri.. Seriusly berbaloi dan menjimatkan!!


Ya, salah satu daripada YES Wellness Pack yang telah saya war-warkan sebelum ini adalah Healthy Prenatal Set.. yang mana set ini adalah untuk ibu-ibu yang sedang hamil/mengandung.. 

Rasanya ramai sudah mengetahui manfaat semua vitamin yang terkandung di dalam Prenatal Set ni kan.. 

Jika anda masih belom mengetahui manfaatnye, disini saya ringkaskan kelebihan semua vitamin untuk set ini..

OsteMatrix - Membekalkan magnesium yang diperlukan oleh pesakit kencing manis.
B Complex - Penting dalam meabolisme gula dan pembebasantenaga kepada sel badan
Omega Guard - Meningkatkan Fungsi Otak Bayi Dalam Kandungan
ESP - Membantu perkembangan sel tubuh bayi dalam kandungan. Amalan mengambil ESP ketika mengandung juga dapat mencantikkan kulit bayi
Vita C Plus - Membantu meningkatkan imun badan dari segi serangan penyakit, membantu penyerapan iron yang melancarkan edaran darah. Edarah darah yang lancar menyebabkan oksigen dapat sempai ke semua sel dalam badan..
Vita Lea - Membantu menghasilkan lebih byk insulin



Anda pasti ingin tahu harga set ini kan.. dibawah ini saye telah senaraikan kesemua harga sebelum dan selepas diskaun..


Harga Healthy Prenatal Set (Harga Retail)

OsteMatrix RM61
Vita C RM92.50
ESP RM150
Vita Lea RM88.75
B Complex RM53.75
Omega Guard RM136
TOTAL RM582

Selepas diskaun 5% harganya hanya RM552.90

Masih mahal??? tak pe.. anda masih lagi berpeluang untuk menjadi ahli Shaklee dan dapat beli dengan harga ahli yang lebih MURAH dan lebih banyak kelebihan yang anda sendiri belum tahu..




Ini pula Healthy Postnatal Set khas buat ibu-ibu yang bakal melahirkan mahupun yang telah melahirkan cahaya mata..  

Pastinya ramai ibu-ibu yang mahu kelihatan sihat dan cergas disamping dapat menjaga baby sehingga berjaga lewat malam untuk menyusukan anak semasa dalam tempuh berpantang kan.. Mengapa perlu risau jika kami ada Postnatal Set yang pastinya selamat diambil seawal sejurus anda melahirkan.. 

Antara kelebihan setiap satu botol dalam set ini adalah:

Bagus untuk ibu-ibu yang mahu menyusukan anak sepenuhnya. Ia juga dipanggil MILK BOOSTER. Dapat meningkatkan pengeluaran susu ibu disusuli juga dengan konsep demand dan supply. 

- Membekalkan kalsium, magnesium dan vitamin D untuk kesihatan tulang dan gigi.
- Komponen utama susu ibu selepas proten.
- Mencegah sembelit dan stress ibu.
- Membantu mencegaj sakit sendi dan hilang gigi selepas anak dilahirkan kerana mengusu badan.

- Membantu menigkatkan daya tahan melawan penyakit.
- Membantu penyembuhan luka jahitan.
- Bagus untuk kulit yang cantik untuk  pembentukan kolagen bawah kulit.
- Anti oksidan yang bagus penghalang kanser.

- Membekalkan 20 jenis asid amino untuk pembinaan sel baru dan meyembuhkan luka.
- Rasa kenyang lebih lama dan badan rasa bertenaga.
- Membantu mengembalikan kesihatan kulit.
- Membanyakkan susu ibu.
- Boleh dibuat masker semulajadi yang berkesan.

- Melengkapkan keperluan vitamin harian tubuh dengan 23 jenis mineraldan vitamin.
- Membekalkan zat besi untuk pembentukan sel darah merah yang berkualiti supaya badan lebih bertenaga.
- Mengelakkan berlakunya anemia.

Pembakaran/mencairkan lemak dengan lebih pantas. (Maklom sajelah kan, orang lepas bersalin memang akan ada lemak tersembunyi yang tersirat mahupun yang tersurat.. heheheh)


Disini juga saya lampirkan sekali dengan testimoni rakan-rakan saya yang telah pun menggunakan set bersalin dari Shaklee. 


cara macam mana nak jadi ahli shaklee



macam mana nak jadi ahli shaklee



Harga Healthy Prostnatal Set (Harga Retail)

OsteMatrix RM61 (120 biji)
Vita C RM92.50 (180 biji)
ESP RM150 (850g)
Vita Lea RM88.75 (120 biji)
Alfalfa (S) RM53.75 (330 biji) 
Omega Guard RM136 (90 biji)
TOTAL RM582

Selepas diskaun 5% harganya hanya RM552.90



Set ini sangat sesuai buat abang-abang SADO atau pon kakak-kakak yang nak gemarkan aktiviti bersukan atau pon yang gemarkan aktiviti zumba.. Kalau bukan kerana bersukan pun boleh cuba set ini untuk mengurangkan berat badan.. 

Berikut adalah kelebihan yang ada dalam setiap botol di dalam set ini:


Berfungsi sebagai pengemulsi lemak, yang memecahkan lemak-lemak kepada molekul yang lebih kecil dan oleh sebab itu lemak-lemak tak mudah lekat pada dinding sel dalam badan..

Berfungsi sebagai agen untuk detox dan melawaskan pembuangan urine serta penyahtinjaan. InsyaAllah anda tidak akan mengalami masalah pencernaan. 
(Penyahtinjahan ialah proses pembuangan tinja dari tubuh. Tinja ialah bahan makanan yangtidak hadam dan tidak dapat digunakan oleh tubuh, Jika bahan buangan tidak dikeluarkan dari tubuh, ia akan menyebabkan kita sakit dan andai terlalu lama di dalam tubuh ia akan menjadi keras dan menyebabkan sembelit)

(didalam set ini anda diberikan 2 canister samada mahu perisa Vanila 2x, atau Choco 2x, atau Cafe Latte 2x atau, Vanila dan Choc atau, Choco dan cafe Latte, atau Vanila dan Cafe Latte)

Bertindak sebagai pemangkin untuk mencairkan lemak tanpa mengganggu atau memusnahkan otot. Jadi kita akan slim down secara fit dan cantik, kulit yang tidak menggeleber kerana sewaktu lemak dihapuskan, otot pula akan dibina.

Membantu untuk meningkatkan metabolisme, membekalkann tenaga yang berpanjangan, melarutkan lemak, antioksida tinggi untuk melawan penyakit yang berbahaya seperti kanser serta agen detox.

Pada eda Vita Lea ini sememangnya patut menjadi SUPPLEMENT WAJIB bagi setiap individi kerana Vita Lea merupakan multivitamin dan multimineral yang terbaik. Bukan sekadar memberikan kita kesihatan yang optimum, malah kulit juga semakin cantik berseri..


Harga Healthy Fitness Set (Harga Retail)

Lecithin RM52.50 (180 biji)
Herb Lax RM52.50 (120 biji)
Cinch x2 RM173 (765g)
Cinch Tea RM131 (28 sticks)
Vita Lea RM88.75 (120 biji) 

TOTAL RM670.75  

Selepas diskaun 5% harganya hanya RM637.20



Salah satu set dari YESS Wellness Pack yang belum saya ceritakan adalah Healthy Young Living.. Set ini mengandungi 2 botol Vivix..

Rasanya ramai yang telah mengetahui tentang kelebihan Vivix.. Tetapi saya suka nak beritahu lagi kerana saya memang gemarkan produk ini..

Vivix merupakan penemuan revolusi dalam nutrisi polifenol. Vivix merupakan satu paten tertunda yang hebat dengan campuran botani ekslusif yang terdiri daripada poligomum cuspidatum, anggur muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak ung..

Popular dengan nama sirap Shaklee kerana ia berbentuk cecair berwarna merah dan ia juga merupakan supplement anti penuaan terbaik di dunia. Pihak Shaklee telah berjaya menghasilkan kajian ini bertahun-tahun dan Vivix juga merupakan suplement pertama di dunia yang mempu menembusi DNA manusia.



Kehebatan Vivix Shaklee..

1- Vivix mengawal genetik dan seterusnya membantu melambatkan penuaan sel.

2- Vivix melindungi dan memperbaiki sel DNA manusia
- Setiap hari sel tubuh diserang hampir sejuta serangan yang merosakkan pangkalan data genetik dan mengganggu fungsi sel dan usia kita. Dengan vivix, DNA akan dapat dilindungi dan diperbaiki selnya.

3- Vivix melambatkan pembentukan AGE
- Penimbunan AGE (Advanced glycation end products) akan menyebabkan kerosakan sel. Ramuan Vivix yang 10 kali lebih kuat dari resveratrol (kandungan unik dalam anggur muscadine) mampu melambatkan pembentukan AGE.

4- Vivix membantu meningkatkan tenaga dalam sel
- Tenaga dalam telah ditingkatkan dengan pembentukan mitokandria baru. (mitokandria merupakan penjana tenaga dalam tubuh)




Kebaikan Vivix Shaklee

1- Membaiki sel yang rosak dengan pantas, amat sesuai untuk mereka yang baru manjalani pembedahan.

2- Memelihara keseluruhan kesihatan.

3- Anti oksida yang sangat baik - awet muda.

4- Membantu anda merasa lebih bertenaga.

5- Mengurangkan resiko kanser.

6- Membantu pesakit diabetic.

7- Menguatkan sistem imun.



Ramai yang telah memperakui kehebatan Vivix ini.. Jom kita saksikan sendiri beberapa video tentang testimoni Vivix ini.. Jom layannn... 











Masih belum percaya?? anda boleh baca beberapa testimoni bertulis di bawah ini ya..









Sudah berpuas hati dengan testimoni-testimoni diatas? dan mahu tahu berapa harga Healthy Young Living ini kan.. mari saya senaraikan harganya sebelum dah selepas diskaun..

Sebotol Vivix RM503.50 (harga retail + GST)
Dua botol RM1007

TETAPI dengan promosi ini anda akan dapat membeli dengan
- Harga RETAIL SAHAJA tanpa GST.. 
- Lebih murah
- Dapat diskaun 5%
- Percuma Keahlian Shaklee (jimat RM68.90 untuk kahlian)

Jadi RM475 x 2 (-5%) = RM902.50



Masih mahal??? tak pe.. anda masih lagi berpeluang untuk menjadi ahli Shaklee dan dapat beli dengan harga ahli yang lebih MURAH dan lebih banyak kelebihan yang anda sendiri belum tahu..


 Jangan segan silu untuk menghubungi saya agar saya boleh daftarkan anda untuk menjadi ahli Shaklee.. Jangan malu-malu ya.. 


Eda Ejai
♥Shaklee Independent Distributer [ID No : 888 102]
♥Sms/whatsapp/telegram/wechat : 013-397 6474
♥hidawati.kadiso@gmail.com
♥eda83.blogspot.com
♥www.facebook.com/edaejaishop





WordLESS Wednesday 30-12-2015

4 juta comments






Bila tengok kalender, eh minggu depan dah sekolah weh.. cam ne omak boleh tak prasan ni.. ingat lagi 2 minggu baru bukak skolah..

Settlekan semua ni hari ni.. caiyok2!!!




Thursday, December 24, 2015

Ke Little Caliphs Kite..

2 juta comments
Haah mek kecik bodyguard ibu nak masok skolah dah.. 

Abah die dah registerkan bulan sept ari tu.. risau takot sekolah penuh sebab mase abang die nak masuk tadika dulu pon bulan julai dah register.. itu pon sesi pagi dah penuh.. tapi yang sekolah little caliphs kat sini ade satu sesi je.. ade sesi pagi.. dah petang ade day care... 



Suka tengok baju die.. ade rama2.. comel je.. baju sekolah dapat dua pasang.. baju sukan dapat sepasang.. tak lupa juga tudung pon dapat dua helai..


Apa yang sangat menarik perhatian hasnaa adalah beg sekolah ni.. makin bersemangat die nak pegi sekolah.. 

Buku2 pulak akan dapat mase dah bukak sekolah nanti.. standby je la pembalut buku untuk buku sekolah hasnaa.. untuk abam harith dah settle.. tinggal buku sekolah agama je la nanti.. 


Muahahahha.. anak baru dua orang.. banyak dah nak kene pikir.. 




Friday, December 18, 2015

Settle Dah Register Abam Harith Ke Sekolah Baru..

0 juta comments
Alhamdulillah.. rentetan dari entry Pindah Sekolah hari tu.. alhamdulillah dah selamat hantar satu copy borang pertukaran sekolah.. lagi satu copy buat simpanan kat rumah.. segala urusan berjalan lancar.. Cume kelas je blom tentu lg masuk kelas apa.. kerani kat opis skolah tu kate hari 1st skolah nnt kene datang awal untuk tau kelas ape.. dan segala yuran2, name tag semua tu kene jumpa guru kelas baru nanti.. lega sangat rasenya..

Bile dah settle hal pendaftaran boleh la pegi kedai buku sekolah kat bawah pejabat skolah ni.. beli buku2 sekolah untuk abam harith masuk darjah 2 nanti.. 



yeayy.. settle dah.. 





Balik rumah trus kemas letak kat rak buku abam.. senang nanti tak de la tercarik2 mane letak semua barang2 die.. tinggal nak letak name je.. kelas pon belom tau lagi masok kelas ape, so untuk kelas nanti je la kite pikir.. 



Nota kaki~buku teks ngan buku aktiviti tu mmg dah dapat dari sekolah lama.. boleh bawak terus katenye sebab pindah pon satu daerah je.. tak de masalah pasal buku teks.. 






Tuesday, December 8, 2015

Abam Harith Dah Bersunat..

0 juta comments
5hb nov lepas dah selamat abam harith bersunat.. alhamdulillah semua berjalan dengan lancar..dan memang abam harith sendiri yang nak bersunat.. 

banyak cite disebalik nak bersunat ni.. date nak kene betul sebab takot bertembung dengan waktu grading taekwondo abam harith.. 

Dan hari yang nak bersunat ni pon sebenarnye terkejar2 dengan klas taekwondo.. elok je habis klas taekwondo terus berlari begi ke klinik.. klinik yang dah book tu seberang jalan je dengan klas taekwondo abam harith.. 



Sampai2 je nurse dah tunggu depan kaunter.. trus bagi minum ubat tahan sakit ngan bg gula2.. dan mase ni juge abam harith tak pkai kain pelikat pon.. sebab kain pelikat tetinggal kat rumah cheras dan abah die bergegas balik umah cheras amek kain pelikat die.. tak sempat nak duduk panas bontot pon.. trus name kene panggil dan cocok ubat kebas.. 

Sory abam, ibu tak boleh teman sbb klinik ni tak bg mak pak masuk takot anak mengada2.. bertambah susah pulak nanti tok mudim nak menyunat..

dah lepas cocok ubat kebas abam keluar balik.. sambil tunggu en aboh sampai bawak kain pelikat.. ade la dekat 5-10 minit kot baru aboh sampai.. 


Sampai je kain pelikat terus sarung.. mek hasnaa rasa riang dapat main kat blakang tu.. abang die plak dah dup dap dup dap nak kene sunat..

tunggu jap.. tetibe name kene panggil.. uwaaaa.. anak ibu nak kene sunat dah.. ibu ngan abah dah bedebar2 kat luar.. kejap je.. dalam 10 minit abam harith dah keluar sambil tangan dah pegang bunga telur (tapi sebenarnya bunga gula2) yang pembantu dalam bilik tu memang akan bagi kat setiap anak2 yang berkhatan..


Ni dah settle dan nak tunggu aboh parking kereta betul2 kat depan klinik.. muke memang tak puas ati.. sebab aboh die dah janji nak teman die masuk mase bersunat tapi malangnye pihak klinik tak bg plak.. sory ye abam sayang.. 



Ni 2nd day.. sarapan nasik goreng lada hitam.. dah macam org dalam pantang betul je.. tak mandi lagi sebab die nak buang air pon macam sakit sangat je time nak cuci.. kalau nak mandi tak tau la macam mane die punye jerit.. keje die dari lepas sunat main ipad je..itu je la yang boleh die buat pon.. 


Dah siap makan sambung tengok ipad lagi.. senang hati kan anak bujang ni.. 

Ade org tye kain pelikat tu letak kat apa sebab tak nampak bergantung cam bdak2 besunat biase.. 

Itu sebenarnye Play Mat hasnaa punye mase die baby dulu.. ade juga gunanya kan.. kain pelikat tu plak pakai kain pelikat abah die.. besa skit.. kalau nak letak kain pelikat abam harith memang tak muat rasenye.. abes nampk genital yang baru lepas sunat.. hehhehe..

Ni gamba dari entry tahun 2011.. 

Photobucket

ni la play mat tu.. mase ni hasnaa pon baru dalam dua bulan lebih umurnya.. 



Okeh ni gamba hari ke tiga.. hari isnin 7 dis 2016.. 



dah wangi sebab baru hari ni die macam boleh mandi.. tapi tutup genital dengan  cawan la.. hahhaha..sepanjang waktu mandi die pegang cawan.. ibu bz la gosok badan die ngan sabon ngan syampookan rambut die.. 



Petang pulak kene pegi klinik.. nak check genital samada luka jahitan tu bertambah baik atau tak.. alhamdulillah dokto kate ok.. dah boleh pakai seluar tapi ibu yang tengok pon rase ngeri nak pakai kan die seluar.. tak pe la pakai la kain tu dulu..




Soalan yang biase orang tanya selepas abam harith bersunat..

Mase sunat harith nangis tak? tak nangis pon cume muke bengang sebab tak de orang teman die mase bersunat..

Berapa kos?? bergantung kepada klinik atau tempat bersunat tu.. yang abam harith ni kat klinik kene rm150.. Booking rm50.. bayaran selebihnya pula dibayar  selepas selesai bersunat.. biase kalau yang buat ramai2 kat masjid or mane2 tempat boleh dpt lagi murah.. ade stengah tempat rm50/rm60/rm90.. 

Abam harith bersunat pakai kaedah apa?? Laser.. sebab katenye pakai laser cepat baik.. 

Berapa lama abam harith baik sampai boleh pakai underwear?? dalam seminggu lebih.. dalam 9-10 hari la cam tu.. 

Kejap je.. nak baik kene rajin makan ubat ngan antibiotik ikut masa yang ditetapkan.. insyaAllah baik la.. dan tak lupa juga pembantu ibu kat rumah ni hasnaa yang tersangat rajin bagi abang die makan vitamin c untuk kanak2.. kadang sehari sampai lima bijik die bagi.. tau le abang tu sunat tp tak yah la bg banyak2..


Dan lepas je baik sunat selera makan abam harith memang macam nak kene pum je badan die.. muahahha.. 

tunggu la gambar abam harith nak masuk skolah nanti.. pipi bak pau di atas meje je..






 

Once Upon A Time Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez