Powered by Blogger.

Wednesday, March 31, 2010

Buang janin dalam balang gula-gula


Malam tadi saje je bukak berita kat tv9.. slalu tu memang bukak buletin utama tv3.. tekejut ngan kes buang bayi yang terbaru ni.. rasenye kat brite tv3 pon ade tayang pasal ni.. ade plak la orang sanggup buang janin die dalam balang gule2.. sedih betol.. rase nak nangis.. janin tu ade hak nak hidup.. tak sampai hati saya tengok bile nampak janin tu kat dalam balang yang penoh dengan darah.. (kat brite malam td la, gamba kat bawah ni die dah kuarkan dari balang) menurut pembace brite tu kate mungkin umo janin ni dalam 4 atau 5 bulan.. sedih kan.. orang lain yang kawen betahun2 nak dapat anak punye la susah, tapi orang yang senang dapat anak senang2 je nak buang.. renung2kan..
KUALA LUMPUR: Masih ada manusia yang kejam apabila tergamak mencampakkan janin yang bertali pusat dan cukup sifat dalam balang plastik gula-gula di depan pintu pagar sebuah kuil di Jinjang Utara, Jinjang, di sini. Difahamkan, individu yang membuang janin itu memastikan mayat terbabit ‘selamat’ apabila turut menutup ketat balang gula-gula berkenaan bagi mengelak daripada dimakan haiwan.

Janin itu ditemui seorang pekerja kuil yang terkejut selepas mendapati dalam balang berkenaan janin bertali pusat dan dipenuhi darah di depan pintu pagar kuil terbabit.

Saksi memberitahu perkara itu kepada pihak berkuasa sebelum anggota polis tiba di tempat kejadian untuk melakukan siasatan. Ketua Polis Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan, berkata janin terbabit ditemui jam 11.40 malam kelmarin selepas polis menerima maklumat daripada orang awam. “Hasil siasatan kita mendapati ia mungkin dilahirkan dalam tempoh 24 jam dan jantinanya dipercayai lelaki dan dianggarkan berukuran 10 sentimeter. “Janin itu dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk proses bedah siasat dan kes terbabit disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan,” katanya.

gambar ehsan dari Kosmo Online
petikan berita ehsan dari MyMetro

7 juta comments on "Buang janin dalam balang gula-gula"

J on March 31, 2010 4:12 PM said...

Erm...manusia skrg dah x blh pk mana yg baik mana yg buruk!pastu diorg senang dpt so diorg xmerasa ape yg org susah nak dpt ni rase....

Hida Kadiso on March 31, 2010 4:56 PM said...

tu la sedih sangat sebab saya ade abang yang dah 17 tahun kawen n tak dapat anak sampai skarang.. sedih sangat2..

azeila eila on March 31, 2010 5:19 PM said...

perangai mcm SI** tu sbb jd mcm ni....x ke dorg rs ape2?

Ain Fajar on March 31, 2010 9:18 PM said...

tanda2 akhir zaman..fikiran manusia skrg sprt org di zaman batu..semakin maju dunia ni semakin mundurlah fikiran manusia..

Hida Kadiso on March 31, 2010 9:43 PM said...

sian baby tu.. uri pon ade lagi.. cam ne la orang tu gugurkn baby tu agaknye ek.. sadis sungguh sebab byk sgt darah..

Nini D.. on April 01, 2010 10:22 AM said...

aku rasa org yg buang bayi nih mmg adik beradik SETAN...

Hida Kadiso on April 01, 2010 10:42 AM said...

orang yang gugurkan janin tu mesti dah tak tau nak wat pe sebab tu die gugurkn.. mungkin die malu ngan org sekeliling, mak bapak, sedare mare.. sebelum perot die besa baik die gugurkn dulu.. tp tu kat dunia.. kat akhirat tak tau la nnt cam ne..

 

Once Upon A Time Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez