Weekend lepas.. makan di Wong Solo Ampang setelah 2 minggu tak keluar rumah.. caye ke aku tak kuar rumah 2 minggu??? haaa... tepu pale otak weh..
Carik port tepi.. boleh duduk lantai sambil besila.. hasnaa pon aku baringkan kat lantai beralaskan lapik tempat duduk.. kalau nak duduk kat kusi pon boleh cume susah skit la nak makan sambil pegang hasnaa..
Niat datang nak makan ayam penyet.. seumo idop belom penah aku makan ayam penyet.. lagi pon kononnye mase sebelom besalin ari tu nak makan tapi tak sempat.. bile dah sampai sane tukar plak amek ayam bakar.. satu set tu ade sepotong tauhu goreng, tempe, salad, timun ngan sambal terong.. tu je.. so kering.. payah nak telan.. tambah ngan sup sayo.. hohohooh.. tambah lagi ngan baby kailan.. konyang porut den.. sambal die tu mr ejai kate pedas.. bile aku makan biase je..
Antara name air yang aku ingat kat situ 'Soda Gembira' ngan air 'Poligami'.. hahhahah.. name tak boleh blah.. bunyik cam best je kan Soda Gembira tu.. sape yang minom pasti gumbira.. hahahh.. Soda Gembira adalah air sirap bandong.. hohooho.. air Poligami plak adalah air Mangga.. aku tak tau la pasal ape die tarok name pelik2.. ape la salahnye tuleh air sirap bandong ngan air mangga.. tak de la orang kompius..
Nota kaki~petang tu hasnaa kene cirit birit sebab aku makan sambal terong.. sejak bf baby ni aku dah kene kurangkan makan pedas.. makan tak pedas tak syok beb..
Huhuhu.. alhamdulillah.. kawan sekelas aku mase form 6 suria aini dan pasangannye syukri dah pon selamat mendirikan rumah tangga.. syukur..
To suriq, aku tau ko bace blog aku walau ko tak pernah bagi komen.. huhuhu.. nih aku nak bagi kate2 perangsang skit kat ko.. aku tau ko pandai masak, jadinye baik la ko slalu masak kat laki ko ye.. kasi perot die slalu penoh okeh.. pas tu bile dah jd Mrs Syukri ni pandai2 la ko bawak diri.. mule2 mungkin kekok tapi lame2 mesti ok.. mende2 ni sume take time.. alaa.. biale la.. ape2 bende pon kalau mule2 memang payah.. same cam ko blajo bjalan mase kecik2 dulu kan.. bukan boleh terus belari..
Pape pon aku doakan ko smoge berkekalan hingga ke syurga.. aminnn.. sory ek aku tak datang ko kawen.. hehehhe..
Nota kaki~gambo kredit utk PRECIOUS MOMENT PHOTOGRAPHER.. cilok dari fb.. =p
Ni gamba penimbang yang aku timbang malam tadi.. 46kg sudah.. tu pon cam nak cecah 47.. 46kg ni berat aku mase form 5.. dulu tiap kali balik dari asrama mesti aku singgah Fajar telok intan.. jalan2 cuci mata sambil menimbang berat.. naik form 6 turun lagi sampai 41kg sebab susah ati buah ati jauh.. huhuhu..
46kg ni sebenarnye dah naik.. mase sebelom besalin ari tu 51kg.. mase dalam pantang dapat turun sampai 44kg.. sebelom pregnant 41kg.. tapi skarang dah 46kg.. huhuhu.. patot la skang ni aku rase aku kuat sangat melantak.. cepat sangat abes segala makanan kat rumah ni.. asek lapo je manjang.. tapi ok la kot berat 46kg ni.. harap tak de la nampak katek sangat dengan tahap ketinggian aku yang tak bape tinggi ni.. kang kalo ringan sangat boleh terbang plak bile kene tiup angin.. huhuhu...
Semalam aku terjumpa paper Metro 18 Januari 2008.. tesenyum aku sorang2..
KUALA LUMPUR: Perang terhadap produk mi dan kuetiau menggunakan logo halal palsu Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mendedahkan isu lebih menakutkan apabila jenama mi terkenal dikesan mengandungi bahan kimia asid borik.
Apabila ujian dilakukan terhadap mi terbabit, warna kuningnya bertukar menjadi merah hingga boleh digelar 'mi darah'.
Dua jenama mi terkenal yang diambil dari dua kilang berasingan di Kampung Baru Sungai Buluh dekat sini semalam, didapati mengandungi asid borik apabila warna mi terbabit bertukar manjadi merah pekat selepas dicampur air kunyit.
Ini menunjukkan pengilang mi dan kuetiau terbabit masih berdegil menggunakan asid borik dan benzoik walaupon mereka pernah diberi amaran berulang kali oleh Kementerian Kesihatan.
Difahamkan asid borik dan asid benzoik yang digunakan sebagai pengawet dinggap berbahaya kerana boleh menyebabkan kancer dan menjadi antara punca lelaki mandul.
Asid borik bahan digunakan unuk kawalan serangga dan pengawet kayu dalam industri perabot, kaca dan bidang perubatan serta dilarang mengikut Akta Makanan 1983 dan Peraturan-peraturan Makanan 1985.
Kebayakan usahawan mi, kuetiau, mi wantan dan laksa gemar menggunakan kimia berbahaya itu kerana ia mampu membunuh bakteria, meningkatkan tekstur dan mengekalkan kesegaran makanan untuk tempoh masa lama.
Berdasarkan maklumat Kementerian Kesihatan, asid borik boleh menyebabkan loya, muntah, cirit-birit, kegagalan buah pinggang, kegagalan sistem peredaran darah seterusnya membawa maut.
Wartawan Harian Metro melakukan ujian terhadap dua jenama mi itu yang diambil dari kilang dua kilang terbabit yang diserbu pegawai Jabatan Kesihatan Selangor, Jakim dan Kementerian Perdagangan Dala NEgeri dan Hal-Ehwal Pengguna (KPDNHEP)Selangor, semalam.
Ia mendapati kedua-dua mi terbabit bertukar warna kepada merah pekat selepas dituang dengan air kunyit.
Pertukaran warna merah mendadak dalam tempoh 10 saat itu mebuktikan mi terbabit mengandungi asid borik yang digunakan unutk tujuan pengawetan.
Jika mi terbabit tidak mengandungi asid borik atau benzoik, warna kuning mi itu akan kekal tanpa perubahan warna ketara.
Sementara itu, ketika serbuan dilakukan, pihak Jakim menarik semula pemberian sijil halal kedua-dua kilang makanan terbabit selepas ujian makmal membuktikan pengusahanya menggunakan asid berbahaya itu.
"Jakim menitikberatkan keselamatan pengguna dan tidak sesekali berkompromi dengan pengusaha makanan yang sewenang-wenang menggunakan bahan berbahaya, apatah lagi daripada sumber diharamkan agama," katanya.
Satu daripada kilang mi yang menggunakan asid borik dan benzoik itu pernah ditarik semula pemberian sijil halal jakim pada Ogos 2006.
Pengusaha kilang terbabit kemudian cuba memohon semula sijil halal jakim pada Julai tahun lalu, namun ditolak kerana tidak mematuhi syarat ditetapkan.
Malah, dalam pemeriksaan mengejut semalam, pihak berkuasa sekali lagi menemui beberapa kotak berisi serbuk putih asid benzoik yang disembunyikan di kilang terbabit, sekali gus membuktikan penggunaan bahan kimia itu.
Disebabkan tajuk depan paper ni la ade orang kate mr ejai mandul.. walaupon sebenarnye mase ni aku dah pon pregnantkan harith 2 bulan dan baru 5 bulan kawen.. malas nak heboh2 sebab orang kate kalo heboh awal kang takot baby tak lekat..
Nak tau sebab ape? sebab mr ejai suke makan mee.. memang gile mee.. aku tak minat sangat.. tapi kalau itu je yang ade aku bedal juge..
Terbukti sudah bile 2 orang anak mr ejai telah selamat aku beranakkan.. alhamdulillah.. huhuhu..
Nota kaki~pada sesiape yang baru kawen 2-3 taun tapi maseh belom dapat anak tu besabo je la.. munkin belom rezeki lagi.. ade orang dah kawen 15 taun baru dikurniakan zuriat.. rezeki masing2..
Dari petang semalam, membawak ke malam tadi badan rase seram sejuk.. bijik mate pon dah rase panas.. macam nak demam.. blakang badan pon sakit2.. kepale denyut2..
Dari senin minggu lepas keje macam non stop.. stop bile time tido malam je.. time tu la pon dapat baring.. bangun pagi celik mate trus wat itu ini.. penat sangat kot sampai macam nak demam2.. alhamdulillah hari ni ok..
Semoga aku ditabahkan hati dan dikurniakan kesihatan yang baik demi budak kecik ini.. aminnn..
Weekend ni duduk rumah je.. gamba kat atas ni hari ahad minggu lepas..
Weekend tanpa aktiviti..
Rase nak nangeh plak bile tengok video ni.. mase game ni nak mule ari tu aku tak tengok.. dah sepak mula baru aku tengok.. la ni baru aku tau yang penonton indonesia tak menghormati bile lagu negaraku dimainkan mase sebelom game ari tu..
Teremosi plak aku..
Nota kaki~Nak maki2 pon ntah2 dierang tu sedara mara aku.. embah boyot aku kan datang dari tanah jawa..
Cam biase la, baby baru lahir memang akan dibotakkan kan.. mase harith dulu aku cam sayang je nak botakkan die.. alasan aku kesian takot die sejuk.. tapi kene botak juge..
Time hasnaa ni aku dah cam tak heran sangat.. tak de pon rase kesian takot die sejuk.. biar la botak.. bukan tak tumbuh pon rambut die nanti.. lagi pon pada aku botak ni bagus gak sebab segala daki2 yang melekat kat kepala baby itu boleh ilang.. kalau tak cukur memang tak nampak pon daki2 tu sume..
Misi membotakkan kepala anak dara aku dah selamat berlangsung hari sabtu lepas bersamaan dengan hari ke 45 usianya.. dah abes pantang baru nak cukur.. ni kire entry tertunggak juge la.. hehhehe.. gile malas aku nak upload gambar dari camera..
Cam ni la rupe hasnaa sebelom kene botak.. rambut die tak de la tebal sangat pon.. lebih kurang cam harith gak dulu..
Sesi nak menggondol sudah bermula.. ingat senang.. rupe2nye tak semudah yang disangka.. mr ejai yang cukurkan.. aku tolong pegang aje..
Cam ni la keadaan hasnaa time cukur ari tu.. sebok nak lintas jalan.. tengok kanan kiri tak abes2..
Setelah bertungkus lumus berhempas pulas akhirnya botak juge..
Walau pon tak licin sangat tapi ni pon kire ok la.. nampak la segala daki2 kat kulit kepala die.. bile mandi tarok syampoo skali kat kepala baru la bersih sume..
Nota kaki~agak2 raye taun depan dah boleh wat tocang ke tak ek.. hehehhe..
Amek kat klinik kesihatan depan kampong mase nak check kuning hasnaa ari tu.. =p