Tuesday, July 31, 2012
Bengkak..
Kaki kiri harith bengkak..
Sebab harith terpijak lebah kat rumah embah balik weekend ari tu..
Malam tu lepas buka baru sampai dari rumah opah..
Ade la 5 minit belegar2 kat hall rumah embah harith terpijak lebah..
Yang paling sadisnye lebah tu dah mati tegolek.. tapi sengat die masih ade lagi.. nasib la harith..
Berdondang sayang la die malam tu.. mujur sekejap je sebab wak man dah tiup2 skit..
Tapi kadang2 harith angkat kaki juge suruh orang tiup dengan harapan sakit die berkurang..
Lepas ni kene lebih peka.. budak2 kalau jalan memang tak tengok bawah.. main sondol je kan..
Abah harith pon kene lebah juga kat lengan masa baring2 tengok tv.. sian hero2 kesayangan..
Sunday, July 29, 2012
Indahnya Di Kampung..
Friday, July 27, 2012
Happy Birthday Fadhlan Harith..
Happy beday harith.. semoga jadi anak yang soleh..
Nanti dah besar jangan kate ibu ngan abah tak pernah celebrate birthday okeh..
Thursday, July 26, 2012
Susu..
Ni hasil power pumping malam semalam.. dekat sejam ngepam hasilnya tak seberapa..
Dan kini aku sedang mencari2 tonik ajaib untuk pengeluaran susu di bulan puasa ni..
Doakan aku kawan2.. semoga aku terus dapat menyusukan hasnaa.. aminnn...
Tuesday, July 24, 2012
Jakat Pitrah..
Monday, July 23, 2012
Selamat Pengantin Baru Dik..
Ni bukan adik aku.. aku tak de adik..
Cuma nak share.. ade juga adik2 yang kawen awal macam zaman mak aku dulu.. (tp mak aku pon kawen umor 16..) ni kire lagi hebat..
Semoga bahagia hingga ke syorga dik.. insyaAllah..
Layarilah alam rumahtangga dengan penuh kesabaran ye.. gado skit2 tu biase la..
Jangan lupa belajar rajin2.. tahun depan abang nak SPM.. ayang plak nak PMR.. caiyok2!!
Sunday, July 22, 2012
Alhamdulillahhhh...
Syukur nikmat tuhan..
Semalam dah selamat satu hari berpuasa..
Allah permudahkan.. Cuaca pon tak redup n tak panas.. Sedang2 aje..
Dan sekarang baru je lepas sahor untuk hari kedua.. Harus lah makan nasik n minom air banyak2 kan..
Moga2 ramadhan tahun ni dapat bf hasnaa sepenuhnya..
Masih dalam proses menebus kesilapan lalu.. Dulu jahil sangat.. Semoga diri ini dan kawan2 dapat melaksanakan ibadah puasa ini dengan lebih baik dari tahun2 lepas.. Aminnn...
Hampir terlupa, gambar diatas adalah secawan horlicks sebagai santapan bersahor.. Orang kata boleh banyakkan susu.. Demi anak, walau tak minat kene telan juga..
Selamat berpuasa..
Thursday, July 19, 2012
Fadlan Harith Is 4 Years Old..
Alhamdulillah.. dengan limpah kurniaNya hari ini harith dah selamat 4 tahun..
Tetibe teringat 4 tahun lepas.. memang tak de sakit nak besalin, cuma keluar darah ngan lendir sikit je.. bile dokto pecahkan ketuban sakit die tuhan je yang tau..
Mengandungkan harith memang pengalaman yang tak boleh lupa.. anak pertama kan.. memang menitis air mata bile 1st time scan.. bila pertama kali dapat tengok jantong die bedegup laju..huh..macam orang belari 100m je degup die..seingat ibu mase ibu die tengah konvo itu la tendangan paling kuat harith pernah buat masa dalam perot.. 5 bulan mase tu.. macam2 perasaan.. dengan kaki yang bengkak.. bp pon naik mencanak2.. dugaan betol.. tapi part paling best bila dokto bagi tau kate dalam perot ni baby boy.. memang teringin nak anak 1st lelaki.. alhamdulillahh.. kurniaan Allah..
Semoga harith jadi anak yang soleh dan dapat menjadi contoh yang baik kepada adik.. harith kene rajin belajar.. zaman ibu tak sama dengan zaman harith.. lagi pon tahun depan harith dah kene pegi skolah.. belajar rajin2 tau.. kalau nak kencin bagi tau kat teacher okeh.. luv u harith.. mmuuuaahhhh..
