Powered by Blogger.

Thursday, August 16, 2012

Perak Raya Sehari Awal..






Satu ketika dahulu sewaktu Perak dibawah pemerintahan Almarhum Sultan Idris Shah, Perak telah mendahuli negeri-negeri lain kerana menyambut 1 Syawal sehari lebih awal daripada negeri-negeri lain. Ia berlaku pada tahun 1983.


Kisahnya bermula apabila nelayan yang balik dari laut telah melihat anak bulan dan berita tersebut diakui sah oleh pihak marin yang bertugas dilaut ketika itu.


Cerita seterusnya ialah maklumat tersebut disalurkan kepada mufti ketika itu, kata mufti pula ia perlu dimaklumkan terus kepada Tuanku kerana baginda mempunyai kuasa penuh dalam mengistyharkan hari raya.


Bila berita tersebut dipanjangkan kepada Almarhum Tuanku, baginda mengarahkan semua jentera kerajaan negeri memaklumkan kepada semua rakyat jelata melalui institusi kerajaan negeri dan esoknya Perak sahaja telah menyambut 1 Syawal awal sehari dari negeri -negeri lain dan sama dengan negara lain seperti Singapore, Indonesia dan Brunei. Jabatan Penerangan dan polis telah menggunakan loud speaker mengumumkan hari raya keseluruh bandar dan kampung.


Baginda berbuat demikian kerana yakin anak bulan yang dilihat oleh nelayan dan marin itu betul. Biasanya apabila hari raya pertama kita akan melihat anak bulan sudah besar di ufuk barat dan tak perlu menggunakan teropong.


Di Malaysia setiap awal Ramadan dan awal Syawal terpaksa ditentukan melalui hisab dan rukyah tetapi tidak pada bulan-bulan lain.


Kini setelah beberapa tahun penentuan awal puasa dan raya sudah tidak menjadi perkara pokok lagi kerana sudah banyak tahun ia selari dengan catatan pada kalender. Tidak lewat dan tidak awal. Tidak lagi berlonggok depan televisyen data radio untuk mendengar pengumuman oleh Penyimpan Mohor


Ini kerana Malaysia menggunakan kaedah Imkanur-rukyah, ia hasil persidangan di Labuan oleh Jawatankuasa Penyelarasan Rukyah dan Takwim Islam ke 3 pada 1 Jun 1992.


Kini, bulan Hijrah ditetapkan berdasarkan peredaran bulan mengelilingi bumi yang mengambil masa 29 hari 12 jam 44 minit dan 2.9 saat untuk melengkapkan pusingan.


Tahniah, sistem penentuan takwim di Malaysia telah dikemaskini, cuma bagaimana dengan peringkat antarabangsa?


Saya pernah menulis hal ini tahun lalu dan mencadangkan supaya takwim Hijrah di standardise satu dunia, dengan itu 1 Muharam 1 Ramadhan 1 Syawal dan 10 Zulhijah tidak berbeza-beza. Ini perlu dibincangkan dalam perhimpunan negara-negara Islam sedunia dalam OIC.







sumber Mengkeme ANAK ANAK Perak



1 juta comments on "Perak Raya Sehari Awal.."

Anonymous said...

tq berkongsi ye, selamat hari raya !

 

Once Upon A Time Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez