gambar ehsan pokcik google..
Skarang musim exam kan.. exam pertengahan tahun untuk tahun 2015 ni..
sebagai mak yang anak nak periksa, hati mak ni rase lebih cuak dari anak yang nak exam.. pas tu bile buat ulangkaji pon macam makpak yang nak amek pekse.. hehehehhe.. biase la kan.. kite sayangkan anak.. makpak mane tak nak tengok anaknya berjaya..
Tercari2 kat google tentang amalan yang ibubapa boleh buat semasa anak exam.. sebab time anak exam die dah kene buat periksa.. kite sebagai ibubapa ni ape yang boleh kite buat.. dan terjumpa la amalan yang agak mudah dibuat dan agak simple.. sesuai sangat la untuk masa ni..
Baca:
1. AlFatihah 7 kali
2. Selawat 7 kali
3. Subhanallah 44 kali
4. Alhamdulillah 44 kali
5. Allahhu Akbar 44 kali
6. Ya Hayyu Ya Qayyum 21 kali
7. Teruskan dengan bacaan doa berikut:
” Ya Allah Ya Hayyu Ya Qayyum, Ya Rahman, Ya Rahim, Ya Latif, Ya Jabbar, Ya Khaliq, Ya Allah permudahkanlah anakanak kami di dalam urusan mereka dalam menimba ilmu di atas seruan dan perintahMu. Tenangkanlah hati mereka untuk menerima ilmuMu,lapangkanlah jiwa mereka untuk mengharungi ujianMu dan berkatilah mereka dengan rahmatMu.Amin Ya Rabbalalamin..”
Semoga dengan doa kita sebagai ibu bapa ni dapatlah sedikit sebanyak membantu anak kita dalam menjawab peperiksaan.. ulangkaji dah buat, jadi berdoa dan bertawakal lah agar semua dipermudakan olehNya.. aminnn.. sumber dari sini.
Tapi ade lagi satu amalan ibubapa ketika anak periksa yang boleh juge kite buat.. tapi yang ni panjang skit la.. mungkin utk ibubapa yang punya masa luang yang banyak boleh buat.. sumber dari sini
1. Ambil Wudhuk.
2. Sambil menghadap Kiblat, baca Kalimah Syadah (3x)
3. Baca Surah Al-Fatihah (10x)
4. Baca Surah 3 Qul (1x)
5. Baca Surah Insyirah (1x)
6. Baca Selawat (10x)
7. Baca Surah Yassin (1x)
8. Baca Surah Insyirah (100x)
9. Niat didalam hati agar Allah SWT memudahkan anak-anak menjawab soalan peperiksaan dengan tenang, betul, tepat dan sempurna.
Selain itu, boleh amalkan juga dengan Berpuasa Sunat dihari anak sedang mengambil peperiksaan.
……………….
Sekiranya waktu itu Si Ibu datang Haid, boleh amalkan amalan ini pula…
1. Beristigfar seberapa banyak yang boleh.
2. Banyakkan Zikir Kepada Allah SWT.
3. Baca Al-Mathurat.
4. Berselawat keatas Nabi. – Selawat Taisir, Faith dan Nariyah.
5. Berdoa apa saja untuk Si Anak. Cth; Doa anak mudah mengingat pelajaran.
Sekian, saja perkongsian kali ini… Semoga bermanfaat…
2 juta comments on "Amalan Ibubapa Ketika Anak Periksa.."
gud info ibu eda...hihi
tq mama shima.. risau anak nak pekse ni..
Post a Comment