Powered by Blogger.

Sunday, December 10, 2017

Sambal Goreng Terakhir Mak..



Sebelum ni macam tak dapat nak gambarkan macam mana kalau mak dah tak de.. dah tak dapat makan makanan yang mak masak.. balik kampung dah tak de yang menunggu.. entah lah.. memang susah nak bayangkan.. tapi sekarang mak betul-betul dah tak de.. Allahuakbar.. kuatkan la hati ni.. cuba untuk elakkan dari nak menangis.. orang kata kalau kite nangis kenangkan orang yang dah tak de, orang tu akan tersiksa.. wallahu a'lam..


Sambal goreng mak.. ni sambal goreng terekhir mak masa raya haji lepas.. alhamdulillah.. bersukur dapat makan.. terima kasih mak sebab buatkan.. lepas ni tak dapat rasa dah.. resipi tak sempat nak mintak.. tak pe la adik beradik lain mesti tau macam mana nak buat.. nanti la roger2 derang.. masa raya haji tu ade juga nak ambil gambar lontong tapi dok bertangguh-tangguh sampai terlupa.. 

Semoga mak dan abah berada dalam golongan orang-orang yang beriman.. Al-fatihah.. 




0 juta comments on "Sambal Goreng Terakhir Mak.."

 

Once Upon A Time Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez