Sekolah tadika kakak tak habis lagi.. tapi dah nak kene pegi sekolah kebangsaan untuk buat exam penentuan kelas untuk masuk darjah satu..
Huhuhu.. pagi-pagi dah berkampung kat sekolah.. kene bawak pensil dengan pensil warna sekali..
Baju kene pakai t-shirt putih berkolar.. tapi ni pakai baju abam harith masa ihtifal masa umur 5 tahun dulu.. tak de kolar pon baju tu.. tak pe la telindung tudung bukan nampak pon.. tudung tu pon memang beli untuk pakai masa sekolah tadika.. seluar pon pakai je seluar sekolah tadika.. jimat kan.. tak yah beli.. huhuhu.. kasut pulak tak de nyatakan kene pakai kasut sarung pon.. jadi pakai selipar saje.. Good luck kakak..
Ibu bapa dah kene bergerak ke dewan dengar taklimat.. kene tinggalkan anak-anak kat dataran untuk derang pegi ke klas buat exam.. ni bagus juga untuk elakkan mak bapak duduk tepi tingkap dok ajar anak buat exam.. hahhah..
Gambar atas tu diambil waktu omak sampai kat koridor dewan.. ramainya student darjah satu tahun 2018 nanti.
Kami dimaklumkan tahun 2018 nanti sekolah ni akan menampung lebih kurang 350 orang murid darjah satu.. kelas pula ada sembilan.. dalam satu kelas tak kurang dari 40 orang murid.. ramainya.. masa omak sekolah kat kg dulu satu darjah kalau dah cecah 40 orang tu dah kira ramai sangat dah..
Semoga anak-anak yang bersekolah pada tahun 2018 ni dapat la belajar dengan baik.. Saingat semakin sengit.. tak macam dulu-dulu.. Good Luck kakak hasnaa..
0 juta comments on "Hasnaa Exam Darjah Satu.."
Post a Comment