Hari ahad lepas pegi carefour carik susu mamat alan ni.. tengok2 la kot ade yang murah sebab kat econsave kat rumah ni RM53++.. kat carefour murah plak RM48++.. sempat la rembat 2 tin.. tu pon yang last.. pas tu pegi plak kat tesco extra taman midah.. kat sane lagi murah.. setin RM44++ sahaja.. hohoho.. tapi rak dah licin la.. kosong.. dah abes orang beli.. hari isnin hubby balik keje singgah tesco extra tu n tengok ade lagi susu yg harga RM44++ tu.. beli la 2 tin lagi untuk bekalan bulan depan.. sebulan dekat 3 tin gak la susu mamat alan ni.. nak beli banyak2 tak boleh sebab hubby naik moto je.. cam ne plak la nak bawak tin susu tu nanti ye dak.. so beli la 2 tin je..
Wednesday, March 31, 2010
Susu Anak vs Susu Ibu..
Hari ahad lepas pegi carefour carik susu mamat alan ni.. tengok2 la kot ade yang murah sebab kat econsave kat rumah ni RM53++.. kat carefour murah plak RM48++.. sempat la rembat 2 tin.. tu pon yang last.. pas tu pegi plak kat tesco extra taman midah.. kat sane lagi murah.. setin RM44++ sahaja.. hohoho.. tapi rak dah licin la.. kosong.. dah abes orang beli.. hari isnin hubby balik keje singgah tesco extra tu n tengok ade lagi susu yg harga RM44++ tu.. beli la 2 tin lagi untuk bekalan bulan depan.. sebulan dekat 3 tin gak la susu mamat alan ni.. nak beli banyak2 tak boleh sebab hubby naik moto je.. cam ne plak la nak bawak tin susu tu nanti ye dak.. so beli la 2 tin je..
Buang janin dalam balang gula-gula

Janin itu ditemui seorang pekerja kuil yang terkejut selepas mendapati dalam balang berkenaan janin bertali pusat dan dipenuhi darah di depan pintu pagar kuil terbabit.
Saksi memberitahu perkara itu kepada pihak berkuasa sebelum anggota polis tiba di tempat kejadian untuk melakukan siasatan. Ketua Polis Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan, berkata janin terbabit ditemui jam 11.40 malam kelmarin selepas polis menerima maklumat daripada orang awam. “Hasil siasatan kita mendapati ia mungkin dilahirkan dalam tempoh 24 jam dan jantinanya dipercayai lelaki dan dianggarkan berukuran 10 sentimeter. “Janin itu dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk proses bedah siasat dan kes terbabit disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan,” katanya.
gambar ehsan dari Kosmo Online
petikan berita ehsan dari MyMetro
Monday, March 29, 2010
Betol Ke Ni??
Hahaha.. saya rase kawan2 pon mesti dah dapat agak ape yang saya nak cite kali ni.. kejadian ni baru je kejap tadi berlaku.. mule2 nampak cam tekejut, tekedu.. rase nak ketawa pon ade.. terus teringat kat camera n snap gaya bebas mamat alan ni.. betul ke ape petanda yang mamat alan tunjukkan ni?? kalau budak umo 4 or 5 bulan tu biase la sebab mamat alan dulu pon macam tu juge.. tapi ni budak yang umo 1 tahun dan 8 bulan wat cam tu memang mengejutkan saya.. ni ke skill baru yang mamat alan nak tunjuk kat ibu die?? huhuhu.. tapi kalau dah rejeki ape salah nye kan.. (dalam pale dok pikir cam ne la saya 9 bulan lepas ni.. betol ke ni??)
Putrajaya Lagi..
So macam biase la hubby pagi2 dah kejut solat subuh n trus mandi.. mamat alan pon same cam minggu lepas pagi2 bute dah bangun.. barang2 mamat alan dah siap packing dari malam sebelumnye.. senang skit.. pagi tu dah siap2 sume kol 7.30 dah turun bawah nak gerak ke putrajaya.. tu la, orang kate kita hanya merancang tapi Allah yang menetukan.. huhuhu.. agak2 korang boleh agak tak ape yang dah jadi?? hahahah.. sebenarnye kete tak boleh start!! tekanan btol.. bateri kete abes.. asek habis je bateri kete ni.. ni mesti sebab lampu dalam kete tu.. lampu tu dah tebakar, tapi mamat alan ni suke sangat dok tekan2 suis tu.. so skang ni tak tau la lampu tu on ke off.. nak tuka lampu asek betangguh je..
Pagi tu kitorng pon makan la kat mamak dulu sementara nak tunggu kedai kete bukak.. pas abes makan trus pusing2 satu taman ni carik mene kedai yang bukak.. last2 jumpe gak satu.. kdai yang paling dekat tak bukak lagi.. baru pukul 9 pagi mase tu.. nak caj bateri 3 jam.. so pukul 12 la baru boleh amek.. sempat la pusing2 kat tasik blakang umah tu.. pas tu naik umah jap bagi mamat alan susu.. tak lame pas tu Lat pon sampai.. so kitorang naik la kete Lat je gi putrajaya.. sharing is caring kan.. hehehhe..
Ammar anak Lat yang tetido mase on da way gi putrajaya.. sian ewah penat riba ammar..
Ni dah sampai putrajaya.. makan kat food court kat sebelah masjid putrajaya tu.. ape ntah name food court tu lupe plak.. tengok la my hubby tu.. hubby memang suke amek gamba ammar.. mamat alan plak pantang tengok straw, mesti nak pegang.. duduk pon suke sangat kat ujung2 meja.. seb baik tak jatoh..
Friday, March 26, 2010
Enjoy!!!
So, mari kita enjoy!!!
Monday, March 22, 2010
Hot Air Balloon..
Hari sabtu gi kenduri kawan hubby kawen kat Keramat.. gerak dari umah dekat pukul 1 sebab pengantin besanding pukul 2ptg.. tak sempat nak amek gamba banyak2 pon.. sampai tempat kenduri pon panas.. nak carik tempat duduk kat khemah pon amat la payah sebab orang yang dah makan dok lepak kat meja tu.. dah la sesak, sempit, panas plak tu.. memang tak lame pon kat situ.. makan2 pas tu hubby gi jumpe pengantin than trus balik.. tak larat nak tunggu lame2..
Berbalik kepada cite Hot Air Ballon tadi.. smalam pagi2 lagi hubby dah kejut solat subuh.. lepas je solat trus mandi2 siap nak gi putrajaya.. mamat alan pon cam tau2 je kitorng dah plan nak kuar pagi tu sebab die pon bangun awal.. tak pernah2 die bangun awal cam tu.. semangat btol.. siap sume dalam kol 7.30 gerak dari rumah.. singgah mamak jap beli roti canai.. tapow je.. pas tu trus la gi putrajaya..
Smalam mungkin hari yang sangat elok untuk kuar kot.. cuaca kat putrajaya pon mendung dan berangin je.. tak panas pon.. memang best la.. sampai putrajaya pusing2 carik parking.. pagi2 pon banyak parking yang dah penuh.. saya tak tau la orang yang datang awal ni pukul bape la dierang bangun.. dah jumpe parking terus gi kat tapak Hot Air Balloon tu.. jauh gak nak menapak sebab dapat parking yang kat depan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi Dan Kepenggunaan.. tak pe la.. janji dapat tengok belon..
Ade gak call kawan2 yang dok kat area putrajaya ni.. mule2 call shima tapi hp cam tutup je.. (shima yang jumpe kat alamanda ari tu..) pas tu call anom (classmate kat teknik majung) plak.. anom memang dok kat putrajaya coz hubby die keje situ.. dapat tapi tak anggat plak.. tak de rezeki kot nak jumpe dierang..
Belon yang menarik perhatian semua pengunjung Hot Air Balloon.. huhuhu..




Mamat alan pon same gak cam baby ni.. tido.. penat la tu lari sane lari sini..
Kitorng tak de la sampai petang pon kat sane.. pukul 12.30 tghari dah balik.. maklom je la ade anak kecik ni susah la nak bejalan sehari suntuk.. so say babai to anom, adli n baby.. bile2 boleh la jumpe lagi ye.. =)
Friday, March 19, 2010
Satu Tahun Dan Lapan Bulan..


Dari segi percakapan pon tak bape nak boleh lagi.. orang kate gigi mempengaruhi percakapan.. betol la kot sebab anak kawan2 saya yang lain semua gigi dah nak penuh n dah boleh cakap banyak.. pape pon saya tetap bersyukur.. lambat keluar gigi lambat la rosaknye kan.. hehehe.. mintak2 cam tu la..
Mamat alan ni mulut tak bising sangat.. jarang tengok die membebel.. tapi dari segi fizikal memang dah tak larat nak halang.. cabinet tv dah panjat.. tv pon dah panjat.. toilet bowl pon dah masok.. air kat toilet bowl pon die suke wat main.. ade satu petang tu tibe2 die hilang n saya cume dengar air kocak kat bilik air depan.. rupenye die dah celop tangan main air kat toilet bowl tu.. hadoii.. panjat sofa ngan katil tu dah tak heran.. tak tau la pas ni skill ape plak la yang die nak kuarkan..
Pape pon smoge mamat alan jadi insan yang bergune bile besa nanti.. tak lupe juge untuk diri saya n hubby smoge dapat sabar dalam menjage dan mendidik mamat alan yang semakin mengganas ni.. aminn.. =P
Wednesday, March 17, 2010
Papa Buat Mama Boleh!!
Kisahnya :
Nini bekerja disebuat pusat asuhan dikawasan elit yang kebanyakkannya didiami orang melayu di X . pusat asuhan yang menempatkan anak2 golongan bijak pandai dan dah tentunya juga berada. Pusat asuhan yang bagus, system yang teratur, disiplin yang baik. Malah bagusnya majikan Nini menerapkan nilai2 pendidikan Islam sedari kanak2 ini kecil lagi.
Dari peringkat bayi hinggalah prasekolah, terdapat lebih kurang 50 org semuanya anak2 jagaan mereka. Semua berjalan lancar hinggalah pada satu hari, mereka menerima seorang ahli baru, kanak2 lelaki berusia 4 tahun. Daniel namanya. Kecil tapi teserlah ketampanan wajahnya seiras wajah siayah. Di pusat asuhan itu juga ada seorang budak perempuan berusia lingkungan 3 tahun, Norish yang juga sangat comel dan cantik.
Kelihatan dari hari pertama, Daniel sudah mula tertarik untuk berkawan dengan Norish. Kemana Norish kesitulah Daniel mengekori. Apa pun aktiviti yang dilakukan Norish, Daniel pasti akan turut sama.
Di dlm pusat asuhan itu, bayi akan diletakkan satu bilik, kanak2 lelaki dan kanak2 perempuan juga akan diletakkan dibilik berasingan. Tiap hari selepas makan tengahari, mereka akan dikerahkan untuk tidur dan tentunya dalam bilik masing2.
Pada satu hari, Nini yang sedang memeriksa setiap bilik bagi memastikan tiada masalah telah terkejut kerana terlihat kelibat Daniel duduk disisi Norish yang sedang tidur sambil mengusap2 wajah nya. Nini segera mendapatkan mereka dan memujuk Daniel untuk pergi kebilik kanak2 lelaki dan tidur.
Esoknya waktu ada aktiviti bermain, Daniel kelihatan begitu rapat dan mesra kepada Norish, dibelainya rambut Norish dan diciumnya pipi Norish. Nini mula rasa pelik. Tapi merasakan itu sekadar biasa untuk kanak2 seusia, yang mungkin menunjukkan sayang, maklumlah kebiasan kita juga mencium kanak2.
Tengahari itu, sama seperti semalam, Daniel sekali lagi ke bilik Norish dan rupanya di berbaring sebelah Norish dan terlelap sama sambil tanggan nya memeluk Norish. Bila Nini kejutkan dia menangis kerana tidak mahu tidur dibilik kanak2 lelaki.
Kebetulan hari itu keluarga Norish lambat datang menjemput. Norish bermain2 dan seperti biasa Daniel adalah peneman yang setia. Kali ini dia agak bertindak luar biasa, memeluk dan membelai Norish. Nini seperti biasa akan menegah dan memisahkan pelukan itu.