Wednesday, July 18, 2012
Tuesday, July 17, 2012
Ke Perpustakaan Negara..
Tapi situasi sebenar adalah seperti ini.. punah.. penoh satu dewan.. mule2 bediri juge.. pas tu ade la satu couple yang keluar dari dewan n amek peluang duduk situ.. huhuhu..
Mase ni tengah ade cam forum pasal bf.. ade sorang dokto, ustaz ngan sorang retis.. retis tu serina anak chef wan.. syokk gileee..
Disebabkan datang lambat makanya duduk blakang skali la..
Blah kanan ni penoh dengan stroller..
Blah kiri plak ade banner psal bf..
Dan mak jemah ini duduk betol2 di cerok paling belakang.. seb baik ade kerusi.. boleh ilangkan lelah.. (tengah khusyuk dengar talk la konon.. nak tengok tak nampak sebab kat depan ni pon dah beduyun orang bediri)
Ni serina dah abes talk.. ade jamuan le untuk ahli panel.. gamba serina ni je yang sempat tangkap.. die jalan laju sangat.. lagi pon orang lain masing2 nak amek gambo die.. huhuhu..
Elok je serina keluar aku pon keluar sebab dah nak kol 12.30tghari.. bajet dah nak abes la kot.. rupenye ade lagi talk psal babywearing.. kat situ tulis babywearing kol 10-11pg.. yang aku ni ingat dah abes.. terus la balik..
Hasnaa yang dah lena kat dalam ring sling.. Harith plak dah rindu kat ibu die macam dah sebulan tak jumpe.. sebab aku masok bedua ngan hasnaa je..
Antara barang yang sempat dirembat..
Majalah Pa&Ma bulan Ogos.. kat sini harga majalah ni murah singgit, pas tu dapat pree note pad Pa&Ma..
Sticker Titisan Emas pon sempat beli.. boleh la tarok kat kete nanti.. hehehhe..
Ape yang aku dapat hari tu adalah sedikit sebanyak dapat la memberi lebih semangat nak bf hasnaa.. walaupon sebenarnye dalam hati ni dok pikir 50/50 je nak sampaikan 2 tahun.. kalau dapat sampai setahun pon dah seribu rahmat rasenye..
Dan yang paling penting sokongan suami.. kerja nak bf anak ni memang la dari luarannya kite nampak isteri je nak buat, tapi sebenarnye suami pon kene main peranan juge.. so kepada bapa dan bakal2 bapa kene sokong isteri anda.. bukan takat kat dalam labour room je, tapi apa2 yang memberikan manfaat untuk keluarga dan anak2 buat la same2.. semoga dengan cara tu dapat secara tak langsung dapat mengeratkan kasih sayang korang.. sekian..
Cite pasal babywearing tak de sebab tak sempat tengok dah balik.. huhuhu.. rugi btol.. kalau ade lagi lepas ni boleh la pegi lagi.. hehehhe...
Pembetulan 22/7/2012..
Bila dah bace blog kak hayati hashim baru tau yang pasal babywearing tu sebelom talk pasal bf.. rugi2... datang lambat sangat.. dah banyak ilmu yang telepas..
Saturday, July 14, 2012
Simple Dress Untuk Hasnaa..
Baju ni berjaya disiapkan weekend lepas sebenarnye..
Ikot tutorial kat tenet aje.. kalau nak buat pattern sendiri memang tak reti.. banyak sangat kene kira.. pening kepala.. nak senang print pattern saje.. hehheh..
Kain plak order dari kak Yati Manan.. salah sorang kawan Geng Mesin Jahit kat FB.. time kaseh kak yati..baik betol ati kak yati..
Cita2 tinggi nak jahit baju macam dalam gamba ni..
Sesape nak cuba buat boleh la klik kat sini..
Pattern n tutorial disediakan..
Tapi part lengan tu tak tarok pon getah sebab sebelom tu dah letak tapi ketat sangat plak bila hasnaa pakai.. so bukak balik..
Sebenarnye ni pattern baju untuk baby umor 0-3 bulan.. tapi 0-3 bulan anak omputeh la.. bajet kalo baby omputeh umor 0-3 bulan tu same besar dengan baby melayu umor 9 bulan.. hahahha..
So cam ni la rupe baby 9 bulan bersama baju saiz 0-3 bulan..
Gaya ala2 senam robik kat meje tv.. ngam2 je baju tu.. kalau hasnaa besar skit dah tak bley pakai..
Legging hasnaa tu plak tak perasan same corak ngan baju tu.. mr ejai yang perasan.. mr ejai kate hasnaa ade legging yang same corak cam tu..
So secara kebetulan macam sepasang plak baju tu.. hehheh...
InsyaAllah nak buat lagi baju macam ni tapi kene ubah skit pattern tu untuk jadi lebih besar.. boleh la tarok getah kat lengan.. hehehe...
Tuesday, July 10, 2012
Langgo..
Anak dara ni langgo (langgar) meja tv..
Ghairah sangat nak bediri kat meja tv.. Tu la natijahnya..
Tapi melalak kejap je.. Air mata pon tak sempat nak keluar..
Harap masa mandi petang nanti boleh bertahan la die..
Takot bile kena air die bukak langkah silat memang susah la nak pegang..
Sunday, July 8, 2012
Pencil Roll For Abam Halesh..
Friday, July 6, 2012
Puasa Dan Menyusu..
Lagi bape hari je lagi dan nak puasa..
Aku dah mula risaukan pasal susu hasnaa..
Susu yang perah pon tak banyak..
Pengeluaran susu sekarang tak semeriah macam mule2 besalin dulu..
Aku cume berharap semoga susu tetap ade macam biase..
Sebab masa harith dulu susu memang kering.. start dari tu trus bagi harith fm..
Tadi ternampak ade link di wall Pa&Ma..
Ade cite pasal panduan menyusuakan ketika berpuasa..
Sempat la copy skali.. harap dapat jadi panduan kepada kawan2 yang menyusukan juga..
Panduan Menyusukan ketika berpuasa.
Meneruskan amalan penyusuan ketika berpuasa adalah selamat.
Pada asasnya, amalan berpuasa sama sekali tidak akan mengganggu pengeluaran susu ibu. Ia tidak bergantung kepada amalan pemakanan seharian.
Sebaliknya bersandarkan kepada keupayaan anda mengosongkan payu dara secara efektif sekerap yang boleh, menerusi penyusuan terus atau pemerahan payu dara. Perlu anda maklumi bahawa dalam menjayakan penyusuan susu ibu, ia melibatkan hormon prolaktin dan oksitosin. Prolaktin merupakan hormon yang menghasilkan susu ibu manakala oksitosin pula merembesnya keluar. Dalam pada itu, Feedback Inhibitor Of Lactation (FIL) adalah salah satu lagi faktor dalam menentukan usaha anda menjayakan impian menyusukan bayi sepanjang berpuasa.
FIL merupakan sejenis protein yang terdapat dalam susu ibu yang berkumpul di dalam payu dara. Ia sering memberi tindak balas negatif kepada proses penghasilan susu apabila terlalu banyak FIL berkumpul di dalam payu dara akibat kurangnya rangsangan penyusuan daripada bayi mahupun disebabkan oleh payu dara tidak dikosongkan dengan efisyen.
Tahap FIL yang tinggi akan memberi isyarat kepada otak agar penghasilan susu ibu dikurangkan, kesan kekurangan permintaan. Hal sebaliknya berlaku apabila payu dara anda sering dikosongkan. Jumlah FIL dalam payu dara menjadi rendah dan seterusnya menghantar isyarat supaya lebih banyak susu ibu perlu dihasilkan.
Susu Kering
Tiada persediaan khas yang perlu anda lakukan dalam memastikan bekalan susu ibu kekal sepanjang menjalani ibadah puasa. Apa yang penting ialah anda perlu kekal berfikiran positif, terus menanam azam jitu bagi meneruskan penyusuan sepanjang berpuasa dan pada masa yang sama memastikan diri mengamalkan pemakanan seimbang dan menyihatkan.
Perlu diingatkan agar anda tidak khuatir dengan terlalu memikirkan amalan berpuasa bakal mengganggu penghasilan susu dan menjadikannya kering. Kebimbangan melampau akan menimbulkan perasaan tertekan yang akhirnya mendorong kemerosotan bekalan susu ibu.
Pengeluaran susu ibu yang berkurangan bukan disebabkan oleh ibadah puasa! Sebaliknya tekanan yang anda alami itu menghalang refleks pengeluaran susu (let down). Cara terbaik mengatasinya mudah sahaja iaitu anda perlu sentiasa bertenang dan tidak terlalu memikirkan hal ini.
Sehubungan itu, untuk makluman amaun susu ibu mungkin berkurangan pada hari pertama berpuasa. Namun, jangan endahkan hal ini. Sebaliknya, anda perlu lebih kerap mengosongkan payu dara. Jika bersama bayi, susukannya secara terus. Jika bekerja pula, perah dan kosongkan payu dara dengan sebaik mungkin dengan mengepam susu di setiap dua atau tiga jam sekali.
Biarpun berpuasa, pemerahan payu dara perlu berlangsung seperti biasa. Walau bagaimanapun, sebaik-baiknya mulakan rutin ini di awal pagi iaitu ketika waktu sahur. Hal ini kerana amaun susu ibu pada waktu ini masih banyak. Sama juga halnya selepas anda berbuka puasa.
Dehidrasi
Dehidrasi boleh menyebabkan susu ibu berkurangan. Oleh yang demikian, ambil perhatian sewajarnya bagi mengelakkan keadaan ini berlaku dengan memastikan anda minum air yang secukupnya ketika bersahur dan berbuka puasa.
Masalah dehidrasi yang teruk boleh menyebabkan tekanan darah rendah, letih, menggigil, loya, pening dan rasa haus melampau. Sekiranya keadaan ini berlaku, adalah lebih baik untuk anda berbuka puasa agar tidak menjejaskan tahap kesihatan diri.
Walaupun begitu, meminum air bergaram mampu mengembalikan keseimbangan bendalir badan yang terhidrat. Hal ini disebabkan garam penting dalam mengembalikan kandungan sodium dan potasium dalam tubuh. Anda boleh mencuba meminum air bergaram untuk mengatasi dehidrasi. Cara membuatnya ialah campurkan sedikit garam dan gula bersama air sejuk. Untuk mendapat rasa yang lebih enak, letakkan sedikit perasa ke dalam minuman ini.
Panduan Pemakanan
1. Minum Air Mencukupi
Anda perlu minum air yang mencukupi ketika sahur dan berbuka bagi mengelakkan dehidrasi yang bakal menjejaskan penghasilan susu. Seelok-eloknya minum dua liter atau bersamaan dengan lapan gelas air sehari.
2. Jangan Abai Sahur
Usah sesekali meninggalkan waktu bersahur. Namun, anda digalakkan untuk melambatkan makan sahur. Makanlah makanan yang kaya dengan protein dan apa sahaja makanan berbentuk sup. Dalam pada itu, anda perlu kurangkan pengambilan makanan bergoreng dan berminyak kerana ia boleh mengurangkan nutrisi makanan yang diambil.
3. Makan Kurma Ketika Berbuka
Berbukalah dengan memakan kurma terlebih dahulu sekurang-kurangnya tiga biji.
Amalan sebegini dapat membekalkan tenaga segera selepas berpuasa sepanjang hari.
4. Banyakkan Buah Dan Sayur
Makanlah buah dan sayur yang ternyata mengandungi banyak khasiat yang bukan sahaja baik untuk tahap kesihatan anda malah bagus untuk bayi juga.
5. Ambil Lebih Lemak Sihat
Jumlah lemak di dalam susu ibu berkurangan apabila anda berpuasa. Untuk itu, anda perlu mengambil makanan yang mengandungi lemak sihat mencukupi. Ini dapat dilakukan dengan mengambil susu dan produk tenusu seperti keju, susu dan sebagainya.
6. Amalkan Madu
Anda sangat digalakkan untuk memakan madu setiap hari sepanjang berpuasa kerana ia merupakan sumber tenaga semula jadi. Selain daripada menambah stamina, ia mampu meningkatkan kadar serapan kalsium dalam tubuh.
7. Elakkan Minuman Bikarbonat
Anda sememangnya digalakkan untuk minum banyak air ketika berpuasa tetapi hindari pengambilan minuman yang mengandungi banyak gula seperti air bikarbonat. Sama juga halnya dengan minuman berkafein. Ketahuilah bahawa kandungan gula dan kafein boleh mengganggu penghasilan susu ibu jika diambil berlebihan.
Wednesday, July 4, 2012
Bila Belajar..
Tuesday, July 3, 2012
Siap Packing..
Monday, July 2, 2012
Panty Liner In Da House!!!
Dijual dengan harga RM15 sahaja tidak termasuk kos penghantaran..
Buat masa ni cuma ade 3 warna sahaja (pink, biru & kuning) dan mungkin akan ditambah lagi.. untuk masa akan datang.. insyaAllah..
Pada sesiapa yang berminat boleh la email ke:
hidawati.kadiso@gmail.com
Subject: SAYA NAK BELI PANTY LINER
(kene tarok huruf besar sebab takot tak perasan ade order masok) hehhehe..
Pas tu boleh la tulis kat email tu nak warna ape n kuantiti berapa..
Nama, alamat n no hp jangan lupa ye..
InsyaAllah jika tiada apa2 yang menghalang email anda akan segara dijawab..
Sekian terima kasih..