Powered by Blogger.

Tuesday, November 14, 2017

Mari Mencuci Mesin Basuh.. Part 2..

0 juta comments
Sambungan dari entry sebelum ni.. pasal cucu mesin basuh.

dan hasilnya pada keesokan hari adalah taarraaaaaaa.....


segala sampah sarap.. erkk.. ni kire sebagai sampah sarap ke ek.. rasenya ni habuk-habuk lama yang termelekat kat sebelah luar dan bawah drum besi tu.. habis semua tanggal.. mana datang habuk-habuk ni?? habuk ni datangnya dari baju-baju yang kita pakai tu la.. bila dah lama sangat memang dia akan jadi berkerak.. kalau tak buang mungkin baju-baju yag kita basuh pada masa akan datang masih ada habuk-habuk tu.. cuma disebabkan dia halus sangat, memang tak nampak la melalui mata kasar kita ni..

Step apa pulak yang kita nak buat lepas ni??


Kasi sauk semua sampah sarap tu.. pakai la pape.. yang dalam gambar ni den pakai je tapis santan yang ada kat rumah ni.. banyak juga la dapat.. kenapa kena sauk, sebab sampah sarap tu tak lepas pon nak keluar melalui lubang-lubang halus mesin basuh ni.. Jadi kita sauk je selagi boleh.. kalau dah tinggal yang halus-halus sampai kat tapis santan tu pon die telus, biakan je la.. 

Dah settle.. semua boleh la tekan satu lagi round membasuh supaya mesin basuh kita tu betul-betul bersih dan keluarkan semua habuk-habuk tadi.. tunggu 45 minit lagi dah siap cantik dan bersih mesin basuh tu.. (bergantung kepada mesin basuh tu la.. ni den punyo satu round 45 minit dio blolasah) hehehhe..


Korang pon boleh buat untuk kasi bersih mesin basuh yang membasuh bebaju kita setiap hari ni.. 

untuk hasil yang baik, korang boleh buat sebulan sekali.. 


Selamat mencuba!! =D

Saturday, November 11, 2017

Mari Mencuci Mesin Basuh..

0 juta comments

Dah lama mencari sabun pencuci mesin basuh ni.. disebabkan tadi singgah kejap ke eon big, pegi masuk ke cosway.. jumpa pon sabon ni.. beli la sekotak.. disebabkan harga bukan ahli cosway kene la bayar RM15.90.. (kalau ahli harga dia dalam rm10 rasenya)


Yeayy.. mari bukak kotak..

Dalam kotak ni ada 2 paket serbuk sabun.. kene pakai satu paket tu untuk satu kali cucian mesih basoh..


Baca ya kaedah macam mana nak guna.. 




Yeayy.. mari kita tuang semua.. kasi pusing itu mesin basoh dan biarkan je terendam.. mari tidur dan esok pagi kita tengok apa dah jadi..




Friday, November 10, 2017

Sambutan Hari Kanak-kanak Sekolah Abang Harith..

0 juta comments
Hari ni ada jamuan akhir tahun sekolah abang harith.. 

dari hari selasa lepas dia dah bagi tahu yang hari jumaat ni ada jamuan.. Kene bayar RM6 katanya.. 

Layankan aje la.. hari rabu lepas dah bayar duit jamuan..


Kene bawak pinggan dengan cawan sendiri.. dan abang harith nak pakai beg Lady Bird ni.. suke hati abang la nak pakai beg ape..



Dan bila balik sekolah tadi bila ibu tanya makan apa jamuan tadi.. dia cakap makan Burger dengan Fries yang A&W punya tu.. oowwhh.. omak die ni ingat bayar RM6 tu makan nasik atau bihon atau mee goreng..huhuhu.. Siap ada maskot A&W datang.. 



Dan dapat juga sekali dengan benda ni... ingatkan ape la.. rupanya pensil warna.. comey je bekas dia.. skali pandang ingankan deodoran.. hahahha..



macam tak caya je kan dalam tu sebenarnya ada pensil warna.. 

pensil warna ni pon ntah tak tahu la berapa lama hayatnya.. kadang elok abang dia simpan, adik-adik pulak buat main

Lega juga rasanya sebab sekolah lain bila ada hari kanak-kanak kat sekolah memasing ada tema.. jenuh juga nak cari baju.. Alhamdulillah sekolah abang harith tak de pulak nak bertema-tema bagai.. 




Thursday, November 9, 2017

Kakak Hasnaa Nak Potong Rambut..

0 juta comments

Ini rambut kakak hasnaa.. rambut dia panjang dan nak hampir ke paras pinggang.. suka betul dengan rambut dia ni.. part rambut anak-anak memang semua ikut genatik abah dierang.. jenis rambut nipis dan lembut.. pakai jari pon bolehh.. hahahah..

Ye serius rambut budak-budak dalam rumah ni elok je tak mengerbang.. kalau ikut rambut omak memang kembang la.. hahaha..

Setiap pagi sebelum kakak hasnaa pegi sekolah omak sikat rambut dia elok-elok.. Kalau rajin dan ada masa skit boleh la buat rambut dandan macam dalam gambar tu.. kalau tak sempat memang omak sikat bagi rapi dengan ikat buat bunjut saje la.. senang nak masuk dalam sekap kepala..

Dah beberapa minggu ni kakak hasnaa request nak potong rambut.. nak rambut pendek.. sebab dia kata kawan-kawan di sekolah semua rambut pendek.. alahai.. omak ni dah la sayang kat rambut dia tu.. sayang betul nak potong.. dari baby tak pernah potong melainkan nak bagi rata rambut saja.. jenuh dah ibu tangguh-tangguhkan permintaan dia.. dari seminggu ke seminggu.. tak juga di potong rambutnya..

Tunggu saja la weekend nanti.. kalau omak rajin.. omak potongkan la rambut kakak tu.. takut-takut nanti rambut kakak yang nak kena potong pendek tapi omak pulak yang meleleh.. huhuhu..


Tuesday, November 7, 2017

Jadi Gadis Uber..

0 juta comments

Hehehe.. hari ni bawak uber.. uber untuk pak encik yang nak pegi keje naik MRT.. hahahha.. ape taknye, dari sebelum subuh tadi sampai jam 8 lebih hujan tak berhenti..

Abang harith terselamat dari hujan sebab masa die naik basikal pergi sekolah agama hujan dan sidang (reda) sikit. Tapi lepas tu lebat balik..

Oleh yang demikian kene la hantar pak encik ke stesen MRT naik kereta.. sebelum hantar pak encik kene hantar kakak hasnaa pegi sekolah dulu.. lepas tu baru giliran pak encik.. adik haifaa pon join sekali hantar abah ngan kakak.. tapi haifaa tido kat baby seat kat belakang.. sampai balik rumah balik die tido tak sedar diri..

Pak encik balik kerja tadi pon kitorang amek.. seronok pulak ramai-ramai jemput abah dierang balik kerja..

Esok tak tahu lagi.. kalau hujan kene on uber lagi la jawabnya.. heheheh..


Pray For Penang..

0 juta comments

Rasanya ramai dah tahu tentang banjir yang menimpa utara tanah air.. Kalau dulu-dulu musim tengkujuh memang semua sedia maklum yang negeri Kelantan dan Terengganu memang akan mencatat mangsa banjir paling ramai.. Tapi sekarang dah banyak barubah..

Siapa sangka negeri Pulau Pinang akan dilanda banjir.. Allahuakhbar.. kalau setakat paras betis mungkin itu biasa.. tapi dah melebihi peras dada orang dewasa.. Belum lagi hal tanah runtuh dan jalan yang rebak..

Semoga apa yang berlaku memberikan seribu hikmah.. Buat semua mangsa banjir di utara tanah air bertabahlah.. didoakan semoga segala urusan mereka dipermudahkan.. aminn..


Monday, November 6, 2017

Dah Dapat Buku Teks Darjah 4..

0 juta comments

Ye.. balik sekolah tadi abang harith dah selamat dapat buku teks darjah 4.. masa gambar ni diambil encik abah tengah check buku semua.. ada kulit ke tak.. berbalut ke tak..

Total semua abang harith bawak balik ada 16 buah buku.. serius banyak.. siap buku sastera english.. buku pasal teknologi maklumat pon ade.. buku teks muzik.. siap buku sejarah pon ade.. kemain bdak2 skarang sejarah pon darjah 4 dah belajar.. masa zaman omak dulu belajar juge rasenye tapi salah satu topik dalam subjek Alam Dan Manusia kalau tak silap..

Macam biasa la ada satu buku tak de kulit.. bertabah la.. kang kalau cikgu tanya mana kulit buku, soh je la abah beli.. hahaha..

So, cam ne... anak-anak korang dah dapat buku teks untuk tahun depan??


Pulang Buku Teks Darjah 3..

0 juta comments

Hari ni hari untuk abang harith pulangkan buku teks.. maka berbondong-bondong la abang harith dan rakan-rakan membawa buku teks siap berikat ke sekolah..

Semalam dah check semua buku ade ke tak.. balut ke idak.. ada kulit ke idak.. satu buku tak de.. tetinggal kat kelas buku sains dan teknologi.. bergegas la semalam pegi sekolah amek buku dalam laci meja kelas..

Alhamdulillahh cukup semua buku.. tunggu je la balik sekolah nanti abang harith bawak buku darjah 4 pulak..

Mari la kita persatuan omak-omak membeli pembalut buku pulak untuk balut buku-buku putera dan puteri untuk sesi sekolah 2018.. bertabahlah semua.. hehehehh..


Majlis Ihtifal Hasnaa 2017 part 3

0 juta comments
Ni kawan baik kat dalam kelas katanya.. sorang nama Yaya dan sorang lagi nama Kaila.. sama la satu sekolah nanti masuk darjah 1..
Ibu belikan belon je.. tu pon dia dah suka sangat.. ingat nak belikan bear kecik yang pkai topi konvo tu, baru tanya harga dah rasa nak tercekik air liur.. huhuhu..
Tak plan pon nak amek gamba ni sebenarnya.. tapi bila ada mak2 yang ajak amek gambar sama tak pe la.. kita pon layankan aje.. hehehhe..
Ni kakak hasnaa ngan muaz.. hampir setiap hari terserempak dengan mak muaz.. budak-budak lain banyak yang naik van..
Abang harith pon tak ketinggalan nak amek gambar sama kakak hasnaa.. kenangan la ni.. tahun depan tak de dah..

Kemain cerita pasal majlis ihtifal kakak hasnaa pon sampai 3 entry..


Majlis Ihtifal Hasnaa 2017 part 2

0 juta comments

Mase ni waktu amek sijil.. yeayy.. kakak dah tamat pengajian di sekolah tadika.. tahun depan nak masuk darjah 1 pulak..


 

Once Upon A Time Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez