Powered by Blogger.

Saturday, February 28, 2015

Punca Haid Tak Teratur Sampai Susah Nak Pregnant..


Cerita pasal haid tak teratur ni saya bukan pakar pon.. tapi saya just nak share apa yang saya tau.. orang kata sharing is caring kan..

Rasenye semua wanita yang dah berkahwin memang teringin nak ade anak sendiri kan.. tapi kalau derang lambat skit pregnant janganla tanye plak.. Bile nak dapat anak? sensetip tau..

Tapi kadang kite tak perasan yang sebenarnye punca utama adalah haid yang tak teratur.. Memang jadi masalah besar kalau haid tak teratur ni, sebab haid haid yang teratur boleh menjadi ukuran jika mereka lewat atau pon awal datang haid..



(gambo carik kat google.. nampak stress beno ropenye kan.. hehehhe)



Kenapa haid yang teratur/stabil itu penting??

Secara umumnya, wanita yang didatangi hadi setiap bulan adalah wanita yang subur.. haid terjadi selepas ovum matang yang berpotensi disenyawakan "dilepaskan" setiap bulan..

Jika berlaku hubungan suami isteri ketika waktu subur, potensi untuk wanita itu hamil adalah tinggi.. tetapi jika haid tidak stabil, hari subur amat sukar ditentukan..



Berikut adalah 11 punca haid yang tidak teratur.. (Sumber dari Majalah Pa & Ma)

Punca #1 : 
KEGEMUKAN - berat badan berlebihan ataupun obesiti boleh menyebabkan ketidakseimbangan hormon estrogen di dalam badan wanita. Ia seterusnya menyebabkan gangguan kepada kitaran haid.


Punca #2 : 
BERLEBIHAN HORMON PROLAKTIN - hormon prolaktin yg berlebihan menghalang pengeluaran telur dan seterusnya menyebabkan haid lewat untuk berbulan-bulan lamanya.

Punca #3:
TERLALU KURUS
 - tidak cukup lemak di dalam badan juga boleh mengganggu kitaran haid anda. Oleh itu, anda haruslah mempunyai berat badan yg sihat & seimbang.

Punca #4:
MASALAH KESIHATAN - sakit secara tiba-tiba seperti demam, selsema ataupun penyakit yg memerlukan rawatan intensif mampu memberikan tekanan fizikal kepada tubuh dan sekaligus mengganggu kitaran haid.


Punca #5:
MENOPAUS - ia berlaku kepada wanita yg berusia lewat 40-an. Pada kebanyakan kes, haid akan semakin sedikit dan jarang-jarang berlaku.


Punca #6:
PENCEGAH HAMIL - pil atau ubat-ubatan hormon pencegah hamil seperti depo-provera atau implanon boleh menyebabkan gangguan haid. Terdapat sesetengah wanita yang tidak didatangi haid sepanjang menggunakan implanon.


Punca #7:
TEKANAN/STRESS - stress atau tekanan dalam bentuk fizikal & mental dari tempat kerja atau kehidupan seharian contohnya mampu mempengaruhi hormon dan seterusnya kitaran haid.


Punca #8:
PENYUSUAN BADAN - sekiranya anda menyusukan bayi secara eksklusif, hormon di dalam badan anda lebih menyediakan badan anda untuk menghasilkan susu untuk si bayi. Terdapat sesetengah ibu menyusu yg langsung tidak didatangi haid sehingga 1 atau 2 tahun lamanya!


Punca #9:
TERSILAP PENGIRAAN - 40% wanita didapati gagal mengingati tarikh hari pertama LMP mereka. Jumlah hari dalam kitaran mereka juga mungkin tidak tepat antara 28-35 hari. Ini boleh memanjangkan lagi kitaran untuk sampai ke 'hari subur' dan kesilapan menjangka kedatangan haid yg seterusnya.


Punca #10:
MASALAH TYROID - hormon yang dirembeskan oleh tyroid boleh menyebabkan gangguan kepada hormon badan sekaligus kitaran haid wanita.


Punca #11:
UBAT-UBATAN - jamu tradisional, ubat kurus ataupun ubat-ubatan penyakit kronik boleh menyebabkan gangguan kitaran haid wanita.


Jom kite tengok video kat bawah ni.. kesian Puan Ija Ramli ni sebab beliau tak period SETAHUN.. biase dengar kawan2 paling kuat pon 2-3 bulan ni.. tapi ni sampai setahun.. jom kita tengok video ni.. apa agakknya yang Puan Ija ni buat untuk stabilkan kembali period beliau.. 






Sape sangka Puan Ija Ramli ni dah bebas dari masalah haid yang tak teratur.. walau pon ambil masa berbulan tapi biar lambat asalkan selamat kerana barangan Shaklee terdiri daripada bahan2 yang semulajdi..

Antara produk Shaklee yang Puan Ija ambil untuk menstabilkan haid beliau adalah:

1 - VitaLea : Membantu sistem organ dan tubuh mendapatkan semua nutrien penting cesara menyeluruh. Kandunan 28 vitamin dan mineral dalam multivitamin ini boleh bantu setiap sistem dan organ badan berfungsi dengan baik..

2 - B Complex : Membantu mengawal sistem saraf dalam badan dan mengirangkan stress.. Stress adalah salah satu punca aid tak stabil..

3 - Vitamin C : Membantu meningkatkan imun badan dari segi serangan penyakit, membantu penyerapan iron yang melancarkan edaran darah. Edarah darah yang lancar menyebabkan oksigen dapat sempai ke semua sel dalam badan..

4 - GLA : GLA membantu badan menstabilkan hormin terutama apabila hormon terganggu akibat pengambilan ubatan pil perancang.. Hormon yang stabil membantu mendapatkan haid yang stabil dan teratur..


Dah tau apa punca haid tak teratur?? jom kite same2 muhasabah diri.. kite pebaiki kelemahan diri.. insyaAllah beroleh kenikmatan yang tak berbelah bahagi nanti.. aminnn...






0 juta comments on "Punca Haid Tak Teratur Sampai Susah Nak Pregnant.. "

 

Once Upon A Time Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez