Powered by Blogger.

Friday, April 27, 2012

Abah & Mak Pegi Umrah..

3 juta comments

Smalam abah n mak dah selamat terbang ke jeddah.. Naik flight kol 3 petang smalam..


Semoga Allah permudahkan urusan abah, mak n macik timah (jiran) di sana.. Aminnn..


Semoga selamat pergi dan selamat pulang.. InsyaAllah akan balik pada 8 mei nanti..


Published with Blogger-droid v2.0.4

Wednesday, April 25, 2012

Usah Had Masa Penyusuan..

10 juta comments

SEPANJANG menyusukan anak, pengambilan makanan seimbang di kalangan ibu adalah penting bagi memastikan mereka dapat menyalurkan cukup zat dan khasiat kepada bayi bagi meningkatkan kekuatan tubuhnya selain membina daya ketahanan terhadap jangkitan penyakit.


Walaupun ada pelbagai pendapat untuk memperbanyakkan susu, namun sebenarnya tiada pemakanan khusus perlu diikuti golongan ibu yang menyusukan anak, tetapi mereka harus mengamalkan gaya hidup sihat dan mengambil makanan seimbang seperti disarankan piramid makanan. Pun begitu, mereka dinasihatkan supaya melebihkan pengambilan sayur berdaun hijau yang kaya dengan zat besi bagi memastikan tumbesaran sempurna kepada bayi.


Pakar laktasi, Che Aini Abdul Razak berkata, masih ramai ibu tidak mempunyai pengetahuan khusus mengenai pemakanan ketika menyusukan anak selain terikut-ikut sesetengah budaya yang mengehadkan pemakanan ibu mengandung termasuk mengelaskannya sebagai makanan ‘sejuk’ atau ‘panas’, sedangkan semua makan baik untuk mereka.


Beliau berkata, ada yang mengatakan pengambilan sesetengah jenis sayur-sayuran atau buah-buahan dapat memperbanyakkan susu badan, tetapi ia sebenarnya bergantung kepada keserasian dan kesesuaian tubuh seseorang itu.


“Ada yang mengatakan pengambilan lobak putih dapat memperbanyakkan susu, tetapi bagi masyarakat Cina pula, sayur itu dikelaskan sebagai makanan sejuk dan tidak boleh diambil ketika berpantang.


“Namun mengikut sesetengah orang pula, ada yang mengatakan makan betik muda dapat memperbanyakkan kandungan susu badan, tetapi ia sebenarnya tidak tertakluk pada jenis makanan semata-mata.


“Satu perkara penting yang perlu difahami ialah keadaan setiap orang tidak sama. Sesuatu makanan sesuai untuk seseorang itu tidak semestinya sesuai juga untuk orang lain. Maka keadaan itu (peningkatan jumlah susu badan) bukan sebab jenis makanan, tetapi keserasiannya dengan tubuh seseorang,” katanya ketika dihubungi.


Beliau yang pernah bertugas di Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu berkata, pengambilan sayur berdaun hijau yang kaya dengan zat besi memberi kesan baik kepada penghasilan susu ibu.


Katanya, keberkesanan pucuk pegaga yang kaya dengan zat besi dalam memperbanyakkan susu ibu terbukti melalui kajian yang dijalankan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi). Justeru, janganlah dipandang sepi ulam yang biasanya tumbuh melata di halaman rumah ini kerana khasiat dan kebaikannya sudah terbukti.


“Sayur kacang merunggai yang sering digunakan dalam masakan dal oleh masyarakat India, sayuran ulam raja dan ulam-ulaman kampung juga didapati mempunyai khasiat secara langsung kepada penghasilan susu yang banyak.


“Apa yang penting, ibu menyusu perlu mengamalkan pemakanan seimbang dan berkhasiat selain minum banyak air bagi membantu menghasilkan susu. Memang ada pendapat yang melarang wanita minum banyak air terutama ketika berpantang, tetapi kepercayaan turun temurun ini bukanlah nasihat yang baik kerana kekurangan air akan menyebabkan pelbagai masalah kesihatan lain,” katanya.


Namun menurut Che Aini, pemakanan seimbang semata-mata tidak akan dapat membantu memperbanyakkan susu ibu sekiranya ibu tidak kerap menyusukan anak mereka secara terus daripada payu dara.


Katanya yang mempunyai pengalaman selama 18 tahun dalam bidang laktasi, bagi menjayakan penyusuan secara eksklusif selama enam bulan seperti disarankan pengamal perubatan di seluruh dunia, ibu perlu menyusukan bayi mereka dengan kerap mengikut keperluan anak.


“Sekiranya ibu tidak memberi susu secara terus kepada anak sebaliknya lebih kerap mengepam, walaupun ibu mengepam dengan kerap (setiap dua tiga jam), namun kandungan susu ibu secara beransur-ansur akan berkurangan dan akhirnya kering kerana tidak menerima rangsangan daripada bayi.


“Ini kerana rangsangan terbaik bagi memperbanyakkan susu ibu adalah apabila bayi menghisap susu badan. Perbuatan bayi menghisap susu itu akan menghantar isyarat ke otak si ibu supaya ‘memberitahu’ badan untuk menghasilkan susu baru.


“Mengepam tidak sama dengan memberi susu terus kepada bayi. Bagaimanapun tidak dinafikan kepentingan untuk mengepam susu terutama dalam beberapa keadaan seperti apabila ibu bekerja dan bayi tiada di sisi, payu dara luka atau ada masalah lain yang tidak memungkinkan penyusuan terus.


“Kadang kala ada anak yang mengalami masalah sumbing (bibir atau lelangit) yang menyebabkan tidak wujud keadaan vakum di kawasan mulut hingga menghalang penyusuan secara terus. Maka dalam keadaan begini, susu ibu perlu dipam dan diberi kepada bayi,” katanya.


Selain itu, seseorang ibu tidak perlu mengehadkan masa penyusuan kerana si kecil akan berhenti menyusu apabila dia kenyang. Ia juga akan membolehkan bayi anda mendapat susu akhir yang pekat dan mengenyangkan.


Ibu juga tidak perlu memberi air kepada bayi terutama dalam tempoh enam bulan pertama selepas kelahiran kerana susu yang keluar pada awal sesi penyusuan 89 peratus adalah air yang mengandungi banyak laktosa.


“Apabila bayi dahaga, ibu boleh memberikan susu awal bagi menghilangkan dahaganya dan tidak perlu mencampurkan air kerana susu ibu sudah cukup untuk anak mereka,” katanya.


Bagi ibu yang bimbang dan tertanya-tanya sama ada anaknya sudah mendapat susu akhir yang mengenyangkan, Che Aini berkata, selepas bayinya melepaskan hisapan, ibu boleh mencuba dengan memicit sedikit payudara.


Sekiranya susu yang keluar pekat, maka itulah susu akhir dan ia menunjukkan bayi sudah mendapatnya. Susu akhir ini akan membuatkan bayi kenyang lebih lama selain membantu tumbesaran yang sempurna.

Bagi ibu yang mempunyai sebarang keraguan mengenai penyusuan ibu, bolehlah ajukan soalan kepada doktor anda atau melayari pelbagai laman web dan blog di Internet bagi mendapatkan pelbagai maklumat selain menyertai komuniti yang menyokong penyusuan susu ibu.





Panduan memperbanyakkan susu badan

Hanya beri susu ibu walaupun bayi dahaga, tidak mencampurkannya dengan air.

Tidak mengehadkan tempoh penyusuan, sebaliknya biarkan bayi melepaskannya sendiri.

Mengamalkan pemakanan seimbang dan memperbanyakkan pengambilan sayuran hijau.

Sayuran seperti ulam kampung, pucuk pegaga dan kacang merunggai didapati mampu membantu memperbanyakkan susu memandangkan kandungan zat besinya yang tinggi.

Susukan bayi secara kerap.

Jika bayi masih tidur apabila tiba waktu menyusu, gerakkan untuk diberi susu mengikut tempoh ditetapkan. 

Beri susu mengikut keperluan bayi.

Mengepam mengikut keperluan bila bayi tiada di sisi.

Jangan mencampurkan susu formula atau memberi air kepada bayi sepanjang tempoh penyusuan secara eksklusif.


Nota kaki~ copy n paste dari harian metro.. gamba tu je kepunyaan sendiri.. =D


Tuesday, April 24, 2012

Ketayap..

7 juta comments

Kedinginan malam membuatkan tekak rasa nak mengunyap sesuatu..


Dan dah lame juga aku teringin nak makan kuih ketayap tapi asek tak menyempat aje..


Harap tak tekejut ye sebab ketayap aku tak kale hijau.. Dan intinye juge tak kale coklat or perang..


Kelapa parot dah siap beli.. Kompiden aje nak buat.. Bile check dalam laci dapur, sah gula merah tak de.. Tekak nak tegedik2 nak menelan katayap.. Lastly aku blasah pkai gula pasir biasa.. Pas tu tarok sirap rose skit..


Bile dah siap n masok mulut rase die supe je.. Hahahha...


Kalau anda2 nak buat boleh la cuba.. Tarok la kale pelangi pon boleh.. ;-)


Published with Blogger-droid v2.0.4

Monday, April 23, 2012

Demam + Seseme + Sakit Mata..

8 juta comments

Harith dapat pakej.. Demam, seseme n sakit mata..


Smalam masa kuar beli barang dapor elok je.. Cume nampak hidung dah berair skit.. Aku agak2 tak melarat sangat kot..


Bile dah balik dari beli barang dapor harith dok merengek2.. ingat sebab die kene kejut mase dalam kete soh panjat tangga.. Tapi bile tengok mata die dah selonggok taik mata dah bekumpul.. Aduhaii.. Nak turun naik banyak kali tak larat.. Tunggu esok je la (ari ni)..


Tak sempat esok, malam tadi badan harith dah makin panas.. Taik mata pon dah banyak keluar.. Hingus pon same.. Dan dalam kol 1 lebih malam tadi harith dah muntah kat tilam..


Hencik ejai yang banyak tolong harith.. Sebab hasnaa asek nak mengempeng ngan aku aje sepanjang malam..


Pagi tadi hencik ejai ngan harith je pegi klinik.. Aku dok umah.. Tak yah la nak menyemakkan klinik kan.. Keje kat umah pon dah melambak tak terbuat..


Dan disaat enrty ini ditulis harith tengah bz main angry bird setelah setengah hari die tido akibat laloq mkn ubat seseme..


Cepat baik ye harith..


Published with Blogger-droid v2.0.4

Thursday, April 19, 2012

Zelo.. zelo..

5 juta comments
Kakak ipar aku cikgu tadika..


Sedikit sebanyak belau ada turunkan ilmu dalam pendidikan awal kanak2 kat aku..


Dan beliau juga sempat pesan kat aku.. katenye kalau nak bagi anak pandai menulis kene ajar anak tulis bulat2 dulu.. kalau die boleh buat bulat dengan baik, insyaAllah boleh la teruskan dengan huruf atau nombor lain yang lebih kurang macam bulat juge.. contohnye; 'c', 'e', '6', '9' dll..


Walaupon harith belom pegi sekolah tapi aku cuba la ajar mane yang aku tau..


Ye la, kalau nak ikot aku dulu umor macam harith ni ABC pon aku tak kenal lagi.. bile die pandai nyanyi ABC ngan alip ba ta sambil goyang2 badan pon tu dah kire bagus kalau nak dibandingkan dengan aku dulu..


Video ni selamat dirakam gune hp hencik ejai pada 27 march lepas..


      


Buat mase ni harith belom bole sebut 'R' dengan betol.. die sebut name sendiri pon 'Haleshh'..


Sebelom ni aku memang cuba ajar harith tulis pakai tangan kanan.. aku tolong pegang tangan die n tulis sekali memang die boleh.. tapi bile die nak tulis sendiri memang tak confident langsong.. bile suruh tulis pakai tangan kiri baru boleh tulis sendiri.. die kidal mungkin.. walopon mak bapak die bukan kidal..


Dan zelo terbesar yang pernah dicipta oleh harith adalah zelo di dinding.. berlaku pada hari selasa lepas.. aku sebok sapu sampah dalam bilik die pon bz buat mural kat dinding rumah..



Nak marah pon tak guna.. snap n cepat2 padam.. lagi lambat padam lagi susah nak hilang.. pkai crayon plak tu.. sental selagi boleh sebelom abah die balik keje..


To harith, sory ye.. ibu abadikan karya agong mu disini.. tak mampu rasenye nak kekalkan hasil kerja tangan tu disitu.. takot ade mata yang sakit bile memandang..



Hampir terlupa, epy beday to Sultan Perak Sultan Azlan Shah n my pren puan Emy.. semoga panjang umur dan dimurahkan rejeki.. aminnn..






Tuesday, April 17, 2012

Aku Pon Nak Buat Juge..

10 juta comments
Walau rase dah teinggal ketapi.. walau rase dah telepas musim tapi aku gagahkan juge..


Orang lain dah musim salji aku baru nak masok musim bunga..


Orang lain dah tak heboh dah pasal apom dot dot nih.. tapi aku baru nak membuat..


Semangat nak buat dari minggu lepas..


Tapi baru la malam semalam sempat mengadap.. fuhhh...


Ini adalah barisan pertama bakal apam yang masok ke periuk nasik.. (sebab aku kukus pakai periuk nasik dan tenggek atas dapo aje..) yang 'e' ngan 'J' tu asben mak yang buat..


Cobaan pertama menjadi.. yeayyy.. jangan tak caye sebab aku gaul pakal blander bubur hasnaa aje.. (mujur tak pakai blander yang biase tu.. kalau tak berperisa cili kering la apam aku..hahhaa..) mixer tak de.. malas nak beli sebab aku bukan rajin pon masak kuih2 cam ni..


Yang ini pulak apam yang telah selamat sampai ke opis ajinata (axiata).. tak lalu weh nak makan kalo dah banyak sangat..


Last.. ni yang tinggal kat rumah semalam.. cukup la tu sebab aku sorang je yang telan.. harith?? jenoh dah aku bagi die tak mo gak walau intinye aku tarok kaya kegemaran die..


Pape pon time kaseh kat Ain sebab aku cilok resipi ni dari blog beliau.. time kaseh ain.. rajin btol ko nuleh2 pasal makan kat blog ko..

Ni resipi apam yang aku copy dari blog Ain..



Bahan-bahan
  • 3 biji telur - dari peti sejuk
  • 275 gm tepung gandum
  • 220 gm gula halus - 
  • 150gm susu segar
  • 3 sudu teh baking powder
  • 1 sudu kecil ovallete 
  • 1 sudu esen vanila
  • Filling trawberry secukupnya (masukkan ke dalam piping bag)
  • Pewarna
Cara-cara
  1. Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk mixer dan pukul kelajuan maxima selama 6 - 8 minit.
  2. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian & titiskan pewarna mengikut citarasa.
  3. Masukkan setiap warna ke dalam piping bag (atau beg plastik yang bersih).
  4. Picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yang telah disusun didalam acuan lompang.
  5. Picitkan stawberry filling secukupnya.
  6. Picitkan lagi adunan yang berlainan warna sehingga ¾ penuh.Kemudian dot dot kan dengan warna pilihan.
  7. Kukus didalam kukusan yang telah dipanaskan selama 10-15 minit.



Okeh... done!! =D




Monday, April 16, 2012

Reen Dah Besalin..

9 juta comments
Nak dekat kol 1 petang tadi aku dapat msg dari Reen..


Alhamdulillahh.. pada jam 11.30 pagi hari ini beliau dah selamat melahirkan baby boy dengan berat 3.7kg di Pusat Perubatan Ar-Ridzuan Ipoh..


Tahniah buat Reen dan Faizal..


Semoga dengan kehadiran cahaya mata yang ke tiga ni dapat menambahkan keceriaan dalam hidup.. aminnn..


Maap le gamba baby tak de, yang ade cuma gamba barut ngan kain bedung yang Reen tempah hari tu je.. 


Time kaseh sebab sudi tempah kat aku ye Reen.. dan tahniah skali lagi..








Nota kaki~jangan salah paham yo.. namo asben Reen memang samo ngan namo asben den.. tapi bukan owang yang samo.. hehehh..




Saturday, April 14, 2012

Aku Teruja..

6 juta comments

Ya.. Aku sangat teruja bile tengok anak angkasawan negara dah pandai berenang.. Rasanya belom setahun lagi umurnya..


Anak aku?? nak jumpa swimming poll pon payah.. Kalau nak jumpa kolah air pon time balik kampong je.. Tapi tak kan nak bagi anak bekubang dalam kolah ye dak..


Dulu skali je aku bekubang kat parit depan rumah masa darjah satu.. Pas tu mak aku punye la bising.. Dengan bau air parit yang payah nak hilang walau dah sental dengan sabon zaiton.. Dulu sabon zaiton sangat glamer okeh.. Itu la kali pertama dan kali terakhir aku bekubang.. Lepas dari tu paling kuat pon aku main tepi parit tangkap ikan je..


Walau aku budak kampong tapi serius aku tak pandai berenang..


Jeles sangat kat orang yang pandai berenang.. Lagi2 budak kecik cam anak DrHalina ni kan.. Campak je tau la die nak idop.. Hahhaha..


Nota kaki~gamba sumber dari instagram drhalina..


Published with Blogger-droid v2.0.4

Mekap Retis..

3 juta comments

Rupa hasnaa cam ni la kalau abam halesh yang mekapkan..


Pakai bedak main calit2 aje..


Janji dahi ngan pipi tarok bedak dah cukup lawa la hasnaa tu dimata harith..


Blasah la abam haleshh... Asalkan adik tak menangis suda..


Published with Blogger-droid v2.0.4

Wednesday, April 11, 2012

Hasnaa Demam..

5 juta comments

Buat pengetahuan, sepanjang hidup hasnaa yang selama enam bulan setengah ni die belom pernah demam lagi.. Walo kene cucuk pon die tak demam.. Mase lepas sunat ari tu pon die tak demam juge..


Malam tadi dapat rasa dahi hasnaa cam panas sikit.. Sikit je tak panas sangat pon.. Patot la dalam dua tiga hari ni hasnaa cam suke sangat meragam.. Tapi masih under control lagi.. Main pon macam biasa.. Cuma pagi smalam asik nak bedukong je.. Sampai aku masak pon kene pkai ring sling.. Bile hasnaa dah tido baru letak..


Malam tadi cuba bagi ubat demam kat hasnaa.. Dapat mase cucuk hasnaa enam bulan ari tu.. Elok je tirisan terakhir masok mulut hasnaa muntah.. 1st time juge aku tengok hasnaa muntah banyak cam tu.. Abes susu keluar.. Tuka baju seluar die dulu.. Seluar yang aku pakai pon abes basah kene muntah hasnaa..


Satu jam lepas tu aku bagi lagi ubat demam.. Alhamdulillah die tak muntah.. Mungkin sebab yang 2nd time ni aku sulam dengan air kosong kot.. Kalau tak sambil nak telan pon sampai kene kerot2 dahi..


Malam tadi kol satu lebih juge la hasnaa baru tido.. Dahi panas lagi tapi dah berpeloh sikit..


Dan hari ni syukur alhamdulillah hasnaa dah baik demam..






Nota kaki~Sangat risau kalau orang yang jarang demam tiba2 demam.. Selalunye orang macam ni kalau dapat skali demam memang demam terok..


Published with Blogger-droid v2.0.4

Thursday, April 5, 2012

Apom Dot Dot..

8 juta comments

Hambek ko.. Smalam oder ari ni pepagi kol 8 dah sampai umah.. Huhuhu..


Tuan punye apam dot dot ni berada dalam kawasan bangi.. Jadi kalo ade penduduk yang berhampiran bangi, putrajaya, serdang, kajang mahupon cheras nak rase apam dot dot ni boleh la menalipon no yang tertera..


Untuk pengetahuan, filling ade strawberry, blueberry, mangga, orenge, kiwi, kaya dan peanut butter.. Boleh pilih nak filling apa.. Nak campo pon boleh.. Nak pilih kale ape pon buleh juge..


Harga cuma RM20 untuk 50 bijik apam dot dot..


Rase die macam rase apam.. Tapi lebih padat dari biase.. So makan 3-4 bijik buleh la wat lapik perot sampai lunch kang.. Hehehe..


Ape lagi moh le oder..




Anak sedagho den yg jual nih.. Den tolong sapot jo.. Hehhee...


Published with Blogger-droid v2.0.4

Wednesday, April 4, 2012

Bila Cukai Lebih Dari Pendapatan..

11 juta comments

Aku memang tak bape pandai nak cite pasal ekonomi.. Walau pon mase STPM dulu aku amek subjek ekonomi.. Kalau ekonomi rumahtangga boleh la kot..


Merujuk kepada gambar diatas.. Si baju biru berkolar merah adalah LHDN.. Tukang kutip cukai.. Nampak sangat behave tapi sebenarnya datang bersebab.. Cam ne la hasnaa nak kenyang kalau satu sudu bubur yang die makan kene cukai dengan dua sudu bubur.. Sabar je la..


Published with Blogger-droid v2.0.4

Tuesday, April 3, 2012

Susu..

6 juta comments

Sedang mencuba susu ini..


Mana la tau nanti hasnaa boleh lebih montel dan membulat..


Rasanya juga lebih sedap dari susu ibu mengandung.. Ini cuma pendapat aku saje..


Untuk permulaan beli yang paling kecik.. Kalau beli yang besar takot tak habis dan ade orang jeling2..


Published with Blogger-droid v2.0.4

Beday Hero Kesayangan..

8 juta comments




Hari ni beday hero kesayangan..











Semoge beliau panjang umor dan sempat meniti hari tua bersama2.. 




 semoga dimurahkan rejeki.. 




 semoga diberikan kesihatan yang baik juge..




aminnn...









Monday, April 2, 2012

Che Nah..

4 juta comments
Bukan cite pasal Che Nah kopi yang glamer kat Perak..


Tapi cite pasal Hasnaa.. 


Video yang sempat diambil petang tadi..





   




Moga dapat jadi kenangan untuk masa akan datang.. =D







 

Once Upon A Time Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez