Powered by Blogger.

Wednesday, August 26, 2015

Tambat Sebelum Terlepas..

3 juta comments

Rentetan dari entry lepas.. setelah difikir2 nak bawakkan abam harith pensil warna yang panjang dan gemok ni ke sekolah ke tak.. akhirnya ibu dapat akal baru.. 

Ingat tak pasal entry Pencil Roll Abam Harith ni?? sesape yang memang follow blog ni dari beberapa tahun lepas mungkin ingat kot.. lame dah entry ni.. mase tahun 2012 dulu..


Sebenarnye kitorang suami isteri ada bincang pasal macam mana nak elakkan dari pensil kale abam harith hilang kat sekolah.. dan memang ade cakap kat mr ejai yang rase macam nak rantai je semua peralatan sekolah abam harith..

Tiba2 rase TINGGGG!! mari kita merialisasikannya.. heheheh.. 

Cari balik pencil roll abam harith ni.. dah tak ingat letak kat mane sebenarnya.. yang butang bunga tu pon dah tanggal tapi memang ade simpan.. maka bermula la misi mencari pencil roll.. habis bakul mainan semua geledah.. tempat buku2 lama abam harith pon cari tak jumpa.. jenuh mencari akhirnya jumpa kat atas almari baju.. fuhhh.. lega..



Dah siap masukkan semua pensil warna abam harith.. Tetapi ade sedikit penambahan.. 

Jahitkan reben kat setiap atas jahitan.. lebihkan reben dalam sejengkal setengah untuk beri keselesaan anak mewarna.. kalau pendek sangat reben tu jd sangat tegang dan susah anak nak mewarna..


Ni contoh pensil warna abam harith.. kat sebelah bontot pensil warna tu buat lubang pakai mata drill.. pakai mata yang paling kecik.. kalau tak nak pakai drill papan litar elektronik tu.. pernah pakai mase buat final projek mase kat poli dulu.. cume bende tu ade kat kampung..  tapi memandangkan mr ejai dah memang ade mata drill yang kecik so pakai je la.. pusing pakai tangan pon boleh sebenarnya sebab kayu pensil warna tu lembut.. bukan kayu cengal.. buat lubang tu sambil2 tengok tv pon boleh siap.. tak perlu gerudi elektrik pon tak pe.. 

Dah siap buat lubang masukkan reben ke dalam lubang tadi dan ikat kuat2.. kaedah nak masokkan reben ke dalam lubang tu korang boleh masokkan dengan mencucuk hujung reben dengan jarum peniti.. masukkan jarum peniti pada lubang tadi dan tarik dengan playar.. (kene tarik dengan playar sebab lubang tu kecik.. tak boleh nak tarik pakai jari..)  dah siap..

Harap pensil warna abam harith dapat pergi dan pulang dari sekolah dengan selamat la hendaknya..

Pernah tak korang dengar satu cerita pasal meninggalkan kuda?? apa yang perlu kita buat.. kita perlu bertawakal dengan harapan kuda yang kita tinggalkan akan terus selamat dan masih berkeadaan baik.. tanpa dicuri orang atau kuda itu yang berjalan sendiri.. tetapi ada sesuatu yang kita lupa.. lupa nak menambat kuda tersebut.. 

Apa yang sepatutnye kita buat?? menambat kuda tersebut, berdoa dan bertawakal agar kuda tadi selamat kita tinggalkan.. 

Kaitannya dengan cerita pensil warna abam harith ni adalah dengan menambat semua pensel warna agar tak hilang dengan cara die 'bergerak sendiri' atau 'ade orang lain yang gerakkan'.. jom la kite same2 doa semoga anak kite kat sekolah baik2 aje.. omak ni dah tak larat nak tengok peralatan sekolah abam harith asek hilang hari2.. 





Tuesday, August 25, 2015

Kisah Si Nemo..

0 juta comments
Ini Nemo.. 


Nemo ni bekas baju hujan yang dapat mese beli scott's  emolsion hari tu.. baju hujannye dah tak de.. lagi pon abam harith tak nak pakai baju hujan.. jadi ntah kemana ntah baju hujannye hasnaa buat main..

Apa yang ada dalam nemo??



Taraaa.. letak pensil warna yang kontot2 macam cite P Ramlee tu.. banyak pensil warna pendek2 ni kat umah.. tak dipakai pon.. so bawak la gi sekolah..


Alkisah yang tersirat kenapa bawak pensil warna kontot ni pegi sekolah.. 

Hari rabu lepas balik sekolah bile check barang abam harith dalam beg, pensil warna dah tak de.. oh mungkin abam harith tertinggal kat sekolah kot.. tak pe la hari khamis tak yah bawak pensil warna yang ade kat rumah ni..

Tetapi bile hari khamis abam harith balik dan bg tau "ibu, harith tak bawak pensil warna la tadi.." huh.. harith bukan tak bawak tapi memang dari hari rabu pensil warna tu dah tak de kat dalam beg.. biasenya barang2 sekolah abam harith ni, kalau hari ni dia pergi esok die ade balik.. tapi kali ni memang pergi tak kembali la nampakya.. lenyap la satu kotak pensil warna.. nak marah pon tak guna.. 

Hari jumaat ibu bekalkan dengan si nemo ni.. balik sekolah abam harith cakap tadi ade pertandingan mewarna bendera Malaysia, teacher ika cakap pensil warna harith pendek2.. pas tu teacher ikan tanya mak ngah ayah kerja apa.. huhuhu.. mesti teacher ika kesian tengok abam harith bawak pensil warna pendek2 dan kontot sampai tanya mak ayah keje ape... Padahalnya pensil warna abam harith dah hilang dua hari lepas.. nak bagi yang panjang kat rumah ni takot hilang lagi.. nanti la ibu pergi mencari akal macam mane nak buat untuk pensil warna tak hilang..

Yang penting abam harith suka bawak nemo pegi sekolah.. die kate comel.. orang lain pon tak de bekas pensil warna macam tu.. hahahha.. i luv you abam harith.. redho je die apa yang ibu suruh bawak.. 






Monday, August 24, 2015

Ke Office Baru..

2 juta comments
Semalam ke office mr ejai.. sepagi kat sane.. temankan mr ejai kat office buat kerja yang tertunggak.. 

Mr ejai baru tukar department awal bulan ni.. dan department baru ni pon baru tukar office ke tingkat lain.. 
Nampak cantik sangat.
Ni ade satu port untuk duduk2.. dan mungkin juge boleh buat port untuk baring.. hasnaa dah tak lalu sangat mase ni.. mata dah berat sebab dah telan ubat batuk dan seseme.. 


Abam harith plak sebok nak duduk kat kerusi tu.. tibe2 die cakap "Ibu, harith nak breakfast table macam ni la.." wahhh kemain die demand.. nanti la ibu usulkan kat aboh.. kot2 abah tebukak hati nak buat meja cenggini.. hehehhe..




Abam harith ni suke sangat tengok ke bawah.. mungkin sebab level office ni lebih tinggi dari office dulu kot.. 


Meja baru mr ejai.. semoga dengan office baru ni mr ejai lebih gembira dan dapat menjalankan tugas dengan leih lancar.. aminnn..






Friday, August 21, 2015

Apa Yang Kita Boleh Buat Dengan Seminit??

0 juta comments

Ya, tidak banyak yang kita boleh buat dengan seminit. Dalam seminit satu minit kita hanya sempat:

-Berzikir سُبْحَانَ اللّهِ وَ بِحَمْدِهِ sebanyak 100 kali.
"Sesiapa yang membaca (lafaz di atas) sebanyak 100 kali pada setiap hari, berguguranlah dosa-dosanya meskipun sebanyak buh di lautan." (Riwayar al-Bukhari dan Muslim)

-Atau berzikir سُبْحَانَ اللّهِ وَ بِحَمْدِهِ ، سُبْحَانَ اللّهِ الْعَظِيمِ sebanyak 50 kali
Inilah dua ungkapan yang ringan pada lisan, berat pada timbangan dan disukai Allah al-Rahman. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

-Atau berzikir لا حَوْلَ وَ لا قُوَّةَ اِلَّا بِاللّهِ sebanyak 40 kali
Ini antara ucapan yang tersimpan dalam khazanah surga. (Riwayat al-Bukhari)

-Atau berselawat sebanyak 30 kali
kalau sekali selawat, Allah berselawat untuk kita dengan 10 kali. Maka 30 kali, jadinya 300 kali kita mendapat selawat Allah.

-Atau membaca surah al-ikhlas sebanyak 15 kali
Kalau baca sekali umpama 1/3 al-Quran, makan dalam seminit, 5 kali kita menghatamkan al-Quran.

-Atau membaca 5 kali surah al-Fatihah
Inilah surah teragung dalam al-Quran. "Hendaklah aku ajarkan kamu satu surah yang merupakan surah teragung dalam al-Quran? Iaitu alhamdullillahi rab al-alamin. Ini tujuh ayar yang berulang-ulang berserta al-Quran agung yang kau terima." (Riwayat al-Bukhari)

-Atau memberi salam dan berjabat tangan dengan 5 orang.

-Atau membaca 2 helai halaman daripada majalah bermanfaat.

-Atau mendapat reda dan restu ibu bapa dengan menelefon dan bertanya khabar meraka di kampung.

-Atau mengangkat tangan berdoa memohon hajat kepada Allah

Ya, "tidak banyak" yang boleh kita lakukan dalam seminit








Nota kaki~dipetik dari majalah SOLUSI.. tak ingat keluaran bulan berapa dan tahun bile.. semoga kita semua beroleh manfaat.. aminn.. salam pagi jumaat.. 




Wednesday, August 19, 2015

WordLESS Wednesday 19-8-2015

2 juta comments

Tiada kek anniversary di ulang tahun ke 8 perkahwinan.. 
hanya roti sarang lebah sebagai santapan.. 
roti pon boleh.. janji hati happy.. =D








Tuesday, August 18, 2015

Hasnaa Sudah 4 Tahun..

0 juta comments

30 syawal hari sabtu lepas cukup la hasnaa dah menjejak umur empat tahun.. tahun hijrah.. untuk tahun masihi belom lagi.. nanti bulan september..

Alhamdulillahh.. anak ibu dah pandai sangat bercakap.. sehari kalau tak tanya itu ini memang bukan dia la tu.. baru tinggal dengan abah kejap pon abah dah pening nak melayan mek ni.. mulut pot pet pot pet penat nak melayan tapi ibu suke.. ade juge la kawan ibu nak begadoh.. hahahha.. 

Semoga anak ibu dapat membesar dengan baik dan menjadi anak yang solehah dan mendengar kata.. aminn..


Nota kaki~hasnaa pakai baju tido abam harith.. tudung tu pakai sebab nak solat katenye.. jadi makmum abam harith.. hehehhe..







Sukan Tahunan ABIM Unit Kajang 2015..

0 juta comments


Seawal jam 7.30 pagi kitorang anak beranak dah selamat sampai ke SK Seri Sekamat, Kajang.. Ade hari sukan sekolah agama abam harith.. dah siap bagi anak2 makan nasik goreng kat dalam kete.. risau derang lapar kat sane nanti.. tapi rupe2nya banyak orang bukak gerai makanan kat sekolah tu.. huhuhu..   


Mase ni kitorang dah duduk kat khemah ibu bapa.. sambil menunggu acara sukan bermula.. tiga khemah sebelah kri tu khemah untuk anak2 taski abim.. ade 5 pasukan taski abim.. lima khemah sebelah kanan tu pulak untuk tahfiz abim (pelajar sekolah rendah) an semuannya ade sembilan pasukan.. sekolah abam harith mewakili dua rumah sukan iaitu kuning dan merah.. setiap sekolah akan mewakili dua atau pon tiga rumah sukan.. 


En asben ngan hasnaa tak sabar nak tengok perbarisan abam harith.. lebih teruja bila lagu perbarisan yang biase kite dengar mase hari sukan zaman sekolah dulu pon ade dimainkan.. mengimbau kenangan betol...


Para pemegang bendera dah siap sedia kat tempat masing2.. tengah tunggu pasukan2 rumah sukan masok dalam perbarisan..



Ni rumah merah.. rumah sukan abam harith.. 


Derang kene berhenti depan khemah ibubapa untuk jeritkan kata2 semangat untuk pasukan derang.. bila dah jadi makbapak ni rase lain macam perasaan die tengok anak bersukan kat sekolah ni.. (rase dah makin tua.. sebab anak2 dah mula membesar.. hahhahha) 


Dah siap semua rumah pasukan masuk dalam barisan, ade bacaan syahadah, ikrar, dan doa.. lepas tu sama2 nyanyi nasyid asmaulhusna dan lagu negaraku.. ade pulak persembahan tarian penguin dari anak2 taski yang comel2 ni.. serius comel sangat derang menari.. rugi rasenye tak record hari tu..


Hari sukan ni dirasmikan oleh Saudara Khairudin Bin Abas beliau adalah YDP ABIM Selangor..

Dah siap rasmikan maka bermula la hari sukan.. yeayyyy...


ni gamba abam harith tengah get ready untuk acara Lari Chef (lari sambil bawak senduk nasik dengan telo.. telo plastik je.. kalau jatuh pecah jenoh plak nak cari ganti kan..)

Abam harith masuk dua acara je.. dua2 dapat saguhati.. hahahha.. tak pe, walau saguhati dapat juge hadiah tapuwe kecik tu dua ketol.. kalau buat bekal nasik untuk pegi sekolah boleh la.. 


Dalam jam 11.30 dah settle dah semua acara.. dah boleh balikkk...


Untuk tahun depan tak tau lagi boleh join ke tak sukan macam tahun ni.. huhuhu.. doa yang baik2 aje la ek..








Monday, August 17, 2015

Happy 8th Anniversary..

0 juta comments

Pejam celik pejam celik dah 8 tahun kitorang melayari bahtera rumahtangga.. baru 8 tahun.. banyak lagi masa yang bakal kitorang lalui..


ini wajah 17hb ogos 8 tahun dulu.. hahahha.. kening habis kene tarah.. muke pon cam banyak yang berubah sebab kening asal macam ulat bulu.. dulu jahil skit.. ikot je la ape org buat kat kite.. itu la last tarah kening.. tak mo dah.. 


Ni gamba raya tahun ni yang sempat bergambar berdua.. semoga hubungan kami terus berkekalan sampai bila2.. juga mempunyai anak2 yang soleh dan solehah.. aminn.. 






(sekarang ni fasa mendidik anak.. memang kene tatang anak2 elok2.. Tugas menjadi ibu bapa bukan sekadar melahirkan zuriat sahaja kan.. banyak yang perlu dibuat dan dipelajari dan kita juga tak mahu kesilapan yang telah kita lakukan dahulu berulang kembali kepada anak2 kita.. )





Sunday, August 16, 2015

Sijil Tali Pinggang Hijau I..

0 juta comments

Hari ini ade klas taekwondo.. cam biasa la tiap hari sabtu mesti ade klas melainkan kalau master ade bagi tau awal2 yang klas batal atau pon kene pegi cawangan lain untuk kelas minggu tu..

Dan hari ni juga waktu dah last2 klas master ade bagi sijil untuk yang dah pass exam tali pinggang yellow two hari tu.. alamdulillahh.. tali pinggang dah lame dapat mase sebelum puasa ari tu.. cume sijil je yang baru dapat..

Master bagi tau tadi yang lagi sebulan ade tournament.. tarith tak bag tau lagi.. tempat pon tak tau lagi.. tapi biasenye buat kat presint 11 putrajaya la kot.. biase kat situ je kalau ade event taekwondo.. 

Sekarang abam harith kene perkemaskan pergerakan taegeuk 3..  banyak pergerakan die yang nampak canggung.. tengah ade mase ni kene belatih la banyak2.. mane tau dapat johan plak taun ni kan.. heheheh.. taun lepas dapat no 3 je.. 




Thursday, August 13, 2015

Ainin Sofiya..

2 juta comments



Sejujurnye aku memang tak sempat nak tengok cerita Asam Pedas Untuk Dia awal tahun hari tu.. ade la juge tengok tapi tak menghayati sangat.. banyak keje nak buat tetengah senja.. sebab die tayang pon kol 7 malam kalo tak silap..  mase bulan ramadhan lepas baru sempat tengok marathon kat online.. boleh tahan best gak citenye.. 

Sebenarnye bukan nak cite pasal novel Asam Pedas Untuk Dia ni.. sebenarnye nak bagi tau yang heroin dalam cite ni name Ainin Sofiya dan ade bdak klas abam harith pon ade name Ainin Sofiya.. suratan atau kebetulan.. hehehhe.. dalam kepala aku dok pikir.. adakah ibu kepada Ainin Sofiya bdak klas abam harith ni bace novel Asam Pedas Untuk Dia mase mengandungkan die??? dan terus bekenankan name tu.. kemudian bila lahir je trus bagi name tu sebab name tu sedap.. hehehhe.. aku agak je.. Sory to mama Ainin Sofiya kalau anda ade terbace blog ni.. tak de apa2 niat pon.. cume kalau la betul ianya kebetulan, ianya adakah kebetulan yang sangat kebetulan.. hehehe.. paham ke idok??  




Oleh kerana aku tengok cerita asam pedas ni mase bulan puasa hari tu, makanya asam pedas pon macam memanggil2 je soh buat kat dapo.. rase nak meleleh air liyor bile tengok intro cerita ni sebab ade part asam pedas tu tengah menggelegak.. slluurrrpppppp... rase nak tarik air liyor daripada jatuh.. hahhahaha...



Wednesday, August 12, 2015

Pakai Baju Sukan..

0 juta comments
Start dari hari isnin lepas abam harith pakai baju sukan mase pegi sekolah agama.. dari hari jumaat minggu lepas lagi abam harith dah semangat nak pakai baju sukan.. tak habis2 die ingatkan ibu.. risau sangat die kalau ibu lupa.. 

Dan minggu ni juge ada ujian pengukuhan prestasi kat sekolah agama.. risau betul kalau ade ujian ni.. risau abam harith tak boleh buat.. tapi tiap kali tanye abam harith die cakap boleh buat.. senang katenye.. haisshhh.. ibu yang dah sangat macam mak mak.. anak baru dajah satu tapi dah macam nak amek upsr rasenye..



Ni gamba hari isnin lepas.. sebelum pegi skolah agama.. mek kecik sebelah tu memang suke pose.. ade je gaye die buat.. 



Semalam dapat surat dari pihak sekolah.. hari ahad ni ade hari sukan kat SK Seri Sekamat Kajang.. nak kene gerak awal la nampak gayanye.. sebab kol 7.40 pg dah start.. 

Ok la ni dapat juge pegi sukan sekolah sebab sekolah kebangsaan tak tercalon pon nak masok apa2 acara.. hehehhe.. harap balik dari hari sukan nanti abam harith bawak la balik hadiah ye.. tak lupa juga semoga abam harith dapat jawab ujian minggu ni dengan baik dan jawan dengan betul.. aminnn..






Tuesday, August 11, 2015

Raya 2015M/1436H

4 juta comments

Hari ni 11 ogos bersamaan dengan 26 syawal.. dan hari ni juge la baru nak upload gamba keluarga mase 1 syawal lepas..

Cam biase la port tangga umah atok asben jadi studio amek gamba kitorang anak beranak tiap taun.. ni gamba yang terbaik rasenye.. nak bergambar dengan budak2 skang ni susah skit.. bile dah besar lain plak pe'elnye.  

Raya ni beraya kat mane?? raye kat umah omak en asben la.. rasenye dari lepas kawen dulu memang beraya kat sane.. tapi hari sebelum raya tu pegi la tolong mak masak ngan kemas umah.. same je keje dari time anak dara dulu sampai la sekarang.. kalau tak buat sape lg nak buat.. adik bradik yang lain balik lambat skit.. jadinye adik bungsu yang balik awal ni la yang tolong mak kat dapo ngan kemas2 umah.. bile dah siap sume baru la asben amek balik umah mil kat sebelah kampung.. dokat ajo.. yang penting dapat tolong mak masak.. sian mak kene masak sorang2.. 

Sekali lagi saya sekeluarga ingin mngucapkan selamat hari raya maaf zahir dan batin andai kami ade terkasar bahasa, tersalah bicara, termakan mahupun terminum harap dihalalkan ye.. selamat hari raya.. 




nota kaki~masih dalam mood raya sebab open house pon banyak lagi orang ajak datang.. terima kasih pada yang menjemput.. dan maaf juge kalau ade yang tak sempat nak datang sebab terpakse pegi ke open house rumah orang lain..









Monday, August 10, 2015

Repeat Order Barut..

0 juta comments
Minggu lepas tak ingat hari ape, tetibe dapat whatssapp dari diana (kawan sekolah kat telok anson dulu) nak order barut lagi katenye..


Sebelum ni diana just order untuk anaknya sendiri.. kemudian order untuk adiknya.. tapi kali ni diana order untuk sahabat di pejabat pula..

Alhamdulillah dah siap dan dah pos hari khamis lepas.. dan paling penting tuan empunya badan pon turut gembira dan berpuas hati..




Terima kasih untuk diana sebab tak serik nak order barut.. terima kasih banyak2 ya kawan.. semoga kamu dimurahkan rezeki.. 

Buat rakan sepejabat diana puan Nabila semoga selamat bersalin nanti ye dan dikurniakan baby yang sihat walafiat.. didoakan semoga nabila dipermudahkan segala urusan.. aminn..







Abam Harith Bawak Balik Hadiah..

2 juta comments


Rentetan dari endtry sebelum ni.. ye memang omak ni sedoh bebeno.. ade la sebabnye yang mungkin tak di war-warkan kat sini.. 

Dan hari isnin lepas abam harith bawak balik hadiah.. tak sempat nak sampai umah die dah tunjuk kat dalam kereta mase traffic light tengah merah kat simpang skolah.. bile tanya die pon tak tau hadiah ape.. dapat mase kat perhimpunan katanye.. terubat sikit hati omak bile abam harith dapat hadiah kat sekolah.. 

Bile ingat balik rupenye hadiah sebab menang kuiz minggu sains dan teknologi rupenye.. abam harith pon dah tak ingat.. banyak sangat pikir hal negara.. hahahha.. 

Minggu ni kat sekolah agama ada ujian pengukuhan prestasi.. harap abam harith boleh jawab dengan baik la hendaknye.. 




Sunday, August 2, 2015

Berasa Sedih???

2 juta comments

Bila berasa sedih.. apa yang perlu dilakukan?? 

Diam? mengadu pada seseorang? terus melayan perasaan? atau cuba untuk melupakan dan berfikiran positif??

Bukan mudah hendak melupakan perkarang yang kita tidak gemari.. plan yang kita mahu begini.. tapi begitu pula yang berlaku..

Perkara yang hakiki memang susuh nak ditelan.. perlukan banyak pengorbanan, kesabaran, kesakitan dan pengertian.. 

Bertabahlah wahai hati.. mahu atau tidak mahu kita pasti akan melewati.. akan melalui.. dan mengharugi denai-denai dan onak ranjai berduri..

Banyak lagi waktu yang perlu ditempuhi.. teruskan bersangka baik pada apa yang telah berlaku.. pastinya pelangi bakal menjelma.. walau bukan hari ini, mungkin esok atau lusa.. dan  mungkin juga bukan dari utara, tetapi dari selatan, timur, mahupun barat.. 

aminnn...





 

Once Upon A Time Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez