Powered by Blogger.
Showing posts with label breastfeed. Show all posts
Showing posts with label breastfeed. Show all posts

Thursday, August 2, 2012

Demi Hasnaa..

12 juta comments
Aku memang tak de buat ape2 persiapan untuk bf hasnaa sebelum bulan puasa ni..

Aku rase dengan makan sahur dan minom air banyak sampai kembung di malam hari dapat memberi kesan pengeluaran susu yang same macam bulan tak puasa..

Nampaknye kira2 aku salah.. rasa macam sejarah lalu berulang.. masa harith dulu cam ni la.. bulan puasa harith dok sedut2 tak keluar susu dan die mengamok.. aku yang baru jadi ibu 2 bulan lebih mase tu sangat panik.. nak buka puasa rasa sayang.. so teruskan saja puasa..bila pikir balik rase macam kejamnya aku dulu.. pentingkan diri sendiri.. Sekarang aku dalam misi menebus kesilapan lalu..

Eh sebenarnye entry ni nak cite pasal menyusu di bulan puasa tahun ni.. 

Hari pertama puasa.. aku masih gagah.. susu keluar macam biase.. aku bajet boleh kot sampai hujung puasa aku menyusukan hasnaa nih..

Hari kedua.. pagi ok.. sampai tengahari aku dah rase sesuatu.. tapi puasa mesti diteruskan..

Hari ketiga dan keempat.. walaupon bersahor makan nasik dan minom air sampai kembung tapi susu tetap menurun.. paling sedih bila tiap kali lepas menyusu hasnaa dok carik botol air kosong abang harith.. pas tu die isap banyak2 sampai puas.. 

Dan malam tu buat power pumping.. kene buat tengah malam sebab kadar pengeluaran susu tengah banyak mase tu.. tapi bila dah sejam ngepam hasilnya cuma 1oz saje.. makin sedih.. 

Hari kelima sempat sahor minom air je sebab lambat bangun.. tak sempat jamah pape.. bila dah siang memang rase susu tak de.. cakap kat asben nak buke.. bukan sebab lapar, pening atau pon perot sakit.. tapi sebab kesian kat hasnaa susu tak de.. dan tengahari tu bertamankan harith makan nasik same2.. huhuhuh.. pas tu minom air banyak dengan harapan susu akan keluar banyak.. alhamdulillah.. ada la susu keluar lebih banyak dari semalam.. petang tu plak topup lagi dengan stok EBM.. sedih tengok hasnaa tegok laju2 macam orang kebulur..

Hari ke enam.. sambung puasa macam biase.. sahur makan nasik.. dan pada hari ke enam ni aku rase macam kene juga carik ape2 makanan tambahan yang bolehkan susu keluar macam biasa..

sebelom ni dah try buat lobak putih masak rebus.. dah tak jalan
minom air longan pon dah tak mau..
minom horlicks boleh la skit2 cuma aku tak minat minom horlicks.. rase cam kembang tekak..
teringin juga nak buat 1gelas besar susu segar + 1 biji kurma + 21 biji kismis + 7 biji badam = blend sampai berbuih dan minom tapi aku takot belom sempat masok mulut tekak dah kembang dulu.. nak habiskan 1 gelas besar susu segar pada aku susah.. 

Dan hari ke enam ni aku carik supplement.. mule2 carik kat fb.. aku tanya itu dan ini.. tapi die bagi harga RM400++.. huishh.. terus cancel.. so bile jumpe yang trial pack shaklee tu aku rembat terus.. tanye sikit2 je.. janji dapat lepas bulan puasa ni pon dah kire bagus..(kalau bagus mau juge aku sambung makan supplement shaklee ni.. hehhehe..) pagi tu bank in duit n suruh orang tu poskan hari tu juge.. harap esok sampai..

Hari ketujuh..




Hasna berjaya menelan vitagen dengan jayanye.. sebelom ni kalau die minom mesti akan luah balik.. 


Dan hari ni juge trial pack shaklee yang aku order sampai.. tak sabar nak cuba.. =D






Hari ke lapan..





Cuba makan trial set untuk ibu menyusu ni.. terdiri dari Vita-Lea (Multivitamin), B Complex, Vita C dan Alfalfa.. 

Ini pendapat aku saje.. pada aku lagi senang makan supplement dalam bentuk macam ni.. telan saje.. setiap orang berbeza.. mungkin anda2 diluar sana tak suka.. itu hak anda..

Alhamdulillah buat masa ni supplement tu rasi dengan aku.. banyak la juga susu yang keluar kalau nak dibandingkan dengan hari2 sebelumnya.. aku cuma berusaha dan bertawakal.. selebihnye Allah yang mengizinkan.. syukurr nikmat tuhan..

Kemarin hari isnin aku memang tak sempat langsung nak sahur.. tapi susu tetap ada.. murah rezeki hasnaa.. harap berpanjangan la sampai ke hujung ramadhan..







Thursday, July 26, 2012

Susu..

5 juta comments

Puasa ni memang mencabar.. 


Hari pertama n hari kedua boleh gagah lagi.. masok hari ketiga dah start menurun..


Menurun dari sudut kadar pengeluaran susu.. 


Pada aku sahor itu wajib.. sebab kalau tak bf pon aku cuba akan sahor juge, melainkan kalau dah telajak ke subuh..






Ni hasil power pumping malam semalam.. dekat sejam ngepam hasilnya tak seberapa.. 




Dan kini aku sedang mencari2 tonik ajaib untuk pengeluaran susu di bulan puasa ni..




Doakan aku kawan2.. semoga aku terus dapat menyusukan hasnaa.. aminnn...















Tuesday, July 17, 2012

Ke Perpustakaan Negara..

8 juta comments
Ni cite hari sabtu lepas.. dah plan memang nak pegi.. harap hubby sudi tolong bawak.. alhamdulillah sampai juge.. yeayyy...

Buat pertama kalinya jejak kaki ke Perpustakaan Negara..

Sebelom ni nampak kat tv je..  



Huhuhu.. plan kol 8 pagi nak gerak dari rumah.. last2 kol 9 lebih baru gerak.. sampai sane dekat kol 10.. 

Masa mula2 sampai nampak macam ade sesi pendaftaran kat tangga library tu.. tapi kene la carik parking dulu kan.. pusing2 punye pusing parking tak de.. ingat nak balik dah.. pas tu last hubby pusing carik parking, alhamdulillah ade satu kete nak kuar.. rezeki.. 

Masa nak masok tengok meja daftar dah tak de.. sume dah masok auditorium kot.. 





Kat FB yang kompom datang 41 orang.. dah pasang angan2 boleh dok depan dengar talk nih.. 






Tapi situasi sebenar adalah seperti ini.. punah.. penoh satu dewan.. mule2 bediri juge.. pas tu ade la satu couple yang keluar dari dewan n amek peluang duduk situ.. huhuhu..


Mase ni tengah ade cam forum pasal bf.. ade sorang dokto, ustaz ngan sorang retis.. retis tu serina anak chef wan.. syokk gileee..  


Disebabkan datang lambat makanya duduk blakang skali la..




Blah kanan ni penoh dengan stroller.. 




Blah kiri plak ade banner psal bf..




Dan mak jemah ini duduk betol2 di cerok paling belakang.. seb baik ade kerusi.. boleh ilangkan lelah.. (tengah khusyuk dengar talk la konon.. nak tengok tak nampak sebab kat depan ni pon dah beduyun orang bediri)




Ni serina dah abes talk.. ade jamuan le untuk ahli panel.. gamba serina ni je yang sempat tangkap.. die jalan laju sangat.. lagi pon orang lain masing2 nak amek gambo die.. huhuhu..


Elok je serina keluar aku pon keluar sebab dah nak kol 12.30tghari.. bajet dah nak abes la kot.. rupenye ade lagi talk psal babywearing.. kat situ tulis babywearing kol 10-11pg.. yang aku ni ingat dah abes.. terus la balik..  




Hasnaa yang dah lena kat dalam ring sling.. Harith plak dah rindu kat ibu die macam dah sebulan tak jumpe.. sebab aku masok bedua ngan hasnaa je..


Antara barang yang sempat dirembat..




Majalah Pa&Ma bulan Ogos.. kat sini harga majalah ni murah singgit, pas tu dapat pree note pad Pa&Ma..


Sticker Titisan Emas pon sempat beli.. boleh la tarok kat kete nanti.. hehehhe..










Ape yang aku dapat hari tu adalah sedikit sebanyak dapat la memberi lebih semangat nak bf hasnaa.. walaupon sebenarnye dalam hati ni dok pikir 50/50 je nak sampaikan 2 tahun.. kalau dapat sampai setahun pon dah seribu rahmat rasenye..


Dan yang paling penting sokongan suami.. kerja nak bf anak ni memang la dari luarannya kite nampak isteri je nak buat, tapi sebenarnye suami pon kene main peranan juge.. so kepada bapa dan bakal2 bapa kene sokong isteri anda.. bukan takat kat dalam labour room je, tapi apa2 yang memberikan manfaat untuk keluarga dan anak2 buat la same2.. semoga dengan cara tu dapat secara tak langsung dapat mengeratkan kasih sayang korang.. sekian..


Cite pasal babywearing tak de sebab tak sempat tengok dah balik.. huhuhu.. rugi btol.. kalau ade lagi lepas ni boleh la pegi lagi.. hehehhe...














Pembetulan 22/7/2012..


Bila dah bace blog kak hayati hashim baru tau yang pasal babywearing tu sebelom talk pasal bf.. rugi2... datang lambat sangat.. dah banyak ilmu yang telepas.. 







Friday, July 6, 2012

Puasa Dan Menyusu..

8 juta comments

Lagi bape hari je lagi dan nak puasa..

Aku dah mula risaukan pasal susu hasnaa..

Susu yang perah pon tak banyak..

Pengeluaran susu sekarang tak semeriah macam mule2 besalin dulu..

Aku cume berharap semoga susu tetap ade macam biase..

Sebab masa harith dulu susu memang kering.. start dari tu trus bagi harith fm..

Tadi ternampak ade link di wall Pa&Ma..

Ade cite pasal panduan menyusuakan ketika berpuasa..

Sempat la copy skali.. harap dapat jadi panduan kepada kawan2 yang menyusukan juga..



Panduan Menyusukan ketika berpuasa.




Meneruskan amalan penyusuan ketika berpuasa adalah selamat.


Pada asasnya, amalan berpuasa sama sekali tidak akan mengganggu pengeluaran susu ibu. Ia tidak bergantung kepada amalan pemakanan seharian.


Sebaliknya bersandarkan kepada keupayaan anda mengosongkan payu dara secara efektif sekerap yang boleh, menerusi penyusuan terus atau pemerahan payu dara. Perlu anda maklumi bahawa dalam menjayakan penyusuan susu ibu, ia melibatkan hormon prolaktin dan oksitosin. Prolaktin merupakan hormon yang menghasilkan susu ibu manakala oksitosin pula merembesnya keluar. Dalam pada itu, Feedback Inhibitor Of Lactation (FIL) adalah salah satu lagi faktor dalam menentukan usaha anda menjayakan impian menyusukan bayi sepanjang berpuasa.


FIL merupakan sejenis protein yang terdapat dalam susu ibu yang berkumpul di dalam payu dara. Ia sering memberi tindak balas negatif kepada proses penghasilan susu apabila terlalu banyak FIL berkumpul di dalam payu dara akibat kurangnya rangsangan penyusuan daripada bayi mahupun disebabkan oleh payu dara tidak dikosongkan dengan efisyen.


Tahap FIL yang tinggi akan memberi isyarat kepada otak agar penghasilan susu ibu dikurangkan, kesan kekurangan permintaan. Hal sebaliknya berlaku apabila payu dara anda sering dikosongkan. Jumlah FIL dalam payu dara menjadi rendah dan seterusnya menghantar isyarat supaya lebih banyak susu ibu perlu dihasilkan.


Susu Kering
Tiada persediaan khas yang perlu anda lakukan dalam memastikan bekalan susu ibu kekal sepanjang menjalani ibadah puasa. Apa yang penting ialah anda perlu kekal berfikiran positif, terus menanam azam jitu bagi meneruskan penyusuan sepanjang berpuasa dan pada masa yang sama memastikan diri mengamalkan pemakanan seimbang dan menyihatkan.


Perlu diingatkan agar anda tidak khuatir dengan terlalu memikirkan amalan berpuasa bakal mengganggu penghasilan susu dan menjadikannya kering. Kebimbangan melampau akan menimbulkan perasaan tertekan yang akhirnya mendorong kemerosotan bekalan susu ibu.


Pengeluaran susu ibu yang berkurangan bukan disebabkan oleh ibadah puasa! Sebaliknya tekanan yang anda alami itu menghalang refleks pengeluaran susu (let down). Cara terbaik mengatasinya mudah sahaja iaitu anda perlu sentiasa bertenang dan tidak terlalu memikirkan hal ini.


Sehubungan itu, untuk makluman amaun susu ibu mungkin berkurangan pada hari pertama berpuasa. Namun, jangan endahkan hal ini. Sebaliknya, anda perlu lebih kerap mengosongkan payu dara. Jika bersama bayi, susukannya secara terus. Jika bekerja pula, perah dan kosongkan payu dara dengan sebaik mungkin dengan mengepam susu di setiap dua atau tiga jam sekali.


Biarpun berpuasa, pemerahan payu dara perlu berlangsung seperti biasa. Walau bagaimanapun, sebaik-baiknya mulakan rutin ini di awal pagi iaitu ketika waktu sahur. Hal ini kerana amaun susu ibu pada waktu ini masih banyak. Sama juga halnya selepas anda berbuka puasa.


Dehidrasi
Dehidrasi boleh menyebabkan susu ibu berkurangan. Oleh yang demikian, ambil perhatian sewajarnya bagi mengelakkan keadaan ini berlaku dengan memastikan anda minum air yang secukupnya ketika bersahur dan berbuka puasa.


Masalah dehidrasi yang teruk boleh menyebabkan tekanan darah rendah, letih, menggigil, loya, pening dan rasa haus melampau. Sekiranya keadaan ini berlaku, adalah lebih baik untuk anda berbuka puasa agar tidak menjejaskan tahap kesihatan diri.


Walaupun begitu, meminum air bergaram mampu mengembalikan keseimbangan bendalir badan yang terhidrat. Hal ini disebabkan garam penting dalam mengembalikan kandungan sodium dan potasium dalam tubuh. Anda boleh mencuba meminum air bergaram untuk mengatasi dehidrasi. Cara membuatnya ialah campurkan sedikit garam dan gula bersama air sejuk. Untuk mendapat rasa yang lebih enak, letakkan sedikit perasa ke dalam minuman ini.


Panduan Pemakanan


1. Minum Air Mencukupi
Anda perlu minum air yang mencukupi ketika sahur dan berbuka bagi mengelakkan dehidrasi yang bakal menjejaskan penghasilan susu. Seelok-eloknya minum dua liter atau bersamaan dengan lapan gelas air sehari.


2. Jangan Abai Sahur
Usah sesekali meninggalkan waktu bersahur. Namun, anda digalakkan untuk melambatkan makan sahur. Makanlah makanan yang kaya dengan protein dan apa sahaja makanan berbentuk sup. Dalam pada itu, anda perlu kurangkan pengambilan makanan bergoreng dan berminyak kerana ia boleh mengurangkan nutrisi makanan yang diambil.


3. Makan Kurma Ketika Berbuka
Berbukalah dengan memakan kurma terlebih dahulu sekurang-kurangnya tiga biji.


Amalan sebegini dapat membekalkan tenaga segera selepas berpuasa sepanjang hari.


4. Banyakkan Buah Dan Sayur
Makanlah buah dan sayur yang ternyata mengandungi banyak khasiat yang bukan sahaja baik untuk tahap kesihatan anda malah bagus untuk bayi juga.


5. Ambil Lebih Lemak Sihat
Jumlah lemak di dalam susu ibu berkurangan apabila anda berpuasa. Untuk itu, anda perlu mengambil makanan yang mengandungi lemak sihat mencukupi. Ini dapat dilakukan dengan mengambil susu dan produk tenusu seperti keju, susu dan sebagainya.


6. Amalkan Madu
Anda sangat digalakkan untuk memakan madu setiap hari sepanjang berpuasa kerana ia merupakan sumber tenaga semula jadi. Selain daripada menambah stamina, ia mampu meningkatkan kadar serapan kalsium dalam tubuh.


7. Elakkan Minuman Bikarbonat
Anda sememangnya digalakkan untuk minum banyak air ketika berpuasa tetapi hindari pengambilan minuman yang mengandungi banyak gula seperti air bikarbonat. Sama juga halnya dengan minuman berkafein. Ketahuilah bahawa kandungan gula dan kafein boleh mengganggu penghasilan susu ibu jika diambil berlebihan.

Friday, December 9, 2011

Ini Bukan Aiskrim..

9 juta comments
Entry hari ini adalah rentetan dari entry semalam..


Photobucket

Ya, seperti tajuk di atas.. ini bukan aiskrim.. bukan aiskrim Malaysia perisa laici mahupon soya..


Bekas susu yang paket2 tu dah habis.. botol susu pon memang tak banyak kat rumah ni.. apa yang ade cuma plastik bekas aiskrim Malaysia tu saje.. satu tiub tu boleh masok dalam 4oz susu.. tapi susah la skit nak ikat.. just nice kalau masok 3-3.5oz.. nak ikat pon tak susah..


Pada waktu dah tika ini peti ais blah atas tu memang dah betol2 padat.. peti ais kecik aje.. berkemungkinan untuk esok dan luse akan ade penyingkiran susu dari peti ais tu.. sayang nak melepaskan tapi ruang tak mengizinkan..








Nota kaki~respek kat my pren puan emy yang bf kan anaknya afif sampai setahun lebih.. walau tak lepas sampai 2 tahun tapi kegigihan beliau buat aku rase nak bg tabik hormat.. sebab aku dulu cume dapat bf kan harith dalam 4 bulan saje.. itu pon dah campor2 susu formula..


Tak lupe juge puan ain yang bf kan dua2 anak beliau.. cekal betol mereka2 yang rajin bf anak ni kan.. aku tak belom lagi setaraf dierang.. maseh merangkak2..











Thursday, December 8, 2011

Penoh..

18 juta comments
Photobucket

Harap diabaikan stalactite, stalagmite, salji mahupon tunggul2 ais dalam gambar diatas..


Hasnaa tak kuat isap susu.. nyonyot sikit2 je.. simptom susu macam nak berkurang mase ujung2 dalam pantang ari tu.. kurang demand so merosot la supply kan.. dah macam subjek ekomoni plak.. memang terase sangat susu dah tak bape nak kuar.. start dari tu aku pam.. kalau tak pam takot kilang susu merajuk tak nak kuarkan susu plak.. huhuhu..


Mule2 pam dapat 2 oz je.. sangat sikit.. bile dah lame2 baru la boleh cecah 7-8oz.. itu pon sebelah sahaje.. itu pon kire sikit.. orang lain ade yang boleh dapat 10-20 oz skali pam.. huhuhu... pagi2 memang dah macam lembu susu.. blah kiri hasnaa isap n blah kanan pam.. hasnaa tak nak isap kalau susu tengah kuar banyak memancut2.. boleh menyebabkan die tesedak.. so nak tak nak kene la pam..


Gamba kat atas tu gamba 2 minggu lepas.. ari ni punye ade dalam camera.. bateri camera kong plak.. tunggu la esok baru boleh transfer..


Harapan aku cume satu, smoge dapat bf kan hasnaa sampai umo 2 tahun.. aku sedang cuba, berusaha, berdoa dan tawakal semoga niat aku ni berkesampaian.. walaupon skarang ni aku tengok kat cermin badan dah agak rendang, diameter lengan dah bertambah besar dan makan macam orang mem'bela' tapi aku cuba tabahkan hati.. semoga niat aku termakbol.. aminn..










Nota kaki~Mahu tebus kesilapan lalu.. =(







 

Once Upon A Time Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez