Powered by Blogger.

Tuesday, November 14, 2017

Mari Mencuci Mesin Basuh.. Part 2..


Sambungan dari entry sebelum ni.. pasal cucu mesin basuh.

dan hasilnya pada keesokan hari adalah taarraaaaaaa.....


segala sampah sarap.. erkk.. ni kire sebagai sampah sarap ke ek.. rasenya ni habuk-habuk lama yang termelekat kat sebelah luar dan bawah drum besi tu.. habis semua tanggal.. mana datang habuk-habuk ni?? habuk ni datangnya dari baju-baju yang kita pakai tu la.. bila dah lama sangat memang dia akan jadi berkerak.. kalau tak buang mungkin baju-baju yag kita basuh pada masa akan datang masih ada habuk-habuk tu.. cuma disebabkan dia halus sangat, memang tak nampak la melalui mata kasar kita ni..

Step apa pulak yang kita nak buat lepas ni??


Kasi sauk semua sampah sarap tu.. pakai la pape.. yang dalam gambar ni den pakai je tapis santan yang ada kat rumah ni.. banyak juga la dapat.. kenapa kena sauk, sebab sampah sarap tu tak lepas pon nak keluar melalui lubang-lubang halus mesin basuh ni.. Jadi kita sauk je selagi boleh.. kalau dah tinggal yang halus-halus sampai kat tapis santan tu pon die telus, biakan je la.. 

Dah settle.. semua boleh la tekan satu lagi round membasuh supaya mesin basuh kita tu betul-betul bersih dan keluarkan semua habuk-habuk tadi.. tunggu 45 minit lagi dah siap cantik dan bersih mesin basuh tu.. (bergantung kepada mesin basuh tu la.. ni den punyo satu round 45 minit dio blolasah) hehehhe..


Korang pon boleh buat untuk kasi bersih mesin basuh yang membasuh bebaju kita setiap hari ni.. 

untuk hasil yang baik, korang boleh buat sebulan sekali.. 


Selamat mencuba!! =D

0 juta comments on "Mari Mencuci Mesin Basuh.. Part 2.."

 

Once Upon A Time Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez