Powered by Blogger.

Wednesday, September 5, 2018

Misi Seluar Putih..


Adoii.. punye la banyak taip tadi.. tapi tertekan delete semua..

Tulis pendek je la..

Tadi cari suluar putih utk abang harith.. ada pertandingan kawad kaki.. dia masuk pertandingan kawad under PBSM..

Sebelum ni pegi KOKO pakai seluar PJ je.. tak pernah pon pakai seluar putih..

Boleh plak die cakap nak pakai seluar taekwondo.. adoiii.. macam tak kene la abang oi.. nak berkawad pakai seluar taekwondo... nak pakai seluar sekolah agama pon macam tak kena je sebab seluar sekolah agama pon cangkuk dah tak boleh nak kancing.. lagi pon seluar sekolah agama nipis sangat.. tak sesuai la.. nak tak nak kena juga beli baru..

Petang tadi lepas abang harith balik sekolab agama, terus kerah abang harith pegi sama-sama cari seluar putih..

Semalam abah die dah cari kat pasarayaku, kedai sebelah pasarayaku dengan giant.. semua tak de jual.. ye la, bukan musim cuti sekolah hujung tahun kan..

Hari ni omak pulak cari kat kamdar.. dah plan dah, kalau tak de kat kamdar nak pegi tesco je.. sebab kat tesco ada kedai jual uniform.. biasanya mesti ada jual semua lengkap kan..

Bila sampai kamdar terus naik tingkat atas.. cari kat bahagian baju sekolah.. cari punya cari ada saiz 23.. mane muatttt.. seluar sekolah kebangsaa  pon abang harith pakai saiz 26.. adududu.. nampak saiz yang banyak dalam 30an punya.. ni kalau dah sekolah menengah boleh la kot..

Omak dah sedih.. cam ne ni seluar tak de anak nak pakai esok.. 😪

Mujur ade adik promoter tu tolong carikan juga seluar.. ada la jumpa saiz 27.. masuk bilik salin.. try tengok cam ne..

Alhamdulillahh.. boleh la walau longgar sikit.. tak pe la.. lagi pon baju nak kene masuk dalam seluar juga kan.. nanti tak de la longgar sangat..

Misi mencari seluar putih abang harith selesai.. harap esok bertambahlah semangat abang harith nak berkawad bila dapat pakai seluar putih tu.. good luck abang!!

Nota kaki~omak risau juga takut abang harith kotorkan seluar putih tu.. jenoh la omak nak menggonyoh nanti.. tapi disebabkan abang harith cakap kawad kat dataran dan bukan kat padang, rasa lega la sikit.. 😅


0 juta comments on "Misi Seluar Putih.."

 

Once Upon A Time Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez