Powered by Blogger.

Tuesday, August 18, 2015

Sukan Tahunan ABIM Unit Kajang 2015..




Seawal jam 7.30 pagi kitorang anak beranak dah selamat sampai ke SK Seri Sekamat, Kajang.. Ade hari sukan sekolah agama abam harith.. dah siap bagi anak2 makan nasik goreng kat dalam kete.. risau derang lapar kat sane nanti.. tapi rupe2nya banyak orang bukak gerai makanan kat sekolah tu.. huhuhu..   


Mase ni kitorang dah duduk kat khemah ibu bapa.. sambil menunggu acara sukan bermula.. tiga khemah sebelah kri tu khemah untuk anak2 taski abim.. ade 5 pasukan taski abim.. lima khemah sebelah kanan tu pulak untuk tahfiz abim (pelajar sekolah rendah) an semuannya ade sembilan pasukan.. sekolah abam harith mewakili dua rumah sukan iaitu kuning dan merah.. setiap sekolah akan mewakili dua atau pon tiga rumah sukan.. 


En asben ngan hasnaa tak sabar nak tengok perbarisan abam harith.. lebih teruja bila lagu perbarisan yang biase kite dengar mase hari sukan zaman sekolah dulu pon ade dimainkan.. mengimbau kenangan betol...


Para pemegang bendera dah siap sedia kat tempat masing2.. tengah tunggu pasukan2 rumah sukan masok dalam perbarisan..



Ni rumah merah.. rumah sukan abam harith.. 


Derang kene berhenti depan khemah ibubapa untuk jeritkan kata2 semangat untuk pasukan derang.. bila dah jadi makbapak ni rase lain macam perasaan die tengok anak bersukan kat sekolah ni.. (rase dah makin tua.. sebab anak2 dah mula membesar.. hahhahha) 


Dah siap semua rumah pasukan masuk dalam barisan, ade bacaan syahadah, ikrar, dan doa.. lepas tu sama2 nyanyi nasyid asmaulhusna dan lagu negaraku.. ade pulak persembahan tarian penguin dari anak2 taski yang comel2 ni.. serius comel sangat derang menari.. rugi rasenye tak record hari tu..


Hari sukan ni dirasmikan oleh Saudara Khairudin Bin Abas beliau adalah YDP ABIM Selangor..

Dah siap rasmikan maka bermula la hari sukan.. yeayyyy...


ni gamba abam harith tengah get ready untuk acara Lari Chef (lari sambil bawak senduk nasik dengan telo.. telo plastik je.. kalau jatuh pecah jenoh plak nak cari ganti kan..)

Abam harith masuk dua acara je.. dua2 dapat saguhati.. hahahha.. tak pe, walau saguhati dapat juge hadiah tapuwe kecik tu dua ketol.. kalau buat bekal nasik untuk pegi sekolah boleh la.. 


Dalam jam 11.30 dah settle dah semua acara.. dah boleh balikkk...


Untuk tahun depan tak tau lagi boleh join ke tak sukan macam tahun ni.. huhuhu.. doa yang baik2 aje la ek..








0 juta comments on "Sukan Tahunan ABIM Unit Kajang 2015.."

 

Once Upon A Time Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez