Powered by Blogger.

Tuesday, July 14, 2015

Sepatu Lebaran Anakanda..


Bila anakanda sudah pandai memilih.. mahu melilih sepatu untuk dipakai dihari lebaran nanti dengan ciri2 yang telah beliau tetapkan.. hasnaa bilang, "ibu, hasnaa nak kasut tinggi.." hahahha.. ibu hampir hilang akal dibuatnya.. 

Kerja mencari sepatu dengan ciri2 yang telah ditetapkan tidaklah semudah yang diperkatakan.. hampir 2-3 mall mencari baru berjumpa.. 

Akhirnya.. sepatu idaman si dara telah ditemui.. anakanda baru ingin mencecah umur 4 tahun tapi sudah mempunyai citarasa sendiri.. ibu tak dapat nak bayangkan bila 10 tahun akan datang bagaimana pula sepatu lebaran yang bakal dipakai..


Ini pula sepatu abam harith.. simple saja.. dan abam harith pon tidak begitu memilih.. asal boleh masok kaki.. dan paling penting boleh dipakai selepas raya.. dan bukan hanya dipakai waktu raya..

Kehangatan untuk menyambut lebaran kian terasa.. bila mana beg sudah ternganga mahu disumbat baju bajan kami dan anak2.. mari mula mengemas.. hehehe..   

Selamat Hari Raya dari kami sekeluarga..







1 juta comments on "Sepatu Lebaran Anakanda.."

LYAfrina on July 15, 2015 9:51 AM said...

comeynya...
cam rincess gittu

Salam Aidilfitri
Maaf Zahir & Batin

 

Once Upon A Time Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez