Apa khabar anaknya dengan pembelajaran anak2 korang time PKP 3.0 ni? huhuhu..
Emak2 dah ada yang streas??
Stress tu biasa, cuma cara kaedah bagaimana kita nak harap stress tu yang perlu kita fikirkan kan..
Tak tau la samada aku ni mak yang beria sangat nak anak siapkan homework atau mak yang risau sangat kalau cikgu marah anak tak siap homework.. sebab rasa masih terngiang-ngiang masa sekolah dulu kalau tak siap homework cikgu marah atau kene dengan kat sekolah.. malu woo..
Kat bawah aku ade buat senarai homework yang anak2 kena buat...
Disclaimer: jangan die tengok sangat tuliskan yang sangat cakar ayam tu ye.. sebab itu hanya untuk rujukan aku saja.. time aku buat homework bagi kat cikgu dulu elok je la aku tuleh..
Ni kalender untuk rujukan omak.. untuk bagi ingat kelas online anak2.. biru untuk abang form 1.. purple untuk kakak darjah 4.. dan pink untuk adik tadika 5 tahun.. ye 5 tahun pon ade kelas juge tau..
Ni hari Isnin dan hari Selasa punya homework. meriahkan..
Rabu dan khamis.. Yang SRI (Sekolah Rendah Islam) bawah tu homework sekolah agama kakak darjah 4..
Iye.. gitu la homework anak2 dalam masa lima hari ni.. omak kat rumah ni memang jadi tukang remainder je.. tak hantar homework cikgu ingat mak kat rumah tak ambil tahun pasal sekolah anak2 pulak..
Semoga anak2 kita dipermudahkan buat homework.. ni dah nak masuk minggu kedua pon ada lagi yang tak hantar lagi.. folio, projek, experiment sains.. 😪
(kalau folio, projek dengan experiment sains ni memang mak pak yang kene tolong buat ke cane??)
Mohon bertabahlah ya..
0 juta comments on "PdPR 3.0"
Post a Comment