Powered by Blogger.

Monday, February 9, 2015

Fasa Baharu..



sory gambar agak kabur.. abam harith tak reti dok diam.. gigi bawah abam harith dah kene cabut.. sebab gigi kekal dah nak tumbuh.. sayang sebenarnye nak cabut.. sebab gigi abam harith satu pon tak de yang rosak.. tapi tak kan nak biakan pulak gigi kekal die tumbuh tanpa cabut gigi susu.. takot nanti bile dah berlapis lagi tak elok rupenya kan..


Cabut mase hari isnin minggu lepas.. (2 feb 2015) 

kidnap abam harith kat sekolah agama.. hehehe.. sebenarnye tak de la kidnap sangat pon.. cume amek awal stengah jam je sebab nak mengejarkan klinik gigi yang nak tutup kol 6 petang.. terima kasih kat ustazah rohayati sebab bagi kebenaran..


Ni antara senyuman terakhir bersama kesemua gigi susu.. ibu syahdu sebab dari start gigi tumbuh ibu gosok gigi abam harith.. sebab ibu tak nak gigi anak2 ibu macam gigi ibu dulu.. gigi ibu dulu kunin berkarat dan ade lompong2 skit.. sangat buruk.. jadi ibu nak anak2 ibu senyum cantek je nampak gigi tak rosak atau rongak sebab gigi rosak.. 


Ni kat dalam bilik dokto.. abam nampak ok je.. ibu kat luar.. ni abah yang tangkap.. tengah buat regangan la tu konon.. hahahha.. ibu risau kot nanti die nak bersilat atau nak bukak langkah taekwondo die mase nak cabut gigi..


Ni masa nak letak bius.. abah cakap abam harith ok je walau kene tutup mata.. alhamdulillah die tak beguling2 atau bukak langkah silat atau taekwondo.. hehhehe

elok je keluar bilik dokto die boleh je gelak2.. lepas habis bayar die nak pegi kedai runcit kat sebelah klinik ni.. nak mintak eskrem.. abah die pon bagi la eskrem sebab nak cepatkan darah tak keluar.. 

part ni kelakar skit bile die gigit esrem die cam pelik.. sebab susah nak gigit gigi bawah dah tak de.. bile harith gelak kitorang pon gelak.. alhamdulillah.. senang nak cabut gigi die.. dokto kate ade lagi 20 batang gigi nak kene cabut.. bertabah lah abam harith.. kite tunggu gigi yang lain2 tu goyang dulu ye.. 


Cabut gigi kanak-kanak RM20 sebatang (utk perkhidmatan lain tak tau tujuan datang hari tu untuk cabut gigi abam harith je)



Selang sebijik kedai dari klinik ni ade jual jeruk pak ali.. hari tu ingat lepas cabut gigi abam harith nak gi beli jeruk tapi dah tutup plak kedai tu.. lain kali la beli..





0 juta comments on "Fasa Baharu.."

 

Once Upon A Time Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez