Powered by Blogger.

Friday, August 21, 2015

Apa Yang Kita Boleh Buat Dengan Seminit??



Ya, tidak banyak yang kita boleh buat dengan seminit. Dalam seminit satu minit kita hanya sempat:

-Berzikir سُبْحَانَ اللّهِ وَ بِحَمْدِهِ sebanyak 100 kali.
"Sesiapa yang membaca (lafaz di atas) sebanyak 100 kali pada setiap hari, berguguranlah dosa-dosanya meskipun sebanyak buh di lautan." (Riwayar al-Bukhari dan Muslim)

-Atau berzikir سُبْحَانَ اللّهِ وَ بِحَمْدِهِ ، سُبْحَانَ اللّهِ الْعَظِيمِ sebanyak 50 kali
Inilah dua ungkapan yang ringan pada lisan, berat pada timbangan dan disukai Allah al-Rahman. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

-Atau berzikir لا حَوْلَ وَ لا قُوَّةَ اِلَّا بِاللّهِ sebanyak 40 kali
Ini antara ucapan yang tersimpan dalam khazanah surga. (Riwayat al-Bukhari)

-Atau berselawat sebanyak 30 kali
kalau sekali selawat, Allah berselawat untuk kita dengan 10 kali. Maka 30 kali, jadinya 300 kali kita mendapat selawat Allah.

-Atau membaca surah al-ikhlas sebanyak 15 kali
Kalau baca sekali umpama 1/3 al-Quran, makan dalam seminit, 5 kali kita menghatamkan al-Quran.

-Atau membaca 5 kali surah al-Fatihah
Inilah surah teragung dalam al-Quran. "Hendaklah aku ajarkan kamu satu surah yang merupakan surah teragung dalam al-Quran? Iaitu alhamdullillahi rab al-alamin. Ini tujuh ayar yang berulang-ulang berserta al-Quran agung yang kau terima." (Riwayat al-Bukhari)

-Atau memberi salam dan berjabat tangan dengan 5 orang.

-Atau membaca 2 helai halaman daripada majalah bermanfaat.

-Atau mendapat reda dan restu ibu bapa dengan menelefon dan bertanya khabar meraka di kampung.

-Atau mengangkat tangan berdoa memohon hajat kepada Allah

Ya, "tidak banyak" yang boleh kita lakukan dalam seminit








Nota kaki~dipetik dari majalah SOLUSI.. tak ingat keluaran bulan berapa dan tahun bile.. semoga kita semua beroleh manfaat.. aminn.. salam pagi jumaat.. 




0 juta comments on "Apa Yang Kita Boleh Buat Dengan Seminit??"

 

Once Upon A Time Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez