Monday, February 24, 2014
Parent Sharing..
How To Be Pretty And Handsome..
Esok ade parent sharing pasal "How To Be Pretty And Handsome" kat sekolah..
Dah dipersiapkan segala kelengkapan yang diperlukan mengikut dalam msg book..
Thursday, February 20, 2014
Gear Auto April Ini..

Ternampak kat wall Oh! Media tadi.. katenye mulai april 2014 ni nak buat test JPJ pakai kereta gear auto je.. kalau macam ni tak de la terjadi kes kereta mengundur time naik bukit nanti.. hahahha.. dan makin ramai la yang mudah dapat lesen kereta..
Berita penuh:
Selepas tertangguh hampir tiga tahun yang lalu, semalam Harian Metro melaporkan bahawa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah mengumumkan ujian memandu kereta automatik dijangka bakal diimplementasikan bermula April ini. Ia selaras dengan pelaksanaan pengenalan silibus baharu memandu yang turut akan dilaksanakan dalam tempoh yang sama.
Menurut Ketua Pengarah JPJ, Datuk Seri Ismail Ahmad berkata, pelaksanaan ini sudah tertangguh sejak setahun yang lalu disebabkan masalah MySikap.
Melalui pengenalan ujian memandu dengan kereta automatik ini membolehkan orang ramai membuat pilihan, selain daripada transmisi manual. Ia juga sebagai langkah memudahkan lebih ramai rakyat negara memiliki lesen memandu terutama golongan yang telah berumur dan wanita.
Ia turut memberikan penekanan kepada usaha melahirkan pemandu yang berhemah dan berdisiplin berbanding kurikulum sebelum ini yang lebih kepada kemahiran dan pengetahuan tentang undang-undang di jalan raya.
Walau bagaimanapun, mereka yang lulus ujian menggunakan kenderaan gear automatik akan mendapat lesen yang mengandungi catatan khas sebagai lesen kenderaan automatik dan hanya dibenarkan memandu kenderaan jenis itu saja, manakala yang memilih ujian manual boleh memandu kedua-dua jenis kenderaan.
Sepatutnya ujian memandu menggunakan kereta automatik ini dilaksanakan pada Mei 2012 yang lalu. Namun pada awal Jun tahun yang sama, ia terpaksa ditangguhkan. Menurut Kementerian Pengangkutan (ketika mengumumkan penangguhan tersebut), ia disebabkan kementerian masih menunggu kelulusan peruntukan untuk mencetak buku dan peralatan bagi institut memandu selaras dengan pengenalan kurikulum baru pendidikan pemandu.
Via infokereta.com
Hahahha.. untuk yang amek lesen pakai auto tak boleh la bawak kete menual.. kalau sesak2 nak pimjam kereta kawan yang manual baik rentikan.. kalau road block kene tahan sape susah..
Kalau ingat balik mase amek lesen dulu punye la cuak.. mase mule2 dok dalam kete boleh pulak la nak masok gear 1 tapi tak masok.. so kete tak jalan.. try lagi semula baru masok gear.. hahahah.. seb baik abang JPJ dok sebelah tu tak cakap ape.. dah akhirnya lulus.. alhamdulillahh.. itu cite 13 tahun lepas.. hahaha.. dah tua dah..
Wednesday, February 19, 2014
WordLESS Wednesday 19-2-2014
Semalamm..
Mase nak amek abam harith kat skolah, hasnaa letak banana ni kat situ..
Kesian die tesepit..
Sekian WW hari ini..
Monday, February 17, 2014
Doktor Gigi Datang Sekolah..
Saturday, February 15, 2014
Terjumpa Gambar..
Hasnaa ternampak gamba baby kat dalam hp nokia ibu..
Thursday, February 13, 2014
4 Bintang..
Tadi lepas balik skolah cheak buku2 harith.. setiap hari kene cheak sebab kadang tu kalau ade homework pon die akan cakap tak de homework.. so kene la cheak satu2..
Wednesday, February 12, 2014
Baju Melayu..
Monday, February 10, 2014
2nd Class
Hari sabtu lepas ade parent sharing day.. skali ngan klas taekwondo harith.. dan minggu ni abah die ade skali.. boleh la tengok cam ne anak bujang die blaja taekwondo..
Friday, February 7, 2014
Ngompol..
Pagi tadi.. kejut harith bangun nak gi skolah cam biase.. pelik skit sebab biase die liat nak bangun.. tapi pagi ni senang je.. kejut je trus bangun nak gi bilik air.. bile bukak baju ngan seluar baru prasan seluar die pkai basah.. sah bdak ni kencin malam..
Dah lame pon die tak kencin malam.. mimpi ape agaknye.. slalu tu kalau nak kencin mesti die kejut abah or ibu ajak pegi toilet.. tapi malam tadi dah tebabas plak..
Tambah lagi keje nak jemor tilam.. cuci cadar ngan sarong bantal pelok yang panjang tu sebab nampak cam dah tekene skit..
Tak pe la harith.. ibu maapkan.. len kali jangan buat lagi ye.. hari2 nak jemor tilam pon belom tentu kering..