Kek ni la yg aku bwak gi kelas manik semalam.. pas siap trus amek gamba.. xsempat potong pon.. hehehhe.. ni recipi die.. try la.. senang je..
Bahan2nya..
1 cawan gula perang
1 cawan susu segar perisa coklat
1 cawan minyak masak
3/4 cawan serbuk koko
1/2 cawan susu pekat manis
1 1/4 cawan tepung gandum
1 sudu teh bikarbornat
1 sudu teh baking powder
3 biji telur
1- Ayak tepung + bikarbonat + baking powder.
2- Panaskan sampai larut serbuk koko + gula + susu segar + susu pekat + minyak masak.
3- Pukul telur sampai kembang dan masukkan ke dalam bahan2 yg dilarutkan tadi. Gaul sebati.
4- Last skali masukkan tepung sikit demi sedikit.
5- Lapik kertas dalam loyang dan tuang adunan tadi.
6- Tutup loyang dengan alumininium foil dan kukus dalam 30-45 minit.
7- Bila dah masak padam api dan biar sejuk baru bukak aluminium foil.
Selamat mencuba..
* Bahan2 mesti dalam suhu bilik ye.. klu x kek xmo naik. =)
Hari Ke Tiga Belas Ramadhan: Mencari Ilmu Pengetahuan Tanpa Had..
-
Allahuakhbar.. dah hari ke tiga belas kita dalam bulan ramadhan ni..
alhamdulillahh..
Lagi dua hari kita dah nak masuk pertengahan bulan.. syukur nikmat ...
4 years ago
1 juta comments on "Kek Coklat"
nyum.. nyum..
Post a Comment