Namun hari ini adalah kemuncak kepada apa yang selama ini menjadi tanda tanya kepada Nini..hari itu kebetulan hujan. Tiada aktiviti bermain diluar. Semua kanak2 bermain di dalam bangunan. Tapi tidak kelihatan Daniel mahupun Norish. Puas dicari kelibat mereka diserata bilik tapi tidak ketemu.
Akhirnya Nini separuh pengsan bila dia menolak pintu stor dibelakang dan terlihat Daniel yang berusia 4 tahun itu duduk dipeha Norish dan sedang mencium perut Norish sambil melondehkan seluarnya dan Norish sudah tidak berbaju Cuma yang tinggal seluar dalam!!!
Pantas Nini menjerit dan mengangkat Daniel sambil Norish menangis (mungkin terkejut kerana Nini menjerit, sebab sebelumya dia hanya diam). Norish segera dipakaikan baju dan Daniel juga segera di paksa memakai semula seluarnya.
Di bilik pengetua yang tenang dalam ribut. Daniel ditanya mengapa dia bertindak demikian dan dengarlah jawapannya
"Papa buat kat mama boleh, kata papa dan mama tu cara kita nak tunjuk kita sayang, kalau kita sayang kita buatlah macam tu" !!!!!!!!!
Segera keluarga Daniel dipanggil, pada mulanya mereka menafikan cerita Daniel, tapi bila Nini dan pengetua menceritakan perbuatan Daniel kepada Norish.. si ibu terkejut dan mula menangis sambil mengakui sebenarnya ini adalah pusat asuhan yang ke 3 mereka tukarkan Daniel. Tapi kejadian yg sama telah juga terjadi. Pengetua secara diplomasi menasihatkan mereka dan minta agar anak mereka dirujuk kepada pakar untuk mendapatkan rawatan.
Bapa Daniel agak ego dan tidak mahu menerima teguran dan agak sombong dengan mendakwa tidak ada apa silapannya tapi ibu Daniel mengaku bahawa Daniel pernah beberapa kali melihat mereka melakukan hubungan intim. Pada mulanya mereka agak kekok ,tapi akhirnya merasakan tiada apa yg perlu dirisaukan kerana Daniel masih kecil, tapi rupanya kesan dari tindakkan itu telah merosakkan 'jiwa' Daniel. Apatah lagi dgn penjelasan yang salah.
Moral : sebagai ibubapa, tolonglah!! Usah risau dengan anak yang kurang mendengar kata2 kita kerana mereka lebih terdidik dari apa yang mereka lihat iaitu tingkah laku kita. Dalam islam juga ada garis panduan antara anak dan ibu bapa, batas aurat dan juga waktu bila yang boleh dan tidak anak2 untuk masuk kebilik ibubapa.
Anak2 sekarang bukan macam anak2 dahulu, mereka sangat pantas berfikir dan naluri ingin tahu lebih hebat, selaras dengan kemajuan dunia. Jadi tolonglah agar berhati2 dalam hal2 yang sebegini. Bila ketika dan waktu yang sepatutnya dan tidak sepatutnya mereka ketahui, supaya kisah seperti ini tidak berulang..
Tuesday, March 16, 2010
iPod shuffle..
Sebenarnya hubby yang dapat iPod ni.. dapat sempena pegi team building mase bulan january lepas.. sepatotnya dapat lepas dari balik dari Phuket tapi dapat lambat skit.. hubby yang suruh saya pilih nak colour ape.. saya cakap la nak colour pink.. (sebenarnya tak de la minat colour pink pon) hehehe.. ade tulisan Game Change tu untuk tema team building company hubby keje tahun ni.. disebabkan team building wat bulan jan so die pahatkan la January 2010 kat iPod tu skali..
Complicated gak rupenye nak masokkan lagu kat dalam iPod ni.. kene study gak la.. so skang ni kalau tak nak denga radio saya dengar je la lagu kat iPod tu.. sambail masak, sambil mop lantai.. tapi kadang2 hubby bawak gi office.. sementara nak sampai office dengar ayat Al-Quran pon bagus juge.. boleh la tenangkan hati.. tak de la tension je kat office nanti dan perjalanan juge lebih diberkati.. pahala pon dapat.. aiceh.. dah macam ustazah plak.. hehehe..
Monday, March 15, 2010
Cerita Hari Sabtu..
Dah tak larat nak keja mamat alan, masokkan je die kat dalam kete.. tak abes2 nak lambai2 org.. sangat peramah ini budak..
Sampai klinik pukul 5.45ptg.. dokto tak de.. nurse tu kate dokto sampai pukul 6ptg.. tunggu je la dalam kete sementara dokto tak de.. kol 6.15ptg baru la nampak dokto sampai..
Sementara abah mamat alan jumpe dokto saya bawak mamat alan main kat dalam klinik ni ade satu corner tempat budak2 main.. tapi cam dah uzur je mende2 tu.. ok la dari tak de langsung.. sekurang2nya tak de la mamat alan nak lari keluar klinik tu kan..
Hari ahad pon dok umah je.. hubby sakit kepala lagi.. cume petang ahad hubby ajak pegi umah chu kat Pandan Jaya amek surat.. pas tu gi Giant beli bateri hp hubby.. cepat sangat kong bateri hp hubby tu.. pas tu ade la beli barang2 skit kat giant.. tu je la cite weekand ni.. tak rase macam cuti pon.. sian hubby sakit.. uhuk.. uhuk..
Saturday, March 13, 2010
New Look..

Jangan tekejut.. kawan2 yang selalu bekunjung ke blog saya jangan rase tesilap pulak.. ni memang blog saya.. saya baru tukar template.. dah lame bekenan nak pakai template yang ala2 cam ni kat blog, tapi baru hari ni bekesempatan nak buat, tu pon sebab hubby tolong.. hehhe.. maklom je la saya ni buta IT.. kalau stakat yang simple2 tu boleh la..
Jadi kepada kawan2, follower mahupun silent follower boleh la keep going melawat blog saya yang tak seberapa ni.. blog ni akan saya up date dari semase ke semasa mengikut kelapangan.. so happy reading.. =)
Friday, March 12, 2010
Adnan Sempit..
Petang smalam hubby ym kate nak ajak tengok Adnan Sempit malam tadi.. dah tau dah mesti tengok cd je kat umah.. hubby beli cd cite Adnan Sempit.. memang dah lame teringin nak tengok cite tu.. kalau skarang ni nak pegi tengok wayang memang dah tak boleh la.. abes mamat alan tawaf satu panggung tu nanti..

Saya pon tunggu la hubby balik dari pukul 8 malam sampai la pukul 12 tengah malam baru sampai rumah.. ade assesment hubby kate.. sampai je kat rumah hubby makan nasik pas tu mandi.. siap sume dalam pukul 1 pagi.. hubby tanya kat saya "nak tengk ke cd tu?" saya memang la nak tengok.. pasang cd n kitorang pon tengok la sampai abes.. mamat alan yang dah tido pon boleh bangun join kitorang tengok cite Adnan Sempit nih.. sedar2 je abes cd pukul 3 pagi.. hahahah.. cite die best.. sampai boleh hilang rase mengantok.. kalau tak caye tengok la.. serious.. memang best..
Pagi tadi bangun pagi jangan cite la, sangat la susah nak bukak mate sebab tido pukul 3 pagi.. nasib baik subuh tak tebabas.. lain kali memang tak boleh la tengok cite tetengah malam, susah nak bangun pagi.. hehehe..
Wednesday, March 10, 2010
My Journey..
Saya n hubby nikah hari jumaat 17 ogos 2007.. 18hb kenduri kat rumah saya.. 19hb kenduri kat rumah hubby plak.. hari yang bersejarah dan penuh dengan sejarah.. tak kan saya lupa sampai bila2.
Empat bulan kawen saya dah pregnant.. bulan disember dah tak period.. wat urine test sdiri je.. beli pregnancy test kat farmasi.. alhamdulillah +ve.. hubby pon happy.. tapi kitorang tak bagi tau family lagi.. dah 4 bulan baru hebah kan kat kuarga..
Kat bawah ni antara nota yang sempat saya catat mase pregnant dulu..
19 jan 2008
Pegi jumpe dokto klinik panel kat Menara TM. berdebar gak la. dah lame tak jumpe dokto. masok bilik dokto, cakap2 skit.. kire2 skit.. dokto bag tau baby dalam perot dah 3 bulan.. lagi 2 hari 3 bulan (12 minggu) alhamdulillah.. smoge baby selamat, sempurna & jadi insan yang soleh bile kuar nanti.. =)
Dokto tu kate saya boleh follow up terus kat klinik tu.. 15hb feb kene datang utk follow up ngan pakar kat situ.. dapat acid folic.. bagus untuk otak baby dokto tu kate..
Sebulan-tak de pape yang belaku.. just tak de period je..
2 bulan-jerawat start tumbuh kat muka.. asek nak tekencing je.. kalau malam mesti nak bangun kencing dalam pukul 2 or 3 or 4 pagi..
3 bulan-jerawat still tumbuh.. muke berminyak2, kene slalu cuci muka.. perot dah mule membesar tap tak de la besa sangat.. rase nak kencing tetengah malam tu ade lagi..
4 bulan-jerawat dah makin berkurang, tapi kulit sekitar bawah mulut plak jadi kering2 ngan hitam.. gejala kencing tetengah malam dah tak de.. 17 minggu berat 42kg.. baby dah start gerak2, dah boleh angkat kepala, tendang2 ngan pusing2 dalam perot 360dajah (tengok mase 1st scan).. perot dah makin besar.. 18 minggu berat dah jadi 44kg..
5 bulan-perot makin besar.. seluar jens pon dah ketat.. pinggang sakit.. makin kuat baby gerak2 & makin kerap. bila abah baby letak tangan kat perot dah dapat rase bile baby gerak.. berat dah 49kg.. kaki dah start bengkak tapi kejap2 je..
.jpg)
Ni kat office hubby kat menara TM dulu.. tiap weekend memang datang tolong tengok hubby wat keje.. hehehe.. mase ni perot belum besa lagi..
Mase ni nak pegi kenduri kawan hubby kawen.. kenduri kawen Huda kat Tanjung Malim.. kat bwah umah en Lat ngan pn ewa ni.. sambil tunggu dierang amek gambo dulu.. tembam plak rasenye time nih.. pkai kain baju kurung pon dah tak boleh nak kancing.. zip separuh je.. hehhe..
.bmp)
Keadaan kaki yang membengkak.. memang sangat besar.. sangat kembong.. tengok je la perbezaan kedua2 kaki tu.. sebelum dah selepas besalin
6 bulan-sama cam 5 bulan cume dah tak rase sakit pinggang je..
7 bulan-kaki bengkak.. besa sangat.. susah nak jalan.. kalau duduk lantai lagi susah nak bangun..
8 bulan-bengkak kaki dah kurang, selera makan makin betambah skit, kadang2 rase keras kat kakan or kiri or kanan dan kiri perot.. mungkin tu lutut or siku baby kot.. berat dah 52kg..
9 bulan-minggu ke 36 dah seminggu kaki bengkak tak turun2.. sebelum tu bengkak kejap je pas tu ok balik.. berat dah 55kg, scan kat HUKM kate baby dah 2.6kg.. kedudukan pon ok.. kepala dah kat bwah.. uri pon pada kedudukan yang sepatutnya..
Minggu ke 37 dah besalin..
.jpg)
.jpg)
.jpg)
Masok air sampai 3 botol.. masok labour room pukul 5 ptg besalin pukul 12.45 tengah malam 19 julai 2008.. kalau tak due date 07 08 2008.. tak sempat pon nak jejak bulan 8 dah besalin..
.jpg)
Dalam labour room HUKM.. bilik no 8.. ngah tunggu baby kuar nih.. nampak cam kritikal sangat je rupenye.. sebenarnye xde la kritikal mane pon.. yang kat sebelah kiri saya tu tempat cuci baby.. bile baby lahir dokto akan letak baby kat dada, mase tu la dokto potong tali pusat.. pas tu baru la nurse amek baby letak kat situ nak cuci n sedut sume lendir2 yang melekat.. lubang hidung, telinga ngan mulut sume kene sedut.. mase mamat alan lahir mate trus tekebil2 tapi lambat skit die nangis.. bile dah sedut lendir kat mulut die baru la die melalak